21.10.12

Aku terima nikahnya ...


Pada dasarnya nak tengok cerita omputeh, tapi dalam kepala ada beberapa lineUp list yang dijadikan backup... bila check-check cerita omputeh panggung alahai kecil-kecil.. tukar cerita PEkida tu ehh..silap Pe-3, panggung kecil juga...last choice aku decide cerita nih..sebab nak tengok Adi Putra punya fasal.. En.B opkoz ialah nak melihat Norah Danish pfft... cliche cliche laki semua sama!

Masuk pangung, penuh juga..agak kagum disitu. Ok jum mereview ala-ala bagos. :)


 Sungguh suweet gambar nikah diatas, tapi aku tak suka tangan laki sampai pegang cengkam kepala si isteri dah macam ape taktau nak describe. Kan molek pegang hujung dagu ja..suweet jer nampak tak gejoloh.. atau pun tak payah la kiss-kiss depan khalayak... bosan. Cliche cliche... Salam sarung cincin dah la.. Aku kawen nanti makesure takde  bende-bende camni peliz...  oh sungguh sesuatu nada disitu, adakah aku jeles? haha..

op! oklah teruskan ke acara re-view ..#Libastudung

Dewasa ini, filem-filem adaptasi sudah mendapat tempat di hati penonton, menyebabkan karyawan terus mengambil peluang keemasan ini dengan membuat labih banyak filem adaptasi, tapi sejauhmana filem ini mampu menandingin novel dari aspek kepuasan dalam kalangan pengamalnya? i mean..pembaca atau penonton.. ianya bergantung pada cara pengarah tu susun flow and penggarapan yang mantap pada setiap babak. Nak compress the whole ratusan helai petulisan dalam novel kepada sejam/ 2 jam filem di pawagam bukan kerja mudah dik.. kne study bebetul tu... and filem ni , bagi aku sebagai bukan seorang pembaca novel cinta tegar, aku rasa ok la...tak nampak lompong atau potong tampal plot-plotnya...smooth and silky...

Maybe sebab aura pelakonya kot, Norah Danish yang mantop howt meletops dan Adi Putra owh...kaulah idaman ku selalu! Miow~

Filem-filem air mata memang makanan si norah danish , lakonan sedih dia sangat menjadi sampaikan aku pun 3 round menitiskan air mata sehingga dibahan dek En.B pfft....orang-orang laki mana nak faham hal-hal emosi ni, tipu kalau tak sedih tengok citer ni ok... air mata Alissa ni macam hidup gile...aish stress...dah la howt! Babak-babak romantis Alissa & Johan ( A.Putra ) pun sangat menjadi...nampak nau filem M'sia dah makin daring lagi berani.. untunglaaa si A.Putra ni kne lilit si janda muda cantik jelita..

Dari segi Plot cerita, smooth well done.. takde terpinga-pinga aku dibuatnya .. Filem ini menuntut semua orang beremosi atas penyampaian yang dipertanggungjawabkan ke atas Nora Danish. Dan disebabkan dia sangat pandai menghayati watak dalam setiap babak...maka penyampaian emosi tu competent sekali... gudJob. A.Putra watak awak senang jer, so malas nak komen...lagipun aku macam tiba-tiba tak berapa pandang si Johan tu disebabkan Alissa macam lagi cantik and lagi menarik perhatian aku.. En.B apatah lagi, diam je duduk kat sebelah sikit punya focus...its a BIG foine!!!!

Biasalah filem MELAYU, kalau tak rumah besar keta besar kaya raya sempurna segala...memang bukan cerita melayu, ada tak cerita cinta duduk rumah flat? Naik kereta kodok...atau kapcai jer tapi sweet...? Jarang-jarang-jarang.. heehe tambahan ni dari novel...so penceritaan dia pun indah-indah belaka, dimana Johan macam takde kerja Alissa macam ikut suka nak kerja ka tak... Rumah nak atas bukit sunyi sepi dari manusia lain and kawasan rumah penuh bunga-bungaan...macam indah kan? Kalau tinggal aku soarang-sorang situ..nangis gak lah... tak rela ai duduk atas bukit dalam hutan sensorang.. isk~

Antara persoalan yang berkisar dalam filem ini ialah :

Persoalan tentang kesetiaan dan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa.
Persoalan tentang perjuangan pasangan suami isteri dalam menyelamatkan rumah tangga.
Persoalan kejujuran seorang teman repat.
Persoalan tentang erti sebuah perkahwinan...etc

Moral value pulak, sungguh sampah dan ralat kalau sesuatu filem dibuat tanpa nilai-nilai moral yang ingin disampaikan. Bagi aku antara nilai yang aku dapat detect dalam filem ini antaranya..... :

- Kesetiaan isteri terhadap suami.. Johan punya annoy dengan Lisa after hilang ingatan, tapi Lisa sangat tabah dan sabar menempuh setiap sakit hati yang diterimanya. Sejuk hati dapat bini camni...aih....
..'' tapi abang syurga bagi Alissa..'' boleh imagina tak N.Danish yang comel suara manja ungkap camtu ke A.Putra... Johan leks jer takda perasaan...pfft!

- Tanggungjawab seorang suami, pewarnaan watak Johan menggambarkan dia seorang yang punyalah loving tapi akhirnya jadi seorang lelaki yang tak bertanggungjawab selepas hilang ingatan. atas kesedaran tanggungjawab itu juga, Johan akhirnya berusaha mengingati dan kembali ke pangkuan isteri tercinta...

- Kesabaran yang akhirnya membuahkan hasil, Lisa memilik semula suaminya yang tercinta atas kesabaran dia menanti Johan untuk pulih kembali.

- Lafaz nikah yang mengandungi 1000 makna yang tersirat dan berat, sebenarnya merupakan 1 amanah buat pasangan yang berumahtangga untuk menggalasnya.

Phew....diharapkan semua ni dapat membantu uols yang teringin nak tengok tapi takut kecewa, bagi aku ok la so so jer...so so pun aku nangis gak la 2 3 round haha... aku kememe maybe korang hati batu tak nangis nanti jangan salahkan aku ok....

Anyway....! N.Danish sangat cantik, kenapa la J lepaskan dia untuk bersama F.S? Rugi woo....kalaulah aku J tu..nyum nyum! haha.....tapi orang kata, kecantikkan tak menjamin apa-apa, macam ai..ai cantik tapi ai keras kepala batu dan degil serta tak boleh dikawal... so wuts da point? Pointnya ialah ai nak cakap ai cantik...

**hantuk kepala sendiri laju-laju



Selamat malam ^_^ !!

p/s : Like fanpage aku ni weh~
 https://www.facebook.com/SuzieCollection

1 comment:

boni kacak said...

pelaris filem ni memang nora danish..satu pemilihan yang sangat tepat..