Menurut sumber lain juga kifarah
adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan
menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut.
Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda
"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun
duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan
dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Karma : Tiada konsep dalam islam kerana ianya kepercayaan Hindu. Titik!
Jadi yang terjadi pada diri ini adalah tidak selain dari Karma, masyallah....
Dalam meniti hari, aku hanya insan lemah yang mencari erti hidup sebagai hamba Illahi, dan kini aku terkandas di laluan yang aku telah ciptakan sendiri. Kifarah yang menimpa ini, terlalu perit dan menuntut pengorbanan rohani jasmani. Ya Allah....hebatnya kuasaMu...
Mengapa kita diberikan kifarah adalah kerana Dia ingin meringankan hukuman kita kelak di akhirat sana, jadi mengapa aku tersungkur lagi.....:')
Nikmat yang tidak dihargai, bahagia yang tidak pernah aku syukuri pada suatu ketika .. kini ditarik Illahi. DiberiNya sesuatu yang baru untuk aku tempuhi dan aku gagal lagi. Diberinya sesuatu yang aku idam dan damba..ternyata aku tidak berjaya jalani. Dan kini...titian yang tercipta untuk aku melangkah ke syurgaNya. Terpesong memimpin aku menuju jalan neraka.
Apakah aku harus meneruskan?
Khilafnya diri menganggap aku mampu dan aku bisa mengemudi bahtera ke damai syurga.
Ternyata aku memimpin isi dunia ini ke lembah neraka..
Kasih sayang suci yang didamba, ternyata bukan aku layaknya.
Kasih sayang dalam mahligai syurga, ternyata menafikan aku haknya.
Tapi mengapa...
Aku sering bertanya mengapa air mata tak kunjung kering di pinggir mata..
Sedang aku pernah mengulum senyum bahagia, merembas suka..
Mengilhamkan keluarga seindah yang ternyata,
..jelas....aku bukan pemiliknya.
Sampai bila...
Aku harus mendera perasaan ..
Aku harus menyiksa anak dalam kandungan ..
Aku harus bertahan ..
Kepada tuhan ku memohon,
..berikan kekuatan..
..tunjukkan cahaya jalan..
..pimpin daku jangan pernah di pesongkan..
..pelihara aku dan bayi ini, dari ancaman...
Salam khamis kesayangan.... :)
2 comments:
kenapa? rania marketing ok x?
nak tau jugak...dah berapa juta dapat hasil dari RANIA Marketing...nak join ni..harap2 jadi orang terawal gak...
Post a Comment