4.11.10

Jodoh dunia jodoh di syurga?

..bertemu di pintu syurga~ lala.....

Perasan tak semua lirik lagu cinta ada buat planing untuk berjumpa di pintu syurga..mengapa tak jumpa dalam syurga? Mengapa pintu?

Maybe GF tu nak masuk syurga teringat BF die tak datang lagi..then dapat tahu BF die tak dapat masuk syurga lagi kena humban neraka dulu seribu dua tahun.. so si GF standby depan pintu syurga tunggu si BF lalu ondaway nak masuk neraka sempat la jumpa sekejap kot... Like dat?

Ok abaikan, maybe bila cakap di pintu syurga tu nampak lebih humble la taknak ngaku yang deorang ni ahli ibadah yang dah dijanjikan syurga..

Wallahua'lam..

Tapi aku wonder-wonder adakah kita akan jumpa suami kita di syurga? Kata dalam tu banyak bidadari bidadara...takkan jumpa suami balik yang sama kot? Bidadara yang hensem-hensem dan mantap tu takkan leh pandang dari jauh jer..... opss!

Dan adakah kita akan cantik rupawan di syurga? Tapi kalau compare dengan bidadari syurga camner plak..sure deorang lagi cun sebab deorang dibuat dari cahaya.... Nur...

Persoalan bermain di fikiran, bukan sengaja mempersoalkan kuasa tuhan tapi sebagai manusia yang penuh dengan sifat ingin tahu. Aku tergolong dalam kalangan itu.

Satu hari aku terbaca, '' Wanita-wanita mukminat lebih cantik daripada bidadari syurga!'' Secantik mana bidadari syurga, mukminat yang membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk, melaksanakan solat dan taatkan suami untuk mendapat keredhaan allah s.w.t akan lebih berseri-seri disana. wAH......

Dan masa di syurga, wanita-wanita kerepot atau kurang cantik. Diciptakan semula menjadi gadis-gadis perawan dan muda remaja. Begitu juga bagi lelaki. Dan mereka akan disatukan bersama pasangan masing-masing semasa di syurga sepertimana di dunia....wAh......

Ader satu ceritera, Ummu Al-Darda isteri kepada sahabat nabi s.a.w semasa di Syam Abu Al-Darda. Mereka hidup aman bahagia walaupun umur mereka jauh berbeza. Suatu hari Ummu Al-Darda berdoa kepada tuhan '' Ya allah, sesungguhnya Abu Al-Darda meminag ku di dunia dan aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMu untuk menjadi suami ku di syurga.''

Setelah mendengar doa isterinya, Abu Al-Darda berkata '' Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah bernikah lagi setelah aku meninggal dunia''.

Ummu Al-Darda yang dilahirkan cantik dan cerdas, mendapat pinangan dari Khalifah Mu'awiyah bin abi sufyan setelah kewafatan Abu Al-Darda suaminya. Lalu Ummu Al-Darda menolak pinangan tersebut kerana setia dan ingin bersama suami tercinta di syurga.

See! mengapa ada sesetengah orang tua taknak kawen baru..nak hidup sensorang selepas kematian isteri atau suami? Inilah sebabnya...sebab deorang nak bertemu di syurga... hows sweet~

Di syurga, semua pasangan akan kelihatan cocok dan lawa..hikhik..ape lagi? Nak buat jahat lagi tak? Tsk..tssk...nak tak???

2 comments:

Sakiinah said...

nak pinang Maher Zain jadi suami di syurga!!!

tiba2 aku rasa mcm salah blog jap :P

Putera said...

saya baru lepas kematian org yang amat bermakna dalam hidup sy :$.. sy always berdoa, hope dapat jmpe die ag di akhirat, di syurga insyaAllah .. sy rndu sgt kt arwah :$.. akak melawat la blog sy yea.. bace entry pd 28 n 29 dis ..