Kepada kau..
Aku merayu,
..melutut di kaki...
Hampiri diri sekali lagi...
Kepada kau..
Aku memohon,
..menyembah ke bumi...
Belailah sekeping hati,
..walau buat terakhir kali...
Kepada kau..
Aku berharap,
..dengan titisan air mata ini..
Pujuklah aku,
..walau terpaksa...
menipu diri.
Kepada kau..
Aku berdoa,
..dengan nama yang Esa..
Bimbinglah aku,
..walau sukar..
walau bagaimana kasar...
..ke jalan Illahi...
Kepada kau,
Aku sandarkan duniawi..
Aku harapkan syurgawi..
Kerana cinta ini,
...cinta mati.
No comments:
Post a Comment