2.4.14

Hobi baru : Tido + Berangan!

Bismillah....

Currently, tengah kebosanan.. Sang suam ai di bawah tengaok cerita Libas, apakah..LIPAS ?? So, ai yang masih mentah dalam menyesuaikan diri di rumah mertua ini hanya terperuk di bilik. 24jam bilik..bilik bilik...sampai Sang suam tegur, ''..kamu ingat ni hostel eah..eh..'' haha..apa boleh buat, kawen dengan student asyik memerap hostelll je...

Apa pun, selama seminggu both kami tak sihat, hobi kami adalah kroh...kroh..kroh, Sang suam tak sangat, tapi aku ni mak ai pantang jumpa bantal...zZzz..dalam kereta zZzZ...tengok Captain America semalam pun 1 jam jugak aku habiskan wang dengan berlena. Apalah nasib.....lena adalah best!

Dan hobi setiap hari, search tenet cari tempat honeymoon... aku dah syak, Sang suam aku ni kalau aku tak cargas cari tempat..kang silap-silap hanimun di LegoLand. Oh..pelish...jadi aku harus tangkas buat keputusan, aku memang hari-hari carik pulau apakah yang terbest untuk dikunjungi dan tempat yang tidak mahal, tidak banyak tempat shopping dan tidak moden. Haa....ai is suka nak berhanimun di hutan, atau pulau..kalau boleh taknak ada internet supayaaku tidak terover acting bagtau satu dunia tengah bercinta-cinta. Takda tiap-tiap pagi buka fb nampak aku bercheckin sakan...Not so good!

Sementara aku tahu Sang suam aku selalu stalk blog aku, aku nak bagitau dia...bahawanya aku akan menolak sebarang aktiviti bercuti selepas 1 Mei, ada fahemmm....kerana 1 Mei dan keatas aku akan bersibukkan menguruskan bisnez aku yang dah 1 bulan cuti. Faham tak sebulan cuti maksudnya apa? Maksudnya aku 1 bulan BO income....faham tak perasaan takda income? hmm...tapi takpe, sekarang kite dah ada nafkah ...kelakar ok, tetiba Sang suam bg duit belanja dan belikan itu ini...ai tak biase yuu...

Semalam pergi tengok rumah, i is excited akhirnya bakalan berumah tangga... obviously rumah bertangga.. rumah comel untuk menjadi syurga aku dan Sang suam...agak-agak syurga tak yer? Aku harap aku rajin mengemas...mmm...aku harap aku rajin masak juga. Banyak pengharapan aku terhadap diri sendiri lately, harap yang bukan-bukan pun ada... hmm..

Mei nanti, kami akan ke syurga kami...seronoknya tidak duduk dirumah mertua yahoo!!!! Bukan ape...aku rasa takda pekdahaku duduk di rumah mertua...nak manolong masaknya jauh sekali..kemas rumah, ohh tidak....24 dalam bilik... turun je bawah, mak mertua suh makan..makan..makan...haaa, nampak tak aku tak lama lagi tak mustahil membulat....makan tido makan tido online tido...

Heaven sangat.

Ok, apakah angan-angan aku?
Angan-angan aku ialah aku nak baby...tak kisah apa sekali pun terjadi, aku harap aku dapat baby boy dulu, sebabnya....kawan aku ada baby girl yang comel sangat...aku konon nak kenen-kenenkan depa...jadi akuberbisan dengan kawan aku tu, ok dah merepak...aku dah mengantuk..

Sang suam, pandai-pendai susun bantal japgi nah..gudnite!!




No comments: