Hmm... genap 1 bulan aku bergelar seorang isteri. Dan bukan mudah..tapi aku harus tempuhi juga. Kerana apa bukan mudah? kerana aku ingin jadi yang sempurna.....
Silih berganti dugaan, aku harungi bersama suami tercinta. Pahit getir dan tohmahan sering hinggap ke atas kami. Entah mengapa..mungkin Allah sedang menyuci dosa kami berdua. Mungkin Dia ingin melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan penuh baraqah. Siapa tahu? ^_^
Sejak perkahwinan hingga kini, penat kudrat dan emosi menahan dugaan...tetapi terselit banyak hikmah disebalik setiap cabaran yang Allah bagi...alhamdulillah maha suci Allah, dan aku belajar menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah... walaupun belum 100%, tapi ada usaha itu....tambah-tambah sekarang aku dah ada bodyguard dan dah ada teman sehati sejiwa..seronok aku rasa bila ada seorang yang kita boleh kongsi semuanya... seronok! Seronok bila kita dah bebas dari fitnah..bilamasa seorang wanita dah bernikah..maka dia adalah seorang manusia yang merdeka.. alhamdulillah....
Yang berat jadi ringan, yang susah jadi senang, yang rumit jadi mudah..yang rajin jadi malas. Ops...aku harap aku takkan malas-malas lagi selepas masuk rumah kami bulan hadapan, so excited! Dah berangan nak buat candle light dinner surprise untuk suami la..nak hias la..deco la..mcm2 kepala otak aku berpusing berangan..yang paling best, aku bakal ada bilik untuk online business dan menjahit yeay!!!!!!!
Ok back to reality...
Hari-hari yang dilalui aku serahkan 100% kepadaNya, rohani aku gembira dan bahagia alhamdulillah..tetapi emosi aku terkadang tak menentu memikirkan perkara-perkara yang menimpa. Baik dari aspek kerja, keluarga mahupun kawan-kawan.. tapi tak mengapa..aku redha.
Kata orang bijak pandai dan ahli ugama, selangkah kita ingin berubah ke arah kebaikkan..10 dugaan akan hadir mematahkan semangat. Begitulah yang aku rasakan dan setiap dugaan yang aku berjaya harungi..aku melihat satu hikmah dan mendapat 1 nikmat besar.. subhanallah percayalah.. :)
Sekarang ni, kekuatan aku adalah suami, rumah tangga, keluarga yang menyayangi aku dan bakal baby yang akan keluar nanti..ehh?? OMG itu takda kena mengena lagi so far..tapi rasa macam sedap jer ayat bila type perkataan 'baby' aHaks!!
Makanya, tak ada sebab untuk aku rebah..tak ada sebab untuk aku lost atau pasrah...hidup ini tuhan design buat aku dengan 1001 keindahan..aku miliki semua kehebatan dan didampingi oleh belahan jiwa lagi...so apa nak takut kan kan.... hihiii....
Akhir kata, silalah melayan beberapa keping gambar nikah aku dan dia, doakan yang baik-baik dan doakan kami memperoleh bahagia hingga ke jannah... cinta itu sesuatu yang indah, lebih-lebih lagi bila kita mencintai Allah paling utama, dan mencintai diri ...kemudian...cinta manusia akan hadir dengan sendiri...cinta aku insyallah selamanya hanya untuk suami aku selamanya....
Family besar aku, keluarga tiri dan ori.. :p |
Aleesya minta perhatian.. |
Family mertua... |
Kiri Papa tiri, Kanan Papa betul..eh? |
Cincin dan gelang nikah... |
My 2nd hero in my life...papa :) |
bUhbye....!!!!
No comments:
Post a Comment