6.10.10

Hal aku jer, takyah baca.




''... Setiap kesabaran pasti ada membuahkan hasil..Tanpa usaha, segalanya mustahil...

Yang hak pasti bisa melenyapkan yang batil...

Demi tuhan yang kuasa, kita hanya hambanya yang kerdil...''



Holaa...apekah khabar anda disana, saya baik-baik aja sedang menyiapkan projek penyelidikan yang dijangka tamat bulan ini. Ewah..tiba-tiba kata ganti nama jadi ayu dan sopan.. Font biru-biru gitew... :P



Apakah yang saya buat selama ini? Melihat kawan-kawan berjaya di kota besi nun jauh disana terkadang membenih rasa sedih di hati lantaran kaki tak cukup panjang melangkah pergi..hanya mengharap wujud sumber rezeki di sini...

Jadi, sejak berakhirnya hari konvokesyen, aku meneruskan kerja separuh masa di pusat pengajian komunikasi sendiri, sebagai pembantu penyelidik@ RA . Masuk opis jam 10 balik jam 5..kerja key in key in..kerja scanning-scanning...Editing-editing..coding-coding... Tapi selalunya aku sleeping-sleeping.. Kui..kuii!!! Dalam masa yang sama juga, aku meneruskan projek usmtv yang dah aku buat sejak January dulu iaitu sejak aku tengah blajar lagi. Usmtv ialah projek baru pusat pengajian komunikasi usm untuk menghasilkan news-news sekitar usm yang insyallah akan menjadi lebih rasmi kalau kami usaha kuat sikit buat news elok-elok. Ahli buruh kasar Usmtv hanya 6 pada mulanya, 4 broadcaster dengan 2 jurnalist.. Imagine.....

Ok berita gembiranya, aku tak lagi menerima gaji RM25 perday dari usmtv macam selama 8 bulan aku bekerja ni dah YEAY!!!!!!!! Status N17 dah bertuka N41 syukran..syukran.... Dan itu menandakan aku tak dikira penganggur lagi..kui..kuii... Aku rasa macam nak terbang ke langit dan mulalah peristiwa menangis bawah meja sebab sedih dengan status penganggur tu terimbas semula.....mulalah perasaan hati hancur pecah berkecai dulu dah tercantum semula..weeee...

Tapi sekarang tinggal 3 sahaja, 1 journalist iaitu aku dengan 2 kameraman... aku yang dengan 2 lagi yang tengah menyambung master di sini.. Aih....patut aku amik borang master dulu, tak la waste time camni, tak sangka sambung master pun masih layak bekerja.. Semuanya rezeki masing-masing.. Syukran... ( owh tak amik borang master sebab tak cukup ongkos..lupak!! )

Dan dalam masa sama, sementara tak cukup kakitangan untuk bergerak buat liputan usmtv... sementara tengah upgrade itu ini tentang webside usmtv... aku meneruskan kerja RA nie dan dalam masa sama aku tengah siapkan projek penyelidikan dekan pusat pengajian aku yang di amanahkan untuk aku buat sorang-sorang....dan dalam masa sama, aku tengah mencari ilham untuk skrip temelovie 90 minit untuk ASTRO...dan dalam masa yang sama aku juga berurusan dengan pihak-pihak yang ingin membuat video koperat tak kisah apa sahaja... Sebab kru usmtv juga produce banyak koperat video untuk USM...

Fuhh....!!!! brapa banyak perkataan dalam masa sama??


Orang cakap aku tamak kerja, apasalahnya tamak duit kan? Asalkan semuanya dari titik peluh sendiri.. Asalkan ade matlamat di hujung yang tengah kite kejar... Ape matlamat aku? Yer....tengah kumpul duit untuk sambung master...
Sebab tu kerja kuat, ( kuat ker kah..kah..!!!!)

Lagi satu, aku sebenarnya belum jumpa ape yang aku minat dan ape kecenderungan aku.. Sebab aku terlalu banyak benda nak buat, berbalik pada kata tadi la..aku kan tamak kah..kah..kah.. Dah la tamak, takder fokus, mulalah nak rasa loser balik nie..aihhh....
Aku tak heran dianggap loser if tak tahu lagu terkini tak kenal artis kat tv..tak lepak coffe bean tak gi clubbin... sebab benda camtu tak memperlihatkan sebarang kematangan bagi seseorang tambah-tambah orang outdated macam aku tapi aku kesah giler loser kalau tak hidup secara progresif dan produktif..dan tak kreatif dan tak ..tak...tak....takder hala tuju lah senang sembang!

Psstt...

Bosan tak baca posting nie? Kalau bosan SILA tutup blog ni sekarang maseyy.....

Hurm...makanya! Tujuan aku share benda-benda macam gampang ni bukan sebab nak hidung besar..hidung aku tak besar bluek! Aku hanya nak memotivasikan diri..cewah Youjie Kamsah is comin!!

Sementara muda..sementara kuat kaki tangan...tak salah mencuba apa sahaja.. Mungkin dari mencuba, kita akan dapat jejak manakah jalan yang dah tersedia buat kita.. Mungkin kau sebenarnya hanya pelukis jalanan yang belum keluar jumpa kanvas dengan cat..mungkin aku ahli politik yang belom masuk dewan persidangan..(kah..kah..kah..tekleh blah!! ) Mungkin die tu penyanyi yang belum jumpa microfon... Semuanya bukan dalam jangkaan kita..

Dan apabila kite dah jumpa microfon..kanvas..cat..dewan persidangan semua tu... Disitu kite akan menyerlah dengan sinar kite sendiri, wah sinar bagai.... Dan disitu juga akan terlahirnya satu kejayaan yang bakal mengubah diri ..keluarga..dan masyarakat amnya.. ( feelin baca teks ucapan menteri )

Kunci kejayaan bagi aku, apa yang dimulai perlu dihabisi.. Tak kisah sepahit maung mana sekalipun...

Itu adalah sebahagian dari amanah dan tanggungjawab~

2 comments:

Anonymous said...

thanks untuk dua baris terakhir tu

Youjie said...

Yeah...jum bkongsi prinsip!
kui..kui... ^__^