28.11.14

Syarat-syarat untuk bahagia..

Mengapa mencari cinta, sedangkan cinta selalu ada dari maha Esa. 
Mengapa menangisi hati, sedangkan dunia tidak berbaloi untuk dinangisi.
Mengapa merenyuk hati, menjeruk rasa.. tak berbaloi-baloi..

Sedang kita berhak bahagia tanpa syarat!

Kata Prof.Muhaya, jangan meletakkan syarat untuk bahagia. Kalau kita meletakkan syarat...maka kita takkan bahagia selamanya selagi tak cukup syarat. Menyusahkan bukan?
'' ..kalau aku tak ada rumah 3 tingkat, aku takkan puas! ''
''..kalau aku tak cantik, mesti orang tak suka! ''
'' ..kalau..kalau..kalau....''

##bullshit

No no no...aku membuat beberapa bacaan dan mencari beberapa kekuatan, lumrah dunia menempuh ranjau onak duri. Aku mencari ilmu rumahtangga kerana aku ternyata si penggagal yang sering. Jadi instead of bertanya...aku membaca, menilai, memohon petunjuk dan mencari jawapan dari yang berilmu dan benar-benar beraqal. Acea...takkan nak tanya hal rumahtangga pada si bujang dan dara?

Pagi ini, aku berniat untuk tidak menangis lagi kecuali di hamparan solat..
Dah kepenatan..kesian badan, kesian anak kecil yang aku kandungkan... mereka tidak berhak menerima perilakuan sebegini dari aku yang tidak bertanggungjawab...kesian-kesian.
Nangis cepat tua. muka dah nampak nak tua 10 tahun kehadapan dah ni cemana?

Kalau kita tak sayang diri, siapa nak sayang kita??? : kata-kata dari seorang sahabat

Entah berjaya entah tidak, tapi semoga terlaksana hasrat nan satu..
Aku tidak lagi ingin meletakkan syarat untuk berasa bahagia atau gembira..

Dulu seorang aku....
...kawen, mesti bahagia..kalau tak bahagia...mati lagi bagus!  bahagia tu macam segala-galanya
...suami mesti sempurna...kalau ada silap dan cela, lebih baik aku berambus! suami bukan malaikat
...disakiti, dilukai..tandanya tiada lagi cinta. Musnah hancur luluh semua... end of life dah..mati dah..
...mengandung mesti dihargai disayangi selalu.. kalau tak, kau memang sadis! nak mengharap orang sayang je keje kau!

Alah..macam-macam syarat lagi lah yang aku selalu letak dalam hidup aku.

Yer boleh...tapi kondisi aku tak sesuai lansung nek mengharap, aku harus belajar loose...loose jer.. Tak payah kuat berangan, hidup seadanya dan berjuangkan syurga hakiki...disana sejuta syarat pun bakalan dikabuli. Syarat sekarang...kena jadi muslimah berwawasan... ha gitew...tolonglah aku nak muntah

Pagi jumaat yang indah, aku lalui dengan tenang... ok tak la setenang mana sangat sebab time mandi iols menyanyi lagu siti nurhaliza yang sedih... Kemudian aku menjahit dan menggoggle design pillow yang bakal aku buat. Planning nak buat apa masa pantang, cari confinement lady..cari makcik mengurut dan tukar cover page FB. Tetiba... Perlu?

Seronoknya duduk rumah, rasa bagai di syurga..kalau kudrat aku kuat, macam-macam nak buat. Tapi nak tunduk pun tak berdaya. Kalau barang jatuh..jatuh la kau selamanya tak kuasa nak angkat. Lepas ni aku nak mengisi beberapa job application di Mara dan UITM. Result interview SPA pun keluar minggu hadapan. Moga mogalah ada rezeki baby..nak jadi orang bekerja tetap. Main-main dah banyak sangat aku nieh... isk! Segala persediaan hidup aku perlu atur teliti untuk sebarang kemungkinan. Sekarang aku bukan berseorangan...apa-apa pun aku berdua. Ada anak ni sebagai tanggungjawab aku...INGAT!!!

Okbye!







No comments: