Alhamdulillah Sofea ibu dah tidur. Boleh update blog hehe...
Semalam Sofea injection untuk 2 bulan. Meraung macam biasa anak ibu ni.. al maklum betis halus. Baby sebelum Sofea mencerit sikit je dah diam....al maklum betis drumstick perghh.... 2bulan ni... nak ibu dah 60cm panjang dan berat 4.5kg. Yer yee je ibu ingat dah 5kg... nurse cakap kurang berat badan tapi panjang.... hehe ..asalkan sihat tak mengapa kan nak..
Kemudian mother pun kena checkup sekali... nurse minta buat ujian pep smear .. dan pemilihan cara untuk menjarakkan kehamilan. Memandangkan aku hanya dibenarkan mengandung semula selepas 2 tahun sahaja...huhu **iols rasa kalau boleh mengandung lagi...iols ok jer anytime :p
Ok..hati dup dap dup dap...aku nampak spatula leh tahan panjang... muncung itik bagai. Tapi aku redha demi kesihatan. Alaa...apa la sangat nak bandingkan semua ini dengan pengalaman maha hebat di ward haritu. Aku dah kena lebih teruk dari ni...so tarik nafas... lepasss...
Aku dipanggil ke satu bilik, diminta pakai kain dan baring seperti posisi nak beranak... tarik nafassss... spatula dan muncung itik dimasukkan kemudian sekejap jer dah siap. Sempat la nak menitik air mata and cepat2 aku rilekskan otot agar keadaan tak tegang. Supaya memudahkan dan mempercepatkan proses...
Ok siap puan! Lega ok legaaa....
Pep Smear adalah free untuk pekerja kerajaan dan RM1 untuk orang awam yang mendapat saranan nurse. RM36 tak silap untuk yang datang nak buat tetiba. Better dapatkan saranan nurse..bayar RM1. :)
Jumpa doc. aku diminta untuk memilih method menjarakkan kehamilan. Ok nanti kita sembang pada entry seterusnya...
So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...
Apakah itu ujian Pep Smear?
Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
Tanggalkan seluar dalam.
Berbaring di atas katil.
Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh
mendapatkan ujian tersebut?
Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut ;
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
So, nasihat aku pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel!
No comments:
Post a Comment