Mengapa upload gamba muka sendiri mencapap dengan gaya konon paling howtz di muka bumi?
Sebab kalau kita tak rasa positif dengan diri, siapa nak tolong kita buat rasa positif tu semerbak di kalbu..
Kalau kita rasa tak berjaya is salah siapa?
Kalau kita rasa tak cantik salah siapa?
Kalau kita rasa kita pelik salah siapa?
Kalau kita rasa kita hina...huduh...tak menarik...salah siapa?
Kalau kita rasa kita kita loser..kolot..tak matang..tak itu tak ini salah siapa?
Salah
kita sendiri la der..
Kita yang malas nak usaha then kita kata kita bodoh. Then kita strees sebab kita tak menonjol macam orang lain. Then stress tu membawa kita kepada perkara yang makin negative.. kita mulai bentuk ideology sendiri dengan berkata
' aku bodoh, maka aku tak layak campur deorang tu...aku bangang so aku kena stay rumah sorang-sorang tengok tv makan tido...takleh buat apa dah, ni yang terbaik untuk orang bongok macam aku...tsk..tsk...' Macam hayam kan...pastu hidup mulalah takda kesinambungan dah... mendatar jer... Plot hidup berjalan secara mendatar sebelum menjunam then lupus.
Cantik..
' cantiknya kau, yelar kau kan putih pakai apa pun cantik!' ' cantiklah kau dalam gambar ni, nampak kurus lah...tak macam aku gemuk pendek tembam pulak tu, huhuu..'' Hah baguihla dok ada...cemuh lah diri sendiri banyak-banyak. Biar yang tak cantik tambah huduh... Mula lah nak bagi undang-undang dalam diri
'' aku tak layak pakai baju tu..badan tak cantik. Pakai baju besar-besar serabai camni dah la bukan ada sapa pandang...'' '' aku hitam legam macam arang sapa nak tengok, takyah la jaga muka bazir diri beli produk kecantikkan..jerawat batu ni ala...takda sapa nak perasan kot..biarlah!'' Hah...gud one...biar muka berjerawat jeragat naik kulat pun tak apa-apa kan... Jadi halimunan lagi bagus kalau macam tu, tak penting kan...orang tak pandang kan, lalu kehidupan dilalui serba mendatar....slow...tak semangat....layu...mati.
Kadang-kadang rasa tak penting, rasa macam pokok tumpang yang menjalar kat badan pokok besar gagah perkasa. Menyesal tak belajar tinggi muda-muda dulu. Haa..mulalah nak downkan diri..
'' Alar, aku kerani am..buat apa nak kerja keras untuk naikkan orang atasan.. Masuk 9pagi balik 5 petang suda. Bulan-bulan gaji dapat. Tak payah lah nak dedikasi sangat. Poyo jer semua tu! '' Bagus lah..teruskan dengan pegangan anda yang akan membawa anda kepada jalan tak kemana. Teruskan memberi label pada dari terhadap pandangan orang sekeliling. Terus menerus mengulangi benda sama dengan istiqamahnya.. Lama-lama masa membaham usia, mati tanpa jasa. Hah mau?
Phewww.....penat.
Dont put limits on yourself darling!~
Yakin ah sikit kawan! Try la perkara baru..kalau sebelum ni asyik berbaju
kelabu, besok try baju
orange and tengok kesan pada sekeliling dan dalam diri. Rasa semangat semacam tak??
Kalau selama ni kita main futsal, apa salahnya selepas ni main bowling pula? Kalau futsal perlukan ketangkasan..bowling perlukan ketenangan.. Camner?
Sikap yakin ialah perasaan bila kita berjaya melakukan sesuatu dengan cukup baik!
Hebatt!!
Adakah kita sentiasa rasa kompiden? Kalau tak..mungkin kita tak cukup melakukan sesuatu dengan terbaik yang kita mampu. Tapi kalau kita rasa kompiden tu makin bertambah hari demi hari, itu tandanya kita sentiasa menyelesaikan perkara dengan jalan paling baik.
Kalau rasa
gemuk. Usaha habisan untuk kurangkan yang lebih. Jaga pemakanan, kesihatan, kawal diet. Then lihat hasil. Kalau belum ada hasiil maka usaha lagi kemudian lihat hasilnya. Tuhan sentiasa membantu hambanya yang berusaha.
Kalau tak usaha, tapi itu dijadikan alasan untuk mengeluh seumur hidup.. Sila teruskan hidup mendatar anda dan sia-sia dengan bermurung dan merungut. Jangan salahkan perut..jangan salahka muka jeragat..jangan salahkan ciptaan tuhan.
Kalau tak baca buku boleh pandai semulajadikah? Kalau tak baca akhbar akan tahu isu semasa otomatik kah? Adakah usaha kita cukup megah untuk kita salahkan diri yang tak pandai-pandai?
Come on darling..kalau nak seribu daya, jangan salah diri kalau kita yang memperlakukan diri sebegitu. Selalu sampaikan mesej
'aku bodoh' pada diri. Lama-lama otak dapat signal yang diri ni adalah bodoh.. Lalu signal memberi tindakbalas terhadap tindakkan dengan melakukan perkara yang tak masuk akal.. Lama-lama memang kita jadi bodoh, percayalah..
Sikap pasif adalah sikap orang yang tak mahu berjaya dalam hidup. Elakkanlah jauh-jauh sikap pasif ni, latih diri bersikap aktif dengan berani mencuba, berani melakukan sesuatu yang baru, berani memecahkan sempadan diri.
Lihat hasilnya lepas tu...
Memecah sempadan diri bukan beerti melakukan yang di luar kawalan dan tabii manusia. Sila jangan salah tafsir.
Selain tu jangan lupa perisai umat islam,
DOA...
Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan”. (Riwayat Tirmizi).
PEACE!!!
Nota kaki :
Yer..yer...aku juga selalu kena sindrom di atas, bebal..salahkan diri...malas usaha tapi mengeluh kuat, then menangis menyondol sorang-sorang atas katil... muahahaa...tapi sekurang-kurangnya aku terus usaha.. BLUEK!!!