28.2.14

Darlin' it ain't easy....

To those who heart me so..


Darlin' it ain't easy
For us to say goodbye
I just hope that we'll have better lives....

26.2.14

La Tahzan


Hidup ni mudah, yang mengtakmudahkan hidup ialah KITA.
Lately, aku emo dan insyallah akan tetap emo selamanya.. tapi aku tak kisah apa orang nak cakap. Kerana aku berbangga dengan diri aku yang kental. Aku memang kental, dalam air mata aku bisa tertawa.. dalam tawa, aku bisa sendu..dalam tangis, aku bersyukur... 
Dalam dada, iman terbaja.kekadang goyah jua

Bertemu teman, taulan, dan kawan-kawan. Aku menjadi pencari cinta, mengusai rahsia cinta dan merawat sakit cinta, menilai erti cinta dan menggenggam cintaNya.
C.I.N.T.A

Kata seorang teman...

'' Siapalah kita untuk menghukum orang, walau sebanyak mana silap orang kepada kita.... biar Dia membalasnya, tidak di dunia..di akhirat sana. Percayalah Tuhan itu Esa Youjie.. ''

'' Tidak kira apa pun yang akan terjadi, apa keputusan pun yang kamu akhiri nanti...saya yakin, pilihan kamu adalah pilihan yang paling terbaik..kerana kehidupan kamu telah banyak mengajar kamu erti kehidupan...dan kamu seharusnya telah masak dan jelas dalam membuat pernilaian Youjie..''

'' Berkahwin bukan sehari dua, its remains forever... jangan pernah ada sesal dalam hati tidak kira apa pun yang akan terjadi nanti. Andai baik..alhamdulillah...itu suratanNya. Andai tidak baik...berserah dan redha...itu ketentuan terbaik buat kita.. ''

'' Bila kite berserah Lillahita'alla... maka kita tak perlu risau dan takut dengan apa sahaja ketentuanNya buat kita. ''

'' Human make mistakes... we deserve a second chances ''

''Cinta, ialah perasaan yang suci...bermatlamat yang suci dan berlandaskan titian ke syurgawi. Syaitan Laknatullah paling benci. ''

'' Aku rasa, ni kifarah buat kalian berdua...Allah menyucikan dosa kalian..untuk bersama menuju kejalanNya. ''

bla..bla..bla..

Terima kasih teman-teman. Siapalah aku tanpa kalian...tongkat aku berpaut disaat aku kelumpuhan. Dinding buat aku bersandar disaat aku kelemahan. Hanya Allah mampu membayar segala kebaikkan dan keikhlasan kalian..

TENANG

Hati ini miliknya dia, menanti saat menggenggam bahagia..mengapa perlu takut kepada kemungkinan yang belum ada pastinya. Sedangkan manusia ciptaan kompleks yang hebat lagi bijaksana. Tempuhilah dugaan, bertarunglah dengan perisai iman. Insyallah.....dunia ini apalah adanya. Sekadar laman kita mengumpul amal kesana.

'' Kalau kita tak bahagia bersama insan yang kita cinta, yakinlah dan percayalah....di sana, syurga menanti buat menyuci tiap juraian air mata. ''


:)

25.2.14

Kau kata kau baca..

Kepada kau..
Aku merayu,
..melutut di kaki...
Hampiri diri sekali lagi...

Kepada kau..
Aku memohon,
..menyembah ke bumi...
Belailah sekeping hati,
..walau buat terakhir kali...

Kepada kau..
Aku berharap,
..dengan titisan air mata ini..
Pujuklah aku,
..walau terpaksa...
menipu diri.

Kepada kau..
Aku berdoa,
..dengan nama yang Esa..
Bimbinglah aku,
..walau sukar..
walau bagaimana kasar...

..ke jalan Illahi...

Kepada kau,
Aku sandarkan duniawi..
Aku harapkan syurgawi..

Kerana cinta ini,
...cinta mati.

Noktah buat sang hati.

Walaupun aku cucu kepada seorang nelayan, membesar dengan mengelas udang, ikan.. sulam jala dan cuci perahu... bersihkan pukat..main selut, tangkap ketam batu.  aku tak pernah rasa nak 'muntah' dengan laut...jauh sekali jemu. No..no..

Dah mungkin sebati dalam darah, laut adalah aku..aku adalah laut.. bezanya, lautan aku tak bertepi..pantai aku tak dihempas ombak... gigi air, tak ada buih...dasarnya tak ada hidupan.... malamnya, tak dihiasi sinaran rembulang bersama kerlipan bintang.

Itu beza lautan aku..

Panjang kemain... ^_^, intro, punya nak menceritakan bezanya lautan aku, dan sayangnya aku pada lautan dan jinaknya aku dengan sang pantai. Abaikan.

Bismillah....dengan namaNya, aku akui hati gundah-gelana. Mencari hilangnya sebutir mutiara rasa. Yang dah hilang dihanyut derasnya gelombang samudera. Benar dah hilang.... mutiara yang selama ini dalam genggaman...aku simpan di kalung kesetian, bersama taburan permata-permata cinta yang berkilau... aku ikat kemas, dengan rantai bahagia. Begitu teguhnya tugu kasih antara kita.

Aku rela menggenggam kasih kita, aku buang rasa indahnya dunia. Aku nafikan segenap rasa-rasa yang ingin membelai jiwa...aku hembat lari, semua yang ingin memutuskan rantaian bahagia kita. Aku kecam segenap serampang yang memburu kita.. Tutup, teguh mahligai impiana dengan kunci emas jiwa antara kita berdua.

Kerna bagi aku, apalah erti senyum bahagia gembira tanpa kamu..tanpa kita.

Tapi saat ini,aku meraba-raba mencari sebuah kehilangan....
Aku mencari mutiara yang telah kehilangan..
..mencari kekuatan menggalas impian yang terburai..
..meniti hari nan penuh bayangan hitam..
..mengenang sandiwara dunia mainan insan..
..menitip doa-doa kudus kepada pencipta kita sekalian alam.

Menunggu keajaiban..
Mengharapkan jawapan..
Menagih harapan..
Mengubati duka dan kepedihan.


Aku ingin ke sini...... mencari ketenangan hati.
Aku ingin ke sini..... menangisi kesedihan diri.
Aku akan ke sini...meletak noktah kekal, hikayat percintaan ini.

24.2.14

Tinggal aku..

Assalamualaikum...

Dalam meniti hari-hari yang sepatutnya aku teruja, membilang detik bahagia. Sadisnya aku tidak merasa apa-apa. Benar dialah cinta separuh jiwa. Namun ada titik hitam sedikit sebanyak buat aku terluka. Dan hari hari yang sedang aku lalui kini, lebih kepada menghitung tanpa rasa...

Subhanallah...janganlah Kau rampas rasa bahagia ini dariku..

Dan...hari hari aku, aku akhiri dengan berfikir dan berfikir..
Mempertimbangkan sesuatu yang dah ada jawapannya di hati,
..lalu aku mempertikaikan si hati.
Bila hati dijadikan tawanan, aku menyoal siasat perasaan...
Sang jiwa dan rasa, menyusur kemudian...

Nampak tak?
Nampak tak, aku menuju ke arah yang..
...aku makin hilang deria kendiri? 

Lalu bagaimana?

Saat ini, aku ingin menulis cerita 10halaman.. Ingin mengatakan sesuatu yang panjang..
Tapi maafkan aku, 
..biar aku kulum sendiri bicara.
..biar aku suai isi rasa.

Nanti saja aku bercerita..
Nantilah...nanti la.... 


18.2.14

Biarkanlah berlalu..

Dari saat kite bertamu,
..mungkin itu tidak seharusnya pernah berlaku..
Maafkan aku menangis disisimu,
..disaat lemah daya dan perasaan kala itu.
Membuat kamu terpaksa melindungi aku.

Masa berlalu,
..mulai menganyam hasrat ingin bersatu..
..perasaan berbunga bermadu,
..hati menahan rindu,
Menantimu kan selalu disisiku..

Kuasa tuhan nan satu.

Cinta membutakan aku,
..hasrat menjadi debu,
..bila melihat dirimu bukanlah lagi yang ku kenali dulu..

Luluh hati,
Berkecai harapan...
Tiada kekuatan untuk kembali lagi,
..setelah nyata antara kita ada rasa cinta..
Berbelah bahagi berselerakkan merata..

Antara engkau dan dia, 
Antara aku dan dia,
Antara aku dan mereka..
Mengapa ?

Pergilah menabur cinta..
Lepaskan cinta tiada bernyawa..

Mungkin terlalu aku menagih cinta darimu,
Lewah aku menagih cinta penciptaKu..
Mungkin kuasaNya mencelikkan aku,
Merangkul kembali aku kesisiNya seperti suatu ketika dulu..

Kasih sayangNya menyamankan aku..
KecintaanNya tidak meyakitkan aku..

Cinta kita, 
..biarkanlah berlalu..

Untuk kebaikkan kau, dia dan aku.

17.2.14




Matilah jua bersama aku ini.

Aku bertemu, cinta yang tersangat indah..
Aku lalui hari-hari dengan mengutip harapan demi harapan,
..impian demi impian..
Menganyam angan demi angan..

Yang ku lihat, hanyalah mawar nan mekar..
Cempaka berseri,
Melur mewangi...
Yang ku sentuh, hanyalah sucinya embun pagi..
Heningnya air dikali..
Udara nyaman pagi hari..

Menyanyikan irama syurga..
Menari bercanda bermesra..
Inilah titian aku ke pintu syurga.....
Aku yakin, ini yang selama ini ku damba..

.....

Kemudian cinta ini menggilis tubuh aku..
Kaki ku lumpuh, hanya mengesot..
Tangan ku kudung, tak mampu mengesat...
Tubuh kian kaku, bernafas berat.. ...

Walaupun itu, 
Ada hati masih berdenyut, menanti harapan akhir..
.....cinta yang bersisa buat diri.
.....nyawa yang dicintai hadir memberi simpati.
Aku menanti..
Aku pasti.

Melihat insan lain menuju titian yang aku ingin pergi..
Menangis aku sendiri, 
..itu bukankah milik kami?

Namun....
Penantian ini makin menghiris hati..
Luka melarat menjalar hingga ke titisan darah terakhir..
Bisa dia beri,
..bukan calangan tubuh untuk bertahan lagi..
Pisau dan belati,
Mencungkil nanah benyiat isi..

Lalu aku pun mati.
Menggenggam memori cinta ini.

Ada air mata di pinggir alis..
Buat kenangan jika dia kembali,
..menyapu jasad tidak bernadi,


Matilah jua dia, dalam hati ku ini...

16.2.14

Akhirnya, aku si penagih cinta ..

Tidak pernah aku sakit, sesakit ini, malah pedih sepedih kini.. Tuhan mengerti hati ini, sedang aku mencari..hikmah tersembunyi. Ya Allah.....

Sesungguhnya, benar aku ingin benar-benar hebat menempuh duga ini, menjadi badang cinta menongkah arus deras badai menuju syurga.
Benar, benar aku ingin menjadi penyelamat dunia.. menyediakan ruangan pembersih kekhilafan cinta kepada putih sucinya asmara.

Dalam senyum tawa dan sinis gembira,
..hati ini menelan duri mengumam racun paling berbisa..

Sedang yang dicinta, entah dimana.... :')

Apakah iblis menanti suka,
..atau syaitan menjadi perencana utama..
Apakah aku harus kembali memadam cita-cita mulia,
..meneruskan hidup sebagai perantau si pencari cinta...

Hasrat yang satu, sekali lagi ditunda, dipadam dipendam..
Akulah yang kembali sendirian, tak berteman ..berjalan seorangan.

Dan andainya...

Dia sudi mengutip kembali diri ini,
..apakah jiwa ini masih seperti sediakala..
..apakah luka yang dirawat sendirian tidak akan berdarah semula..
..apakah aku bersedia menghadapi dia, dengan cinta seperti awal bermula...
Allah....

Mengapa bersama aku,
..kau ada dia...
Mengapa disisku,
..kau memuja mereka...
Mengapa di samping aku,
..kau masih mencari cinta..

Menegapa ada dia, mengepa perlu mereka..
Adakah aku tidak sempurna dimata,..seperti mana kau sempurna di sisi aku senantiasa..
Apakah aku, nilai terlalu hina,
..sedangkan mereka, mulia ..cantik..indah belaka..

 Mengapa cinta di dusta,
..saat dia kurasa paling sempura menjadi pembimbing,
menjadi ketua..

Mengapa hati ditarah belati,
..saat gerbang syurga sedia menanti pasti,
meniti kejalan redha sang illahi..

Mengapa kau khianati,
..saat aku cinta kau setengah mati..

Izinkan aku pergi,
..cinta di dunia bukan milik aku lagi.



Teruskan berdiam diri, menghukum aku dan memudarkan cinta ini.

Bila kau tak mencintaiku lagi, Katakanlah mungkin aku mengerti.....




Bila memang harus berakhir..
Aku rela meninggalkan semua mimpiku..

Tapi bantu aku sadari ..
Apa yang kau inginkan..
Katakanlah kepadaku...
Buatku mengerti..

Bila kau ingin lukai aku..
Lakukanlah buat aku menangis..

Bila kau ingin akhiri cintaku..
Tegaskanlah buat aku tak berarti..

Tapi jangan kau menggantungkan cinta..
Seperti ini, seperti ini..


9.2.14

Dulu...kini..

Dulu, aku pernah menjadi seorang yang melepaskan tekanan dengan mengambil pil dan ubat batuk.
Sebelum tidur.
Kerana...
Bila siang, aku harus senyum dan gembira, atau dalam erti kata sebenar..
Aku harus nampak gembira..

Dulu, aku sering berharap nyawa aku diambil kerana pil-pil sebegini..
Kerana aku merasakan hidup tiada indah hanya menyakiti.
Kerana, saat yang berlalu..
Senyum yang diukir,
...sebenarnya menanam luka yang mengalir..

Dulu...khayal aku bersulam angan.
Lena aku berselimutkan impian yang terkapai.....
Doa nan belum terungkai.

Kini....
Aku tidak lagi menyentuh pil..
Tidak lagi mengharapkan nyawa ditamatkan..
Tidak perit menempuh hidup.

Tuhan anugerahkan bahagia,
Tuhan limpahkan haruman syurga..
Dia memberi aku harapan yang lebih dari nyawa..
Memberi aku dunia dan kehidupan sana.

Kini aku berjanji,
Sejauh mana tekanan..
Serumit mana kesakitan..
Ini bukan terbaik dan segalanya..

Ini bukan penghapus duka..
Bukan pengering air mata..


5.2.14

Dimana bermulanya cinta kita?

Lama tak update blog di laptop, puas rasanya..

Eham...kurang beberapa minggu, tamat sudah zaman bujang ku. Disaat ini, teman-teman semua dah beranak pinak. Apa boleh dibuat, jodoh aku lambat... :P Alhamdulillah...walaupun lambat. Tapi selamat!! Alhamdulillah...... apakah?

Pertemuan kami tak dirancang, kali pertama jumpa..masing-masing tengah frust breakup dengan percintaan memasing. Maka, muka memasing adalah toyaaaaa jer... Kami terpaksa berlakon sebagai hero heroin selama hampir 1 bulan. Untuk final year project seoarang teman yang sebenarnya dalam diam tengah mengenen-ngenenkan kami. Elsie Nasirzal.. Ingat lagi, kata minah tu..kalau kami 'menjadi' dia akan belanja karaoke Neway... pfft.... Mungkin dari situ..terbit rasa seronok berkawan....  berkawan sahaja...nak berlakon bercinta kena berkawan kan?

Pertemuan ke-dua semasa birthday aku yang ke-25 di kapitan, dapat la kek RM9.90 beli di Giant. Aku like...wuttt kek giant? Tapi takpalah....dari takda. Masa tu beramai-ramai. Konon kata si elsie...ambil feel...nak bercinta dalam filem. Tui~

Bila dah frust ni, maka kepala kosong jer.. aku pun redah jelah. Kami ni tak adalah nak sms2 gudmorning gudnite sweet dream pun, nak bercinta jauh sekali tak terfikir. Sebab tengah konsider beberapa yang kembali mengorat aku bila dapat tahu aku dah single. Melayu, cina, india...berbilang bangsa. Dasyatt...waktu itu waktu market melonjak-lonjak. Walhal...kekecewaan dengan percintaan yang mustahil kembali sedang dirasai. Tak guna bersedih...dah jalan aku yang pilih, hidup harus diteruskan, aku pun tapis-tapis-tapis sambil shooting dan berkawan dengan mamat yang sekarang menjadi tunangan aku dan bakal menjadi suami aku. Selamba tak? Bertapis-tapis uols... ingat lagi, ada...yang fofuler, kaya, hensome, buruk, bujang, duda, perempuan pun hadaa...gile!

dan sebenarnya....

Aku jugalah yang ajak dia tengok wayang dulu. =___+' fine..aku memang rakus bab nak mula 1st move..... dulu pun aku, lepas tu aku..aku aku aku.... memang perigi cari timba. =____=' Timba-timba yang dok standby nak terjun ke perigi aku tolak ketepi..

Hingga shooting selesai, masing-masing kami masih selalu lepak khalel Bkt Jambul minum kopi dan sembang hal percintaan masing-masing yang dah lepas. Situasi kami masing-masing rumit. Tapi situasi aku agak simple..bialah aku saja tahu.  Lama-lama..lepas asyik keluar makan dan lepak. Dia minta aku buat keputusan. Apakah aku serius dengan dia atau aku hanya meluangkan masa dengan dia. Katanya, pompuan memang macam ni, lepas breakUp mula nak keluar dengan lelaki lain buat bahan mengadu simpati lepas tu..jumpa yang lagi elok blah pergi.... hampeh tak teori??

Dia minta aku fikir masak-masak dan dia taknak kami buang masa.

Nampak tak? Direct gile..aku pun cakap aku tak main-main. Both rasa selesa dan aku cakap aku nak kawen. Againnnnnnn....nampak sapa cari sapa? Bukan perigi cari timba lagi camni??

Lepas tu, nantiah aku sambung....banyak kerja menanti. 
Goodnight..


Pre-Wedd Photo???



3.2.14

Indah...

Kau yang ilhamkan bahagia...
Hingga aku rasa...

Indah.......
Hingga benar aku rasa indah.....

1.2.14

gOLDEN Crane @ Malaysia.


Golden Crane, tipu tak pernah main. Ada beranggapan game ini game buang duit. Ada ramai segan nak main permainan ni katanya seperti berjudi. Di malaysia, aku tak sura sejak bila wujud game ni, Tetapi bapak aku pernah bagitu dulu muda-muda dia suka main. letak 50 sen main 2 round. SEKARANG RM1 sekali sahaja..well dunia...

Di Penang antara shopping mall yang ada benda alah ni, TESCO Besar E-gate, Tesco Tanjung Tokong, Gurney Plaza, Bukit Jambul, Jusco Perda. Istimewa Sg Dua. Di Seremban pun ada, Jusco jugak.. Setakat ini, ni port permainan kami. 

however, game ini telah menjadi kegilaan aku sekarang..semua salah tunang aku.. Dia sekarang peminat TEGAR, memang tegar sampaikan beliau sebelum tidur boleh dok layan video game ni..tak dapat main, dapat tengok pun jadi... masyallah ..masyallah aku dah redha dan dah menerima beliau seadanya, sehingga bejangkit penyakit ini ke aku...

So far, di bilik aku dekat 100 ekor hasil tangkapan tersimpan rapi. Memang banyak. Kami main benda Golden Crane ni kurang-kurang seminggu 3-4 kali. Labur sikit, dapat sikit..labur banyak, pulangannya lumayangg~ Setakat ini perlaburan tertinggi ialah sekali main RM10 haha...dapat la 3-4 ekoq worth RM40-50. bERBALOIKAN?

Encik tunang aku adalah juara menetapkan posisi sasaran, aku pula juara dalam meneka target anak patung. Kalau aku sebut ' no no cannot ' sampai kesudah silalah kecewa kerana memang tak boleh..heheh Kalau aku tetapkan posisi pun, memang insyallah harapan dapat anak patung tipis..haha

Currently, kami dah tahu di mana kilang pengeluar kotak game laghaa ni, dah tahu supplier anak-anak patung ni dan harga modal untuk berniaga game ni, harga untuk kotak sahaja mahu pun anak-anak patung sahaja. Doakan aku berjaya membeli sekotak game ni untuk dihadiahkan kepada tunang aku nan sorang tu, letak di rumah kami nanti tak payah nak main jejauh... ini tips mengikat suami hahaha  

TIPS!!!!

Nak main dan taknak rugi? Tipsnya jangan berputus asa...dan SABAR!!

Antara port paling senang dapat patung ialah :
1 - Tesco Tanjung Tokong!! Kotak 1st dan 2nd.
2 - Tesco E-gate tingkat BAWAH belah kanan.
3 - Gurney tingkat atas belah kanan. Tingkat bawah 3 kotak available. another 5 kotak sekadar perangkap sahaja wee..wee..we...

TIMING!!!

Game ni ada timing, selalunya kalau kita dapat teddy bear sekali. selepas tu CONFIRM tak dapat. sehingga 'timing' tiba , selalunya' timing' dalam 4-5 kemudian kita akan dapat balik. Just makesure kita ambil bebetul..cengkaman sewaktu 'timing' kuat, memang takkan mengecewakan. TETAPI bila 'timing' tak dapat..memang loose loose longgar~  Mesin ni memang ada setting untuk timing..

CARA TAHU TIMINGNYA?

Tunggu..duduk di sebelah dan tengok orang main. Kali keberapa akan dapat balik. Bila kita tahu berapa kali loose berapa kalu turn tak loose. Maka kita boleh pasang strategy.

1St, dapat....kemudian ada target anak patung lagi sekoq, maka kita hanya perlu tunggu orang lain datang main. Letsay if timing 5 kali  loose, baru dpaat 1. 5 kali loose baru dapat 1 untuk yang ke-6. Maka sila kira... tak salah bagi orang main, bila sampai timing ke6 kita terus maju kehadapan utk dapatkan anak patung idaman hati. WATCHOUTT.. kalau posisi failed. sila tunggu another 5 kali main.... begitulah berikutnya...

ok dah, Dah ajar semua dah kan...
GUUDLUCKKK!!!!

Motip haku main anak patung ni? Aku buat freegift untuk bisnez aku.
Aku dapat kepuasan dalam bermain game ni, aku pun dapat beri kepuasan kepada pelanggan aku..
Kemudian aku dapat kepuasan berniaga.

^_^ Jum solat zohor, dah azan..