23.4.14

Apa itu bahagia?

Bismillah...lama tak update, dah jadi isteri..nak cerita bukanbukan pun tak berapa sesuai... selepas fikir-fikir, oklah..buat entry tentang perasaan dan keadaan aku sekarang bagaimana .... tak lebih tak kurang ! :)

Hmm... genap 1 bulan aku bergelar seorang isteri. Dan bukan mudah..tapi aku harus tempuhi juga. Kerana apa bukan mudah? kerana aku ingin jadi yang sempurna.....

Silih berganti dugaan, aku harungi bersama suami tercinta. Pahit getir dan tohmahan sering hinggap ke atas kami. Entah mengapa..mungkin Allah sedang menyuci dosa kami berdua. Mungkin Dia ingin melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan penuh baraqah. Siapa tahu? ^_^

Sejak perkahwinan hingga kini, penat kudrat dan emosi menahan dugaan...tetapi terselit banyak hikmah disebalik setiap cabaran yang Allah bagi...alhamdulillah maha suci Allah, dan aku belajar menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah... walaupun belum 100%, tapi ada usaha itu....tambah-tambah sekarang aku dah ada bodyguard dan dah ada teman sehati sejiwa..seronok aku rasa bila ada seorang yang kita boleh kongsi semuanya... seronok! Seronok bila kita dah bebas dari fitnah..bilamasa seorang wanita dah bernikah..maka dia adalah seorang manusia yang merdeka.. alhamdulillah....

Yang berat jadi ringan, yang susah jadi senang, yang rumit jadi mudah..yang rajin jadi malas. Ops...aku harap aku takkan malas-malas lagi selepas masuk rumah kami bulan hadapan, so excited! Dah berangan nak buat candle light dinner surprise untuk suami la..nak hias la..deco la..mcm2 kepala otak aku berpusing berangan..yang paling best, aku bakal ada bilik untuk online business dan menjahit yeay!!!!!!!  

Ok back to reality...

Hari-hari yang dilalui aku serahkan 100% kepadaNya, rohani aku gembira dan bahagia alhamdulillah..tetapi emosi aku terkadang tak menentu memikirkan perkara-perkara yang menimpa. Baik dari aspek kerja, keluarga mahupun kawan-kawan.. tapi tak mengapa..aku redha.

Kata orang bijak pandai dan ahli ugama, selangkah kita ingin berubah ke arah kebaikkan..10 dugaan akan hadir mematahkan semangat. Begitulah yang aku rasakan dan setiap dugaan yang aku berjaya harungi..aku melihat satu hikmah dan mendapat 1 nikmat besar.. subhanallah percayalah.. :)

Sekarang ni, kekuatan aku adalah suami, rumah tangga, keluarga yang menyayangi aku dan bakal baby yang akan keluar nanti..ehh?? OMG itu takda kena mengena lagi so far..tapi rasa  macam sedap jer ayat bila type perkataan 'baby' aHaks!!

Makanya, tak ada sebab untuk aku rebah..tak ada sebab untuk aku lost atau pasrah...hidup ini tuhan design buat aku dengan 1001 keindahan..aku miliki semua kehebatan dan didampingi oleh belahan jiwa lagi...so apa nak takut kan kan.... hihiii....

Akhir kata, silalah melayan beberapa keping gambar nikah aku dan dia, doakan yang baik-baik dan doakan kami memperoleh bahagia hingga ke jannah... cinta itu sesuatu yang indah, lebih-lebih lagi bila kita mencintai Allah paling utama, dan mencintai diri ...kemudian...cinta manusia akan hadir dengan sendiri...cinta aku insyallah selamanya hanya untuk suami aku selamanya....

Family besar aku, keluarga tiri dan ori.. :p



Aleesya minta perhatian..

Family mertua...
Kiri Papa tiri, Kanan Papa betul..eh?
Cincin dan gelang nikah...
My 2nd hero in my life...papa :)

bUhbye....!!!!

14.4.14

Bawal Adijuma, Mawar Fizo style!

Tada!!!! Memperkenalkan dengan keterujaan yang menabal... Bawal Mawar Fizo in da house~ Claps claps claps!!

Mainstream sesangat....lastweek aku ter-usyar seorang kakak yg lipat bawal pink dia jadi ala-ala Fareeda style dengan button seketoi panjang di dada... bertoleh 2 3 kali juga sebab nakpak simple and nice...plan nak buat minggu ni. Tup tup buka FB dah viral... dah semua plak da dok share Blog Yuna Bella yang khabarnya masuk Beautifulnara... padan laa viral~

Ok so inilah 1st trial tudung Mawar Fizo Bawal aku, taraa....
Banyal yang suke occay...lepas aku post di FB, en.suam pun call suruh beli tudung ni esok dia bayo..kih kih nampak tak permainannya disitu... tpi tudung ni rm15 aja, buka Adijuma ori, so..apakah wajar untuk aku bagitau harga tudung ni RM59 atau harga RM15 ? HEHE...

Fareeda kan mahal, tak pernah aku bermimpi untuk beli Fareeda, jauh sekali memakainya.. kalau orang hadiahkan pun...rasa aku jual balik kih kih...singkat kot, sungguh tak sesuai untuk aku yang berleher panjang..pakai apa punnn singkat!

So, dengan terciptanya Bawal Mawar Fizo ni, aku rasa ok lah..cute2 jer simple and nice aje...murah aje bawal..murah! dan harap lepas ni peniaga atau penjual tudung takkan dicaci masyarakat konon jual tudung singkat...panjang pendek labuh singkat tudung ni 100% bergantung pada pemakai.... boleh ejassss... i loike.

okies, esok nak borong bawal...bawal bawal bawal....
Orang sekarang kan suka ikut-ikutan, nanti 2 3 4 5 bulan suam balik la fesyen ni hikhik..
Sementara tengah panah, kite redahhh pepuas... aum!

oKIE..masa untuk masak!

9.4.14

27 seorang aku.

Bismillah...
27 seorang aku.

Hari ni genap 27 tahun aku menjengah dunia, mengheret dosa pahala amalan duka nestapa bersama. Menitip rasa syukur atas pinjaman nafas dan ruh dari yang Esa. Alhamdulillah...
Dia memberikan aku satu perjalan sebaik-baik perjalanan, yang tidak semua pahit dan bukan seluruhnya manis. Seperti kata pepatah...yang manis jangan terus ditelan. Yang pahit jangan pula terus dibuang.... inilah kehidupan.

Aku bersyukur, Dia memberikan segala yang dipinta. Dia mengajarkan pelajaran yang tiada ternilai. Dia memberi kesempatan, kepada aku untuk terus memperbaiki diri. Alhamdulillah....terimakasih ya Rabb.

Dia menemukan aku dengan manusia-manusia hebat sebagai rujukkan..manusia-manusia yang perlukan bantuan sebagai dugaan... Dia memberi aku cubaan untuk mematangkan, Dia memberi aku nikmat untuk ujian...kelebihan dan kecantikkan sebagai dugaaan... inilah manusia-manusia yang berbagai untuk membentuk solid satu hati dan jiwa aku menjadi seorang srikandi fana...terimakasih al-Amin..

Doa aku, tidak lebih tidak kurang masih serupa...

Matikan aku dalam iman, aku berharap iman di dada ini tebal untuk mengesan tipu daya dunia. Aku berharap, aku cukup kuat menongkah dunia dengan mengutip bekalan untuk ke alam selamanya. Aku harap, mampu menidakkan hati yang selalu terleka dengan nikmat alam maya.... jauhkanlah.....

Saat ini, aku mendambakan syurga..menjadi isteri solehah dan tulang belakang kepada seorang pemimpin rumahtangga. Moga dia juga sama mengimpikannya. Bila masa aku ingin rebah, aku harap syurga abadi adalah tujuan utama...semoga dengan itu, aku akan merelakan hati yang mungkin terluka..malah jiwa yang bakalan merana.... dunia....

Dan disaat ini, detik yang dilalui seperti sebuah perhitungan di alam abadi..
Moga diri terus terpelihara, moga iman kukuh didada..

Moga aku cekal secekal Sumaiyyah....




2.4.14

Hobi baru : Tido + Berangan!

Bismillah....

Currently, tengah kebosanan.. Sang suam ai di bawah tengaok cerita Libas, apakah..LIPAS ?? So, ai yang masih mentah dalam menyesuaikan diri di rumah mertua ini hanya terperuk di bilik. 24jam bilik..bilik bilik...sampai Sang suam tegur, ''..kamu ingat ni hostel eah..eh..'' haha..apa boleh buat, kawen dengan student asyik memerap hostelll je...

Apa pun, selama seminggu both kami tak sihat, hobi kami adalah kroh...kroh..kroh, Sang suam tak sangat, tapi aku ni mak ai pantang jumpa bantal...zZzz..dalam kereta zZzZ...tengok Captain America semalam pun 1 jam jugak aku habiskan wang dengan berlena. Apalah nasib.....lena adalah best!

Dan hobi setiap hari, search tenet cari tempat honeymoon... aku dah syak, Sang suam aku ni kalau aku tak cargas cari tempat..kang silap-silap hanimun di LegoLand. Oh..pelish...jadi aku harus tangkas buat keputusan, aku memang hari-hari carik pulau apakah yang terbest untuk dikunjungi dan tempat yang tidak mahal, tidak banyak tempat shopping dan tidak moden. Haa....ai is suka nak berhanimun di hutan, atau pulau..kalau boleh taknak ada internet supayaaku tidak terover acting bagtau satu dunia tengah bercinta-cinta. Takda tiap-tiap pagi buka fb nampak aku bercheckin sakan...Not so good!

Sementara aku tahu Sang suam aku selalu stalk blog aku, aku nak bagitau dia...bahawanya aku akan menolak sebarang aktiviti bercuti selepas 1 Mei, ada fahemmm....kerana 1 Mei dan keatas aku akan bersibukkan menguruskan bisnez aku yang dah 1 bulan cuti. Faham tak sebulan cuti maksudnya apa? Maksudnya aku 1 bulan BO income....faham tak perasaan takda income? hmm...tapi takpe, sekarang kite dah ada nafkah ...kelakar ok, tetiba Sang suam bg duit belanja dan belikan itu ini...ai tak biase yuu...

Semalam pergi tengok rumah, i is excited akhirnya bakalan berumah tangga... obviously rumah bertangga.. rumah comel untuk menjadi syurga aku dan Sang suam...agak-agak syurga tak yer? Aku harap aku rajin mengemas...mmm...aku harap aku rajin masak juga. Banyak pengharapan aku terhadap diri sendiri lately, harap yang bukan-bukan pun ada... hmm..

Mei nanti, kami akan ke syurga kami...seronoknya tidak duduk dirumah mertua yahoo!!!! Bukan ape...aku rasa takda pekdahaku duduk di rumah mertua...nak manolong masaknya jauh sekali..kemas rumah, ohh tidak....24 dalam bilik... turun je bawah, mak mertua suh makan..makan..makan...haaa, nampak tak aku tak lama lagi tak mustahil membulat....makan tido makan tido online tido...

Heaven sangat.

Ok, apakah angan-angan aku?
Angan-angan aku ialah aku nak baby...tak kisah apa sekali pun terjadi, aku harap aku dapat baby boy dulu, sebabnya....kawan aku ada baby girl yang comel sangat...aku konon nak kenen-kenenkan depa...jadi akuberbisan dengan kawan aku tu, ok dah merepak...aku dah mengantuk..

Sang suam, pandai-pendai susun bantal japgi nah..gudnite!!




30.3.14

Sayang kau dimana..

 Buat sang suami..

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga..

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini..


Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang..


Jumpa esok.. :)

28.3.14

Emo Emoji..

Malam ni, seorang insan kebosanan dan keEmoan... 
Kerana menanti pulang sang suami ke pangkuan.
Apakah hampeh kena tinggal di awal-awal perkahwinan.
Aku akan pastikan dia ganti balik semua masa yang terhutang ni..
Hmhhh...sila amik cuti seminggu untuk cover seminggu kena tinggal..lap ayaq mata..
Sila...sila baca entry ni dengan kebersalahan ..sob..sob...

Jadi aku memintal gelang...
Dapat 10utas, esok boleh jual...
Letak dalam insta pun dah ada nak beli, belom di fb lagi..
Amboi sakan mengangkat bakul diri..

Hmpph....
Ok nak wassap suami dengan Emo Emoji..
Marilah kita menyiksa jiwa raga mereka dengan emosi dan air mata..
Wakakakaaa....
Malam ni dia takkan tidur lena...
Tunggu...tunggu..

Ok, sebelum tidur ayuhlah search2 tempat best untuk berhoneymoon..
Aku harap dia takkan pilih korea kerana aku tak suka.
Aku nak pulau..pulau pulauuuuuu..
Aku taksuka legoLand juga adui mohon dijauhkan tempat pelik-pelik sebegitu..

Ok, dah banyak ok kan..
Goodnight ok?
hmphhh...


27.3.14

Ketua bidadari alam Firdausi....


Bismillah....
Segala yang terjadi, telah tersurat di loh mahfuz azali, aku yang mengerti sebuah perjalanan kehidupan telah tertakdir kini. Hanya harus untuk aku lakukan sekarang, ialah mensyukuri Illahi... Syukuri belahan jiwa yang akhirnya aku temui, syukuri mata hati bisa menilai yang  permata mahupun kaca berduri. Bersyukur mampu memilih cinta suci atas petunjuk dari Rabbul Izzati...

Bukanlah mudah caturan sebuah kehidupan aku ini......

Alhamdulillah, impian setiap wanita sejati termakbul kini. Menjadi suri, menjadi isteri kepada insan dicintai.. perjalanan sebuah percintaan singkat yang penuh onak berduri, telah aku redahi.... percintaan lama bersawang berpuluh purnama juga telah aku alami dahulu lagi.. kini, aku menggenggam tanggungjawab hingga mati.. menjadi peneman penghibur dan pendamping seorang insan bergelar suami...

Menjadi penyeri mata, penyejuk hati...

Masyallah...aku merasakan kebesaran yang tidak terperi, caturan Dia yang tidak terjangka pasti.. Petunjuk Dia yang membimbing jiwa nuraini, Kekuatan Dia yang tersemat di diri ini... Allahu Rabbi..
Terima kasih atas anugerah cinta ini..

Aku ingin....

Aku ingin menjadi sesempurna seorang isteri, ingin menjadi setaat Khadijah kepada Rasulullah s.a.w. Ingin menjadi tulang belakang kepada sebuah era kejayaan seorang lelaki, menjadi penyaman udara kepada panasnya bara api percikkan fana duniawi. Menjadi tali, buat dakian ke syurga firdausi.
Aku ingin.....cintanya dia kepada aku atas dasar cintanya kepada Rabbul Alamin.....Rabbul Izzati....

Dan aku pasti....

Ini suratan takdir yang abadi..
Ini yang terbaik, buat aku dan dia pasti..
Ini jalanan baru, yang harus ku orakkan langkah seteguh jati..

Menyulam mimpi yang sejati,
..ingin menjadi ketua bidadari di alam syurga firdausi...

Menyulam cinta abadi.





21.3.14

Aku terima nikahnya..

Bismillah....dengan namaNya.

2 hari tidak cukup tidur, ala-ala tidur ayam aku dengan tunang masa tu, memang agaknya kalau anak sulong kawen anak sulong...boleh kata 100% semua anak sulong ni kena fikirkan...takpelah, dah namanya anak sulong yer tak..

Tanggal 21 March 2014, 4 pagi aku dan tunang menjemput makeup artist yang datang dari KL, Emil.. meletops uols...kalau nak tahu makeup dia camana, boleh rujuk pancaindera akhbar tu..dia official makeup untuk akhbar dan TV3, juga untuk artist-artist semasa konsert so on. Alhamdulillah...makeup bermula dari 7 pagi.... yang terharunya, aku yang dah pasrah perkahwinan tanpa inai di jari lantaran pelukis inai bitch tu cancel last minit terubat bila rupanya si Emil ni dulu lukiskan inai untuk Eera Fazira zaman dengan Yusri KRU, memang rezeki dia gamaknya... alhamdulillah tangan berinai akhirnya, boleh sawan memikirkan seorang henna artist tak pakai inai semasa perkahwinan sendiri...homaigod!~

Inilah proses melukis inai.....



Ok cerita semasa make-up kite skip tunggu gambar ada baru seronok bercerita, maka akhirnya kami berangkat ke Masjid Daerah Balik Pulau. Dari Bukit Jambul rombongan papa dan mama yang menunggu disana siap-siap. Kadi datang jam9, start masuk kerta jam 9.20 memang 'like a bos'. hikhik... papa macam biasa angin sepoi-sepoi bahasa tapi akhirnya ALHAMDULILLAH...

Tuhan mempermudahkan segala-galanya, yang tak best ialah aku tidak boleh masuk bernikah dalam masjid lantaran tidak 'suci' pfft.... nasib baik ada 2 pasangan lagi di dewan..maka bernikah macam ala-ala indonesia duduk di kerusi dalam dewan. Haha...sarung cincin pun di rumah juga...

Ini gambar pertama yang aku upload di FB 30minit sebelum jadi bini orang, selfie itu pasti....


Dalam kereta pun jadik...dalam hati dup dap dup dap...pengalaman yang tak dapat dilupakan.. bila turun kereta nampak semua orang...nampak encik tunang berwajah suci, dalam hati rasa nak tumbuk-tumbuk tanpa sebab. Ohh..lahai, bakal suami ku beberapa minit lagi... rasa macam tak percaya, penantian sejak dahulu....kini menjadi nyata. Penantian apekah? Penantian siapakah belahan jiwa ini..... aum..

Sesungguhnya, beliau amat teruja dan wajahnya amat tenang disaat melafazkan akad. I know he will do it well anyway.... ^_^ sempat bergurau dengan kadi dan menyimpul tawa seluruh dewan.. oh lahai suami..suami..tolonglah behave!~ Selesai akad sempat menjeling ke arah aku yang tunduk-tunduk-tunduk dari tadi...mana tak nya, semua memandang kot....

Selesai bersalaman, kami menuju ke homestay mama....kenduri serba sedikit, aku pilih menu simple.. Gulai nangka, ikan masin ikan gorang, okan kering, sambal, kerabu, buah tembikah dengan air punch. Settle. Sekepala RM6.50 sahaja amat berbaloi yer... khemah RM300.00


Alhamdulillah....aku dan dia telah sah menjadi suami isteri, terima kasih ya Allah yang telah mengkabulkan hasrat murni aku untuk memiliki dan dimiliki.. semoga perkahwinan ini bakalan menjadi titian aku menuju syurga yang abadi hendaknya...

Siapa sangka aku berkahwin dengan seorang yang tidak pernah aku kenali selama ini, dan hari ini genap juga ulang tahun ke-2 pertemuan kami berdua... PERTEMUAN. Tak tahu bila couple dan hanya tahu tarikh bertunang jer...

Itulah dinamakan jodoh rupanya, tak disangka, tak dijangka, tak diketahui rahsiaNya.

Kepada suami, aku mencintaimu selamanya kerana Dia, insyallah...
Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya...
Terima kasih kerana mengambil tanggungjawab besar menjadi pemimpin aku di alam dunia..
Insyallah aku akan menjadi seorang isteri yang taat dan solehah.

Amin.. peace!!!!! ^_^







19.3.14

Perkahwinan dan aku.

Menangis banyak sudah,
Memendam banyak sudah,
Mengharap banyak sudah,
Mengorban, mengalah, meremuk redam...

Banyak sudah...
Mulai usia 18 tahun mengenal cinta,
kini 27 tahun menggenggam keabadiannya..

9 Tahun cukup matang cukup kuat mungkin buat aku,
Sekarang matlamat aku hanya satu lagi jitu,
..aku memilih berkahwin menyatu...

Aceea.... optimis disitu, tapi aku pasti.

Ingin menjadi isteri,
..untuk menyayangi dan disayangi..
..untuk menjadi titian ke syurga abadi..
..untuk mengumpul pahala, bekalan hakiki..

Ingin menjadi ibu.
..mendidik putera-puteri ku..
..membelai lambang cinta abadi ku..
..mencurah cinta kasih hati ku..


Aku bakal berkahwin,
..melengkapi sebahagian iman ku..

Menjengah dunia baru,
..menjadi isteri..menjadi suri..
..kepada lelaki yang ditakdirkan buat aku.

Kepada lelaki, yang benar sebahagian dari diri aku.

14.3.14

Trauma..

Trauma..
Malam ni tiba-tiba aku trauma...

Dalam ketenangan hari yang aku miliki kembali,
..dalam bahagia yang kian aku raih kembali..

Kini aku trauma lagi...
Aku trauma...dan aku hanya mampu menangis.

Aku menangis,
..dan hanya mampu menyimpul sedih..
Mengikat erat hati, dari belenggu racau ini..

Memujuk diri,
..insyallah...tiada pelik-pelik akan terjadi.
Tiada bukan-bukan yang bakal menghampiri.

Aku sumpah,
..itu pasti..

Aku ubati,
..parut ini...slowly.