5.11.10

Papadom Mak Shalini sedap!

Selamat menyambut hari depavali!! Ops..Deepavali kena buka homepage FB check ejaan sungguh tidak satu Malaysia. Mengapa tidak? Sebab tak pandai eja Deepavali dengan betul tapi eja christmas sentiasa betul sebab kalau krismas hujung tahun sama dengan ade sale hujung tahun dan sale itu menyeronokkan kaum seperti aku..dan kau.. Oyeah satu nafas!!
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Pagi ni cuaca cloudy-cloudy... Mendung berarak menandakan hari mahu hujan. Di hati berdoa..nak hujan! nak hujan! Mana tahu, dengan hujannya di penang permai ini dapat menterikkan cuaca kawasan kedah.. Kesian mereka disana dengar kata dah terputus bekalan elektrik. Bukan dengar, tapi tengok status di FB. Wah...lagi satu kebaikkan fb. Tak payah tengok berita tv3. Ngee..ngeee...
http://www.emocutez.com
Bangun-bangun terbayangkan muruku. Owh...siapakah yang sudi menghulurkan muruku ini. Apakah aku harus bersari ke rumah hujung itu dan berpura-pura menziarah sambil tangan mengaut muruku lalu disuap ke mulut sebelum dikunyah rakus gigi ini...sedapnya tiba-tiba kecur dalam mulut.. Tsk..tsk...
http://www.emocutez.com
Cakap fasal deepavali, kecik-kecik dulu zaman era tadika umo 5 tahun di kuala kubu baru, kem polis. Famili aku tinggal di sebelah rumah pasangan india yang sangat baik. Anak deorang Syalini and Malini yang sebaya aku. Aku dan adik ialah kawan baik mereka petang-petang akan hilang kerana menyorok di rumah syalini. Ingat lagi, waktu aku paling tunggu-tunggu bila mak syalini tenyeh muruku. Best dapat makan muruku fresh. Kadang-kadang lunch hour aku tak balik rumah kerana nak makan nasi mak die suap sebab ade papadom. Rasayan tu kali pertama aku makan papadom. Dan tea time pulak mak shalini akan buat cake orange. Ingat lagi semua tu macam ade layar perak depan mata. Ngeee..
http://www.emocutez.com
Tiap kali papa akan datang cari aku dan adik bila dah lewat petang tapi belum balik. And setiap kali makan malam sama-sama aku dan adik akan tak makan sungguh-sungguh sebab kenyang..hahaa Mulai hari itu, mak dengan atuk selalu belikan barang atau hantarkan goreng pisang atau kuih muih ke rumah syalini sebab kami perniaga kuih dengan goreng pisang daerah kuala kubu yang PALING POPULER saat itu. Yer tak tipu!
' Pisang Goreng Tok Man Jambu'
Ingat lagi, betapa bestwenznyer dua keluarga india dan melayu. Kami selalu buat bufday party sama-sama dengan kek yang bertaburan dengan M&M kaler-kaler. Masih jelas di ingatan. Ingat lagi main anak patung and motor polis adik. Kesian adik join kakak-kakak yang perempuan main masak-masak di tangga flat mase tu. Nasib sekarang die tak jadi pondan..masih lelaki hahah!!
Anyway! Selamat menyambut pesta cahaya!!!
Persaudaraan antara budaya itu indah!


'' Shalini...Malini...lama tak jumpa, sure uols dah jadi dewasa dan matang sekarang. Pada ujie, kalian tetap budak kurus pakai seluar katak yang bertocang bunga raya atas kepala and bermata bulat yang pakai gelang kaki loceng kecing! kecing!! keciing!!
Ingat tak peristiwa seludup masuk bilik mak pak korang semata-mata nak tunjuk kat uji dewi yang cantik tu? Hik..hik...''
Persahabatan zaman kecil amat ikhlas..

No comments: