9.2.14

Dulu...kini..

Dulu, aku pernah menjadi seorang yang melepaskan tekanan dengan mengambil pil dan ubat batuk.
Sebelum tidur.
Kerana...
Bila siang, aku harus senyum dan gembira, atau dalam erti kata sebenar..
Aku harus nampak gembira..

Dulu, aku sering berharap nyawa aku diambil kerana pil-pil sebegini..
Kerana aku merasakan hidup tiada indah hanya menyakiti.
Kerana, saat yang berlalu..
Senyum yang diukir,
...sebenarnya menanam luka yang mengalir..

Dulu...khayal aku bersulam angan.
Lena aku berselimutkan impian yang terkapai.....
Doa nan belum terungkai.

Kini....
Aku tidak lagi menyentuh pil..
Tidak lagi mengharapkan nyawa ditamatkan..
Tidak perit menempuh hidup.

Tuhan anugerahkan bahagia,
Tuhan limpahkan haruman syurga..
Dia memberi aku harapan yang lebih dari nyawa..
Memberi aku dunia dan kehidupan sana.

Kini aku berjanji,
Sejauh mana tekanan..
Serumit mana kesakitan..
Ini bukan terbaik dan segalanya..

Ini bukan penghapus duka..
Bukan pengering air mata..


1 comment:

Anonymous said...

Stay strong sis..