25.10.12

Impian aku youjie..



Setiap insan punyai impian, angan-angan dan harapan di sepanjang kehidupan mereka, kalau orang takda impian tu rasanya mungkin orang tu takda hati dan perasaan kot. Maybe dah putus asa dengan kehidupan. tapi kenapa nak putus asa? Sedangkan life must go on... go go go!!

Kalau takda impian, maknanya dia takda usaha.. dia berserah dan taknak merancang. Not gud..not gud... dan aku? aku mulai mendidik diri untuk memasang impian dan plan-plan jangka pendek dan panjang dalam hidup. Kemudian susun langkah nak realisasikan.... baru hidup ni mencabar dan sesuatu.. ye tak? Kalau tercapai kira dapat point... kalau gagal maka tolak markah...macam game!

Berleter pun tak guna, nak cerita ni...dan sebenarnya salah satu impian aku dah hampir tercapai, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku telah berjaya memiliki sebuah kedai mampu milik..wah dah macam iklan jualan rumah mampu beli pulak... Idok la aku membeli, aku menyewa bulanan kene bayor la der... kate pun student kan kan kan....

tara!!!! Ni lah kedai ku itu......


Idok le bosar mana, tapi cukup la untuk anak ayam baru nak belajar bisnez macam aku nieh... slow-slow kayuh ye tak? Aku apply kedai ni dah dekat berbulan-bulan dah..dah nak putus asa dah tapi akhirnya rezeki tuhan nak kasi, aku diluluskan untuk mendapat sebuah kedai selepas aku present bisnez aku pada lebih 5 orang panel dengan terketar-ketar berseorangan. Dengan janji-janji manis yang aku akan kotakan... selesai presentation.. aku dapat call untuk ambil kunci.. apa lagi? Hidung adalah kembang kerna bukan sikit yang datang untuk perbentangan proposal syarikat petang tu.., syukur-syukur... :')


Dan..aku tidak keseorangan, lantas orang-orang kuat yang terdekat aku ajak ke kedai.. untuk hias-hias dan siapkan rak-rak kelengkapan berniaga, dan banyak lagi.. mase ni baru aku sedar bahawasanya bukan mudha untuk memulakan segala... dan syukur ada seseorang yang selalu sedia disisi memberi dorongan dan menahan kesabaran tahap dewa... yelah, aku sangat degil. Dah, degil sahaja tapi cuweet ok. #muntah


Malam tu seluruh sanak saudara membantu, dikala aku keserabutan takleh fikir otak jammed.. aku hanya mampu mengarah-ngarah amboi. Mana taknya, semalam aku dan En.B kerja half day semata-mata nak siapkan kedai sebelum raya haji... semuanya semata-mata kerana isnin ni ada perasmian untuk keseluruhan kedai-kedai... tak menang kaki tangan, mana nak rayanya lagi..kerjanya lagi...

Nak fikir warna langsir, konsep kedai.. perancangan partition and panggil kontraktor datang siap tebuk itu ini... beli almari..beli jam beli frame gambar beli karpet beli lap kaki beli pekakas so ..so... hanya tuhan tahu, yang aku baru tahu semua perkara harus dilakukan sedetail ini... duh...memang aku bengong seketika.



Jadi, bagi diri aku...impian dah tercapai 0.01. Saat ini aku terkenang semua titik tolak bermulanya bisnez aku sedari tahun 2010 dahulu... dengan bermodalkan RM30.00 sahaja.. berkat hobi gatal tangan surf internet di waktu senggang...dan berkat memiliki anugerah tuhan yang tak ternilai ini... iaitu jemari ku dan daya kemampuan aku untuk menjahit... *rasa macam tengah bagi ucapan time menang anugerah aku takkan persiakan kelebihan yang diberi. Dan uols pun jangan sesekali mempersiakan anugerah tuhan k...setiap kelebihan tu ada benda yang kite kena rajin-rajin kaji rajin-rajin selak... 

kite akan pasti jumpe.. :)


Ape pun..terkadang aku termenung sendiri.. mana aku nak bahagi masa untuk reporting usmtv, mana nak cari masa untuk postgrad study aku yang dah di hujung ni... Tak sabar nak naik pentas kali kedua untuk segulung sarjana... tak sabar ok sumpah tak sabar.... tsk~ Terkadang rasa diri ni tamak, tapi bagi aku...selagi mampu selagi terdaya... harus perah tenaga dan keupayaan tu seboleh mungkin... baru hidup akan lebih bermakna... Hidup lebih diberkatiNya.... 

Ini aku anggap sebagai janji, janji untuk menepati dan janji untuk menjadi yang terbaik.. bukan pada diri, juga pada semua... kamu pun kena janji pada aku ok? Aci tak ni?

****************

Hmmm...kedai apa yang aku buka nih? Jen..jen..jeng.... 



2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH...TAHNIAHH...:)

Anonymous said...

Congrats kak youjie! :') i'm so happy for you.