5.2.14

Dimana bermulanya cinta kita?

Lama tak update blog di laptop, puas rasanya..

Eham...kurang beberapa minggu, tamat sudah zaman bujang ku. Disaat ini, teman-teman semua dah beranak pinak. Apa boleh dibuat, jodoh aku lambat... :P Alhamdulillah...walaupun lambat. Tapi selamat!! Alhamdulillah...... apakah?

Pertemuan kami tak dirancang, kali pertama jumpa..masing-masing tengah frust breakup dengan percintaan memasing. Maka, muka memasing adalah toyaaaaa jer... Kami terpaksa berlakon sebagai hero heroin selama hampir 1 bulan. Untuk final year project seoarang teman yang sebenarnya dalam diam tengah mengenen-ngenenkan kami. Elsie Nasirzal.. Ingat lagi, kata minah tu..kalau kami 'menjadi' dia akan belanja karaoke Neway... pfft.... Mungkin dari situ..terbit rasa seronok berkawan....  berkawan sahaja...nak berlakon bercinta kena berkawan kan?

Pertemuan ke-dua semasa birthday aku yang ke-25 di kapitan, dapat la kek RM9.90 beli di Giant. Aku like...wuttt kek giant? Tapi takpalah....dari takda. Masa tu beramai-ramai. Konon kata si elsie...ambil feel...nak bercinta dalam filem. Tui~

Bila dah frust ni, maka kepala kosong jer.. aku pun redah jelah. Kami ni tak adalah nak sms2 gudmorning gudnite sweet dream pun, nak bercinta jauh sekali tak terfikir. Sebab tengah konsider beberapa yang kembali mengorat aku bila dapat tahu aku dah single. Melayu, cina, india...berbilang bangsa. Dasyatt...waktu itu waktu market melonjak-lonjak. Walhal...kekecewaan dengan percintaan yang mustahil kembali sedang dirasai. Tak guna bersedih...dah jalan aku yang pilih, hidup harus diteruskan, aku pun tapis-tapis-tapis sambil shooting dan berkawan dengan mamat yang sekarang menjadi tunangan aku dan bakal menjadi suami aku. Selamba tak? Bertapis-tapis uols... ingat lagi, ada...yang fofuler, kaya, hensome, buruk, bujang, duda, perempuan pun hadaa...gile!

dan sebenarnya....

Aku jugalah yang ajak dia tengok wayang dulu. =___+' fine..aku memang rakus bab nak mula 1st move..... dulu pun aku, lepas tu aku..aku aku aku.... memang perigi cari timba. =____=' Timba-timba yang dok standby nak terjun ke perigi aku tolak ketepi..

Hingga shooting selesai, masing-masing kami masih selalu lepak khalel Bkt Jambul minum kopi dan sembang hal percintaan masing-masing yang dah lepas. Situasi kami masing-masing rumit. Tapi situasi aku agak simple..bialah aku saja tahu.  Lama-lama..lepas asyik keluar makan dan lepak. Dia minta aku buat keputusan. Apakah aku serius dengan dia atau aku hanya meluangkan masa dengan dia. Katanya, pompuan memang macam ni, lepas breakUp mula nak keluar dengan lelaki lain buat bahan mengadu simpati lepas tu..jumpa yang lagi elok blah pergi.... hampeh tak teori??

Dia minta aku fikir masak-masak dan dia taknak kami buang masa.

Nampak tak? Direct gile..aku pun cakap aku tak main-main. Both rasa selesa dan aku cakap aku nak kawen. Againnnnnnn....nampak sapa cari sapa? Bukan perigi cari timba lagi camni??

Lepas tu, nantiah aku sambung....banyak kerja menanti. 
Goodnight..


Pre-Wedd Photo???



No comments: