Allah menghapuskan apa sahaja yang dikehendakinya.
..Allah telah mengadakan ktentuan bagi setiap sesuatu..
( Ath-Thalaq : Ayat 3 )
Cinta emangnya indah, belaian perasaan..teman mengadu suka-duka..teman air mata..teman makan, shopping teman susah senang teman...teman..teman.. Bila saling sayang menyayangi, sering berdua-duaan....tapi? Setebal manakah iman kita manusia dari menangkis bisikkan syaitan? Berapa yang kecundang? Berapa yang musnah dek cinta... jadi, cinta itu haram. Tiada istilah 'couple' dalam islam...sedangkan perasaan cinta itu harus dipendam dalam-dalam.. sedangkan erti cinta sebenar ialah apabila cinta disimpan jauh dari relung hati, dan di atas redha illahi kerna cinta lebih kepadaNya si pencipta berbanding cinta pada si dia...
Ya allah...ampunilah aku yang hina ini..
Bismillah....entry kali ini, untuk memujuk seorang teman yang baru putus cinta. Anggap sahaja untuk memujuk diri yang kali pertama akhirnya juga putus cinta... ucapan buat diri dan dia, alhamdulillah...tuhan memilih kita, kita pilihan Dia...ertinya kita di bawah perhatian yang Esa... bersyukur bukan?
Janganlah menangis kerna cinta tak kesampaian, usah bersedih apabila bersendirian. Dia mengambil satu tapi Dia membalasnya seribu..dan balasanya 10 ribu kali lebih baik dari yang diambilNya. Alhamdulillah....syukur saja pada tuhan, kerna apa yang baik di mata kita insan, belum tentu sempurna disisiNya. Jadi tuhan mengalihkan sepasang hati...memutuskan ikatan perasaan, memutuskan ikatan tidak sah... agar akhirnya kita memikirkan Dia dari si dia yang selama ini dipuja.
Jangan bersedih kerna kita masih sayangkan dia, kadang-kadang air mata buat penambah rasa.. ''aduh...aku masih sayang dia, cinta dia...jiwa telah kosong tanpa dia..'' masyallah..mengapa harus berkata jiwa kosong tanpa dia? sedangkan Allah selalu ada buat peneman nestapa... ..''tapi aku bukan hambaNya yang baik, aku engkar..'' Lalu lupakah kamu Dia maha pengampun, maha pengasih dan penyayang? Ayuh tanam kepercayaan kepadaNYa...sujud kepadaNya... :) Dia cintakan hamba-hambanya lebih dari cinta antara hamba-hambanya.
...Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah maha Pengampun lagi Maha penyayang.
( An-Nisa : Ayat 110 )
Jangan merasa rendah diri, jangan pernah menghina diri... manusia ciptaan terindah, wanita ciptaan terindah yang memiliki darjatnya tersendiri, tak percaya? kenapa beza kain kafan kita dengan kaum lelaki? Kita malah lebih banyak lapisnya berbanding lelaki? See....kerna darjat kita, maka haruslah kita pelihara kesucian dan kehormatan diri...Dia mencipta kita dengan seribu keindahan, bukan untuk kita hina dan pijak-pijakkan. Bukan buat kita kotorkan dek kerna mengejar cinta dari lelaki hanya berjanji segala, meredah lautan api..meggapai bintang di langit...sejauh mana yang sudi menggalas tanggungjawab memimpin kita ke syurga? Banyak mana yang benar ikhlas mengemudi cinta dengan redha tuhan? Jadi...ingatlah, diri kita sungguh benar beharga..sungguh benar bertuah kerna terlepas dari hubungan tanpa ikatan sah. Alhamdulillah..
''...aku sudah tua, siapa nak kawen dengan aku kelak? aku tak ingin sendiri!..''
Astagfirullah....jadi kamu tidak percayakan takdir tuhan? Adakah kamu lebih rela dimiliki lelaki yang sebenarnya tidak pernah cintakan kamu? Kamu rela? ..andai suatu hari yang kamu sudah beranak pinak..dan menanggung beban keluarga..dan akhirnya ditinggal begitu sahaja? Bersyukurlah atas jalan yang tuhan telah susun terbaik buat kamu...dan dia ternyata tidak kejam untuk merantai diri kamu dengannya dalam kepura-puraan... hargai keputusan dia yang jujur, redhai qada'-qadar illahi... jodoh, maut, pertemuan, rezeki semua di tangan Allah s.w.t.
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Mengenangkan pengalaman sendiri, ternyata hati serapuh ranting tua. Air mata peneman setia namun hati ini aku pujuk kuat untuk memahami suratanNya. Pasti dia akan menggantikan sesuatu yang beharga.. :...Barang siapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.
( Al-Hadith )
Itu menjadi kata-kata semangat aku menempuh hari, redha..pasrah di sejadahNya. Benar aku tenang, sungguh hari menjadi extra indah dan hati luar biasa damai. Kemudianya kini, kenangan indah itu aku jadikan batu loncatan diri untuk terus memperbetuli diri. Terus berusaha menjadi kekasih illahi...
..Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang...
( Ar-Ra'd : Ayat 28 )