11.11.10

Si buta yang bertuah.

Semalam yang terlalu panjang, mendesak aku menghela nafas paling berat pernah aku hela.

Kesihatan yang tak mengizinkan dan keupayaan yang menterbatasi kemampuan membuat aku separuh nyawa mengukir senyum pada yang tak ingin aku berkongsi rasa.

Akhirnya, hari yang panjang tergagah aku tempuh jua.

................................................................................................

Hari ni juga hari yang panjang dan banyak benda perlu diselesaikan satu persatu. Aihh....kalaulah ada kerja masuk opis suka hati then goyang kaki dapat gaji bulan-bulan.. hahhaaa...macam lah ada kan...

Itu terlalu 'lame'.

Baik..baik...pagi tadi selesai taklimat...interview...ceramah menjawab soalan PTD hahaa...then terus ke Subaidah mengisi perut dan memakani ubatan-ubatan itu.

Lalu terus ke c10. Mengedit dan mengedit...kerja bahagian aku da siap berkurun tapi bahagian lain belum..makanya goyang gak kaki nih...tapi harus ke library setel yang lagi satu.

Owh...semalam!

Semalam..
8.45PM lepas isyak..
Tepi surau..

Aku ternampak seorang buta bangsa cina melintas jalan sambil bertongkat, ingin dibantu tapi tak sempat. Masa uncle tu menongkat slow-slow melintas jalan, lantas datang sebuah kereta yang menuju arah berlawanan. Di tepi jalan kelihatan pakcik lepasan semayang di surau berdekatan yang masih berkopiah berwajah suci juga ingin menuju jalan serupa. Tanpa diduga, pakcik tu mengarahkan kereta tersebut berhanti untuk laluan si buta sambil memimpin tangan si buta.

Aku tersenyum.

Setelah melintas, pakcik tersebut meneruskan perjalanan. Air wuduk pasti dah terbatal kecuali die kentut sebelum menyentuh si buta. Itu tak penting. Lalu eku mengikuti perkembangan si buta dari tingkap cermin kereta. Si buta berjalan berseorangan lalu datang anak remaja belia 5 6 orang yang berselisihan dengan si buta. Tanpa aku duga juga, salah seorang dari mereka membantu si buta hingga mesuk ke dalam kedai. Walaupun kawan yang lain seakan mengejek tapi mereka hanya bergurau...tak mengapa, aku faham senario diperlekeh teman pabila menjadi mulia 3 minit.

Aku senyum lagi.

Lalu aku berlalu pergi dari tempat itu. Masih tertanya-tanya apakah nasib si buta tadi semasa die ingin pulang.

Siapakah bakal membantunya kali ini?

Senario malam tadi menngubah persepsi aku terhadap masyarakat sekeliling yang selalunya dipandang biadap dan negativeee jer memanjang. Sebenarnya, seramai-ramai orang jahat kejam gile di dunia nih..masih ada yang baik dan mulia...masih ralevan slogan '1 Malaysia' dalam babak malam tadi. Masih boleh pakai kadang-kadang...

Aku dah berhenti senyum.

2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

walaupun ada kekurangan, mereka tetap manusia..

dan setiap kekurangan itu pasti ada kelebihan yang kadang2 kita sendiri tak terduga =)

Youjie said...

betul betul....
maybe terang mata buta hati...
terang hati bila mata buta...

tuhan itu adil.. :)