13.11.10

Youjie El-Zahra berpesan :

Assalamualaikum!!!

Bersama saya ustazah Youjie El-zahra ngee... Tak salah menjadikan ilmuan sebagai idola, kalau ada yang taruk nama 'zana spears' 'shakira nana' atau 'timah ozawa'...
hah!!!..takkan saya nak letak Youjie El-zahra tak boleh kan..kan...

Mungkin semalam sebelum tidur saya menjelajah page FB pensyarah saya yang sekarang berada di tanah haram, beliau bertemu Dato Dr Hajah Fatma El-Zahra ... Selama saya menyelongkar foto album pensyarah saya, saya seolah dibawa mengembara menaiki unta bersama foto-foto beliau dan caption-caption yang penjang lebar.. Disebabkan itu, nama bekas doktor gigi itu mekar dalam ingatan pagi ni.

Psst...nanti lepas dapat kebenaran, saya lampirkan foto-foto tu..kita jelajah sama-sama yaa..!!!

Owait!! Saya terbaca notes di FB mengenai ini.
Mengapa kah dengan tanda-tanda kuning di atas ini? Hari-hari kita baca al-fatihah bukan? Sebab hari-hari kita sembahyang insyaallah... Jadi, bacaan al-fatihah tu penting bagi kita untuk dibaca dengan betul supaya tak terkhilaf makna. Bayangkan, kalau salah sedikit boleh membawa maksud yang lain..lagi parah kalau bacaan silap tu bermaksud nama syaitan-syaitan...
Bagaimanakah kita perlu solat sedangkan dalamnya menyebut nama syaitan? Itu sangat ngeri okee.... Hancur laa....
Berikut yang dikuningkan diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan laknatullah tersebut ialah :
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,

6 IYA(disebut tanpa sabdu)sepatutnya IYYA. =Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan."
Ngerii okeee...
7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti tanpa koma-koma atau stop-stop .

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MINIMUM @... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,InsyaAllah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
"30 tahun main dgn gigi orang, 20 tahun main dengan hati orang pulak,"
Dato Dr Hjh Fatma El Zahra
Selamat bercuti!!! dan baca Fatihah elok-elok pasni okay!~

No comments: