Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita..
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan....
Pagi khamis yang indah, malam jumaat yang baraqah...
Moga malam-malam selepas ini akan selalu tenang...
Semalam aku bermimpi menggendong bayi..Aku yakin itu baby aku. Muka macam baby dalam gambar diatas. Hee...dah nak masuk 36minggu baby ibu. Anytime boleh popOut. Dah cukup bulan. Bersabarlah sayang.....ikut tarikh doc. na.... baby sayang ibu kan.... :')
Bayi yang cekal dan tabah bakal lahir di dunia, aku harus berubah menjadi lebih matang dan dewasa. Alhamdulillah....Dia yang maha esa sering mempersiapkan aku..aku menyedari sentuhan listrikNya ke sanubari. Penawar dan racun yang dicampak...segalanya memberi aku ujian untuk aku menjadi lebih baik hari demi hari... menjadikan aku yang tidak selemah dulu. MUNGKIN?
Dan kehidupan mendatang, aku telah membuat perancangan...insyallah selagi kita berserah kepadaNya. Selagi itu Dia tidak akau mengabaikan kita. Saat ini, hanya tuhan tempat memohon kekuatan dan tempat aku mengadu kepedihan. Bukanlah pedih sangat hidup ini...aku sangat bahagia sejak dua menjak ini. Tapi bumi tak selamanya hijau. Langit tidak selalu cerah..malam tak selalu berbintang bukan.... :)
Andai tersurat buat aku, 2015 adalah tahun ujian terhebat. Aku redha...mungkin aku akan menjadi lebih cekal selepas itu...menjadi ibu hebat MUNGKIN? Dan andai 2015 membuka lembaran bahagia buat aku...alhamdulillah.. aku bakal mencipta satu keluarga bahagia insyallah insyallah....
Dan sebagai seorang isteri, apalah adanya diri ini selain redha dan berserah. Redha ini bukan pasrah eskiusme... Titian yang aku pilih untuk menuju ke jalan syurga. Tidak semudah dalam anganan. Aku terlalu percaya konsep 'kahwin senang masuk syurga' sedangkan TIDAK SEMUDAH itu. Perkahwinan bukanlah segala-galanya. Tetapi ia melengkapkan syarat iman kita di dunia. Mencintai pencipta lebih utama dari segalanya. Kini aku faham dan sedar....
Allah lebih berkuasa.
Sampai disini.. '..ibu selalu mendoakan anak ibu menjadi wanita cekal dan syuhada yang sentiasa berjuang ke jalan Allah..' Amin..
xoxo!!
No comments:
Post a Comment