31.10.10
Update saja nak update.
'' Thanks untuk yang suka banget meng'shout ke blog AkuYoujie ini... Saya sentiasa membaca anda dan trimas grasias sudi bertandang....!!!''
( Pergh...bajet populer giler lah youjie! )
..................................................................................
Hari ini hari Ahad..semalam hari sabtu. Saat ini aku masih bekerja dari rumah untuk mengumpul wang demi sesuap nasi. Kah..khh...poyo mampos.
Ok lah..aku gila kerja sebab aku gila duit, aku gila cari duit pun sebab aku gila buang duit... So..campur darab tambah bahagi....sama lah macam korang juga.
Gila simpan duit akan malas kerja dan tak gila duit.
Kalau tak gila sangat buang duit maka tak gila sangat kerja so tak la gila cari duit.
PENIN. +__+''
Hari ni plan nak rest di kamar sahaja tapi terbantut dengan ketibaan ahmoi bernama juliet dan dalin.. so mengikut jadual deorang, aku harus teman shopping dan jalan-jalan! Gurl day out hah!... sebab selalunya kalau nak beli apa-apa di mana-mana deorang akan tanya aku sebab aku kaki Qbay dan kaki Gurney. Aku siap bolah senaraikan ape dimana dan brapa harga dan Y*&%VOB()IYH5667.....
Juju : I nak beli jeans..mana best?
Aku : Budget?
Juju : Hmm...kalau RM3++?
Aku : Levis RM299 skiny new arrival..lawa-lawa..
Juju : RM150?
Aku : Topman leh dapat la jeans lusuh2 skinny..MNG RM15o keatas blabla..
Juju : Below 100?
Aku : Forever 21 ader RM99 and jegging yang best RM99!
Juju : Ok jum siap kite lepak Qbay!
Aku : hahahha ok!
Posting Boooorrriiinnnn~~~~
30.10.10
Takers The best lah!~
Mengisahkan kelicikkan dan kepantasan sekumpulan perompak profesional, tak layan oke nak rompak rumah orang rompak kedai runcit. Ni rompak kargo rompak juta-juta. Perompak citer ni tak layan pakai kemeja seluar pendek. Pakai mau smart ajer.. kereta mewah ajer.. Apa guna jadi perompak berkaliber kalau tak kaya.
Get it?
Tapi bukan cerita menganai kehidupan perompak yang nak ditonjolkan, tapi tema 'kepercayaan yang boleh membawa kehancuran' diketengahkan dalam filem ini bagi aku.
Kerana percaya...kumpulan yang tuff leh hancur...kerana percaya nyawa terkorban...kerna percaya..blabla..fikri sendiri.
Babak atas ni paling smart dan macho gile. Selamba lepas rompak tu blah naik kereta masing-masing dengan lagak seorng wira. Tabik lah perompak camni..ok..oke..memang tak baik sokong perompak tapi ni kan movie..
Dari segi teknik camera, aku suka sebab die tak melenggah-lenggahkan masa dan buang masa penonton.. Macam babak naik tangga kalau korang perasan dan babak hisap rokok yang dioverlepkan dengan borak-borak dan babak-babak yang selalunya kelihatan slow semacam seperti yang sering dilakukan dalam filem yusuf haslam.. ops!
Ekceli jalan cerita dier sangat rilek dan simple mampos, tapi gabungan teknik kemera dan skrip! terutamanya aku memang ske ayat-ayat yang deorang pakai contohnya masa babak dalam trak masa sesi memebelasah oarang dalam lori kargo punya badan tu ala tengok sendiri nanti kay!
Adengan klimaks datang bila unsur-unsur kekeluargaan timbul, mul ade anak pompuan...kakak datang melawat G kat hotel...polis mencuri demi isteri... Haaa..simple jer plot die, leh agak...
Antara persoalan yang ditonjolkan yang sempat aku ingat is :
Opkoz persoalan kepercayaan yang membawa kehancuran...
Persoalan menganai semangat setia kawan....
Babak di bawah ni paling tragis dan menyentuh hati aku... :')
Persoalan dendam yang terpendam...
Dendam lama... dendam lagi!
Saudara sepakat membawa berkat...tapi babak bawah ni paling sedih jugak, mati-mati aku ingat nak keluar naik kereta depan dengan macho sambil lawa SWAT yang tengah ready nak shoot dorang... tapi.....
Babak ni agak sedih...lorh.sedih lagi!
Nilai Murni banyak gak :
Kasih sayang terhadap ahli keluarga. Tu yang buat cerita ni tergabung dengan sedap mata memandang sebab die seimbangkan kejahatan dengan emosi kebaikan. Hampeh...hampir meleleh~~~
Bayangkan aku leh tersedih masa polis nak shoot pencuri sekor tu..hahahah!!!!!
Peleraian die tergantung sikit aku rase ade sambungan kot hehee...
Ending takleh citer, tapi dramatik dan best! Puas! Orgasm!
29.10.10
Media and Culture : Global homogeneity & Local Identity... :(
Yer...saya tengah menunggu masa menjalankan tugas, macam agak poyo disitu tapi tak apa-apa ini tuntutan kerja kan...dan kerana dek sebab oleh pasal kerja ni tak banyak rakan sekerja, maka selalu berseorangan..sayu pilu dan sunyi.....tapi hapy!
Media and Culture : Global homogeneity & Local Identity...
Jap lagi aku akan disuap dengan talkshow-talkshow seperti tajuk dibawah ;
Media culture & Human Right
Media and Quality of life
Language & Cross-cultural Comm
Cultural hegemony and the media
Environment and Cultural
The media economy..
Hmm..banyak lagi tapi malas nak tulis lah...
Tunggulah balik nanti ape yang dapa aku bentangkan kat korang eah...
Kalau takde isi tu means aku zZzzZzzZZZzzZZ........
Pagi ini hujan renyai-renyai.. Emosi yang dipengaruhi cuaca mulai menjalankan tugas menghantar signal ke otak.. '' psst...sedih cepat, tengah hujan ni..renyai-renyai plak tu! '' Aku dah cukup matang untuk ikut kehendak hati yang melulu dek termakan hasutan otak yang dipengaruhi tempias kuasa cuaca...
Aku cool jer... Tak nangis tak sedih tak kememe....betul.
Jarum jam menunjukkan angkat 6 yang pendek, dan 12 yang panjang. Baru azan...cantek! Dah brapa lama aku tidak kesubuhan subhanallah.. Itu urusan aku dan Dia.
Selesai segala mak nenek.. Lepak di ranjang melayan lagu M.Nasir.. '' Dalam hutan ada taman..dan dalam taman ada puterinya...lallaa...dalam aku ada dia...dan dalam dia...lallaa'' Sedap mainan irama dan lirik mamat ni bancuh..tapi dah tak berapa virgin bila Adnan Sempit ubah jadi ' dalam hati ada taman '.
Tak kire la..aku menganggap Adnan Sempit tu memplagiat idea M.Nasir..
Aku tak peduli.
Stalk gamba mamat-mamat hensem di mukabuku kadang-kadang fun jugak. Pagi ni, seorang junior yang terkenal berjaya di stalk oleh aku. Takyah tanya siapa, buang masa ja. Bukan sengaja tapi tak ada pilihan. Tujuan stalk pun bukan ingin memenuhi hawa nafsu pun, tapi sekadar melihat kehidupan orang... Reasonable?
Lalu....
Aku terimbas aku yang dulu dengan aku yang sekarang dengan mangsa stalk aku pagi ni. Dan aku dapati...aku dah hilang momentum lama aku. Aku melihat aku di dalam lelaki itu dan aku sendiri merasakan aku yang original dah kurang original. Ok aku dalam lelaki tu maksudnya bukanlah aku dulu lelaki pastu buat plastik surgery kat thailand jadi perempuan cantik sebegini. Tapi zarah aku yang dulu seakan wujud pada lelaki itu.
Hampeh la tulis benda macam ni.
Buat selirat otak.
Nak gi kerja..kerja...kerja...
......................................................
Apahal la Prasat nak aku cover event 8am-6pm ni selama 3 hari berturut-turut???? Aku tak rasa budak uni. nak layan news story Asean conference mass comunication iY&%^&RFE tu semua... Aih!!! Owh Prasat orang atas aku la, die lecturer... Gila gampang la nak buat benda tak berfaedah ni... Last-last news keluar 2 minit jugak... WARghh!!!!
Mula aku nak claim gaji double...!!!
Boley??
28.10.10
Baby-G pergi jua.
Tak ceria tak indah dan tak hidup jika posting tak ditenggekkan dengan sekeping gambar... Mengapa aku berasa begitu, kerana aku mungkin seorang pencinta keindahan atau mungkin metroseksual....
Kalau ada gambar, aku rasa seperti sedang berurusan dua hala... Yes! sistem interpersonal berjalan tanpa kekangan....
Rasa seperti kalian dekat sama aku..
Kalau aku tak letak gambar, anggap itu bisikkan atau tak pun monolog semata.....suara yang datang entah dari mana..
.............................
Hari ni aku agak produktif.. Mungkin kerana puasa, aku jadi hyperactive semacam, tak percaya tanya kakak-kakak master yang dekat dengan aku.. Dalam library aku tak tersengguk-sengguk lagi macam selalu hingga menggamit mata-mata liar menatap aku di satu sudut paling hujung tak kena air cond tu...
Hari ini agak kacau bilau dengan selang seli membuat kerja USMTV dan kerja Green Portal Pn.Hamidah dan at da same time fikirkan projek Dr.Adnan yang terbengkalai sementara waktu... Arghhh....
Kalau ada kebahagiaan dalam perpisahan persis Syahir.. apakah pula kenikmatan dalam keberantakkan persisi Youjie ini.... Ketenangan dalam kebilauan mungkin.....??
Tsk..tsk....pulang saja ke kamar, tenaga seolah tinggal sipi-sipi.. Lantas tubuh ini aku hempas lemah ke dada katil...menanti mata terkatup.. menunggu jam berputar menjelma hari esok..
...............................
Ahh...tiba-tiba terkenangkan Baby-G yang hilang entah kemana, belum sempat bermesra sepuas hati.. Kini dia tak ada lagi disisi.. Rm2 rat gak nak sambar lagi seutas...
Cilanat siapa pakai jam aku. Huh!!
Batal puasa tinggal half pahala.
Kalau ada gambar, aku rasa seperti sedang berurusan dua hala... Yes! sistem interpersonal berjalan tanpa kekangan....
Rasa seperti kalian dekat sama aku..
Kalau aku tak letak gambar, anggap itu bisikkan atau tak pun monolog semata.....suara yang datang entah dari mana..
.............................
Hari ni aku agak produktif.. Mungkin kerana puasa, aku jadi hyperactive semacam, tak percaya tanya kakak-kakak master yang dekat dengan aku.. Dalam library aku tak tersengguk-sengguk lagi macam selalu hingga menggamit mata-mata liar menatap aku di satu sudut paling hujung tak kena air cond tu...
Hari ini agak kacau bilau dengan selang seli membuat kerja USMTV dan kerja Green Portal Pn.Hamidah dan at da same time fikirkan projek Dr.Adnan yang terbengkalai sementara waktu... Arghhh....
Kalau ada kebahagiaan dalam perpisahan persis Syahir.. apakah pula kenikmatan dalam keberantakkan persisi Youjie ini.... Ketenangan dalam kebilauan mungkin.....??
Tsk..tsk....pulang saja ke kamar, tenaga seolah tinggal sipi-sipi.. Lantas tubuh ini aku hempas lemah ke dada katil...menanti mata terkatup.. menunggu jam berputar menjelma hari esok..
...............................
Ahh...tiba-tiba terkenangkan Baby-G yang hilang entah kemana, belum sempat bermesra sepuas hati.. Kini dia tak ada lagi disisi.. Rm2 rat gak nak sambar lagi seutas...
Cilanat siapa pakai jam aku. Huh!!
Batal puasa tinggal half pahala.
27.10.10
Maggie Mee EXTRA Pedas!
Malam-malam ni kalau sorang-sorang tak tentu hala makanya perut lapar...
Malam-malam ni kalau sorang tak tahu buat apa makanya nampak meggie segera....
Malam-malam kalau bosan sunyi sepi tapi banyak kerja penyelesaianya ialah maggie juga....
Malam-malam malas beli makan malas gerak kuar rumah malas fikir citarasa semasa makanaya meggie juga...
Maggie..maggie..maggie...
Sedap bila dinikmati depan kipas angin dan kucing yang sedang bercakaran di atas katil juga...
Enak dimakan tanpa campuran apa-apa hanya meggie pure sahaja...
Lazat dislruppp hingga mulut comot dan kuah terpercik di cadar...
Nikmat bila licin dan dihirup kuah begitu sahaja...
Maggie..maggie...maggie....
Aku suka maggie!
Ske ati aku lah!
Malam-malam ni kalau sorang tak tahu buat apa makanya nampak meggie segera....
Malam-malam kalau bosan sunyi sepi tapi banyak kerja penyelesaianya ialah maggie juga....
Malam-malam malas beli makan malas gerak kuar rumah malas fikir citarasa semasa makanaya meggie juga...
Maggie..maggie..maggie...
Sedap bila dinikmati depan kipas angin dan kucing yang sedang bercakaran di atas katil juga...
Enak dimakan tanpa campuran apa-apa hanya meggie pure sahaja...
Lazat dislruppp hingga mulut comot dan kuah terpercik di cadar...
Nikmat bila licin dan dihirup kuah begitu sahaja...
Maggie..maggie...maggie....
Aku suka maggie!
Ske ati aku lah!
21.10.10
Suara Pantai Asens..
Hidup sukar di duga penghujungnya serupa apa..yang aku mampu lakukan, hanya mengutip ciciran ilmu di sepanjang jalan dan membaiki kesilapan di setiap kekhilafan...melalui itu, segalanya akan menjadi lebih indah di kehadapan...justeru memadam tiap noda hitam di kebelakangan..
Hari tu..aku berjalan ke Pantai Asens untuk mengutip cengkerang...hobi kebiasaan...
Aku disajikan dengan santapan mata yang indah...
Kita bisa ketemu kehidupan yang seolah mati...nafas yang benar-benar terhenti atau mungkin jasad yang angkuh bernari ...lalu apakah tidak berasa sekelumit sesal akan dalam hati? Bermain opera tanpa hanti..di sepanjang hidupan insani.....
Dunia yang setia melayan karenah manusiawi...sama seperti pohon tua yang berabad usianya...makin ia membongkok ke bumi...makin ia kehilangan seri....
Kehadiran kembangan flora dan fauna yang menyeri alam...
Menatapnya memberi tenang di hati...gemalai di jiwa...tenteram di perasaan...hadirnya menceriakan si kumbang yang selalu sunyi dan ingin di hiburkan...
Perjalanan menjadi indah dengan tamparan bayu..sambutan mesra pohonan nyiur...
Merungkai misteri di segenap lorong yang menyembunyikan....
...sebuah kehidupan pada mata air....
Pada deruman ombak yang memukul ..dan setianya pasir yang tak bisa merubah pantai...
Lalu terpana pada kekuasaanNYA...alangkah kerdilnya kita...
....pada lebarnya samudera....
...juga pada uniknya ciptaanya....
ajaib..
mengagumkan..
memukau rasa..
hingga mata terkesima..
dalam mentafsir suratan tiap segala ketentuanya....
...yang tersirat sejuta rahsia...
....pada yang berilmu saja yang mampu memikirkanya....
..pada yang hanyut akan terus mengutuknya...
.
....yang membutakan matanya..memekakkan telinga...
Lalu..
....ayuh kita melangkah menelusuri denai misteri sebuah kehidupan bernama dunia...mungkin disana kita bisa ketemu apa hikmahnya air mata..apa padahnya sempurna...
Lurve you!
sIRI ulangan tak jemu....
^__^
20.10.10
Mengapa tuhan ciptakan Air mata?
Mengapa tuhan ciptakan air mata?
Sebab tuhan mahu kita merasa... Merasakan perasaan-perasaan di dunia.. Merasa gembira, merasa bahagia, merasa sedih, merasa geram, merasa syukur dan pelbagai lagi. Pabila kita merasakan perasaan itu, kita mampu menitiskan air mata bukan....
Kerna itu air mata diciptaNya.
Bagaimana dengan mereka yang angkuh untuk mengeluarkan air mata? Bagaimana pula yang enggan menitiskan air mata? Malah tak mampu menangis lagi selama hayatnya?
Itu menandakan hati yang dah terlalu tertekan, memungkinkan mereka mengalami masalah jiwa yang tinggi...
Aku selalu menangis dan senang yang amat untuk menitiskan air mata...mungkin aku lemah mungkin aku sensitif atau mungkin itu cara aku mengeksperesikan perasaan aku.. Dengan cara itu, aku akan tenang.. anda patut cuba juga!
Menangis mampu membersihkan mata..mencantikkan dan membuatkan bola mata kita jadi bersinar-sinar... Tanpa lense kaler-maler dah cantik daa. Macam mata aku...
hakkktuih~
Anda patut cuba!
Tertekan lain.. Sedih lain.. semalam aku sempat mentelaah buku sakit jiwa di perpustakaan dan apa yang aku dapat ialah seperti yang dibawah..
Sedih VS Tertekan :
Kalau kita sedih, tangisan mampu melegakan kita..itu sedih..
Kalau kita tertekan, kita tak berupaya menangis lagi..air mata seakan kontang..
Kesakitan kita ialah halus dan dirasai kalau kita sedih..
Tapi kesakitan sakit bagi yang tertekan telah kaku, bagi golongan ini..kekosongan ialah lebih baik dari kesakitan tersebut...
Kupayaan ketawa dan beriaksi tidak hilang jika kita bersedih, kita mampu ketawa dengan usikkan teman-teman walau semasa kita bersedih..
Tetapi jika tertekan, perasaan jenaka luput..hilang...seolah hilang keupayaan untuk merasakan perasaan....
Deria 'pergerakkan hidup' dirasai.. Maksudnya kalau kita bersedih kita akan rasakan kesedihan yang datang dan pergi silih berganti dan menjadi biasa lama kelamaan...
Tapi andai tekanan yang kita alami, kita akan merasakan kaku dan tersangkut di satu ruangan lingkup yang tak bergerak sama sekali. hidup terhenti. .. bukan lamunan terhenti lagi..
Kita masih menghormati diri semasa kita sedih tapi tidak pada kala kita tertekan... Kita mampu melakukan ape saja di luar kawalan...
Sedih membuatkan kita rasa tiada beza diri dengan orang lain di sekeliling...malah mungkin makin merapatkan hubungan sesama kawan..
Tapi jika tekanan, wujud rasa diri adalah lain dengan orang lain lalu mencipta jurang...
Sedih tidak menghilangkan motivasi atau tenaga malah mampu meningkatkanya..
Tekanan sebaliknya meluputkan semua tenaga dan motivasi diri...
Jadi, anda tertekan atau sedih?
.....jika hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan bersedih dan merintih...jika hidup terlalu panjang untuk disudahi dengan sekadar tertawa....lalu hidup harus bagaimana......?
17.10.10
Benci diperhatikan versi Youjie.
15.10.10
Sejenak menginsafi..
Andaikata kejadian ini menimpa saudara aku malah jika menimpa aku sendiri, aku pasti kehilangan akal dan kebuntuan fikiran..
Memandang tangisan ibu dan bapa...jiran tetangga yang disayangi... Mereka berpelukkan sambil berkongsi kepedihan hidup....
Apalah nasib kita...
Apalah nasib kita...
Air menenggelamkan setiap sesuatu...
Membantutkan perjalanan aku... Menggamit persoalan dari bibir si kecil ku :
Papa...mama..apakah ini?
Si Comel yang kesejukkan dalam kekeliruan....
Dimanakah ibuku? Aku lapar..dimana bisa perut ku dikenyangkan...
Bagaimanakah di masa hadapan..
Mahu lagikah aku maju di depan melihat segala macam lagi kerosakkan?
Melihat air mata yang pasrah...raut yang kecewa...masa depan yang kian musnah..
Membantutkan perjalanan aku... Menggamit persoalan dari bibir si kecil ku :
Papa...mama..apakah ini?
Si Comel yang kesejukkan dalam kekeliruan....
Dimanakah ibuku? Aku lapar..dimana bisa perut ku dikenyangkan...
Rumah tenggelam..permainanya hilang..hanyut...
Aih...alangkah indah jika punya mainan dulu...
Bagaimana harus mulai dari kosong..
Bagaimana harus mengisi perut anak isteri...
Pernah kah kita membayangi itu...
Bencana memamah segala tidak mengira siapa..
Wang simpanan dilabur kini menjadi sia-sia ...
Mahu lagikah aku maju di depan melihat segala macam lagi kerosakkan?
Melihat air mata yang pasrah...raut yang kecewa...masa depan yang kian musnah..
Sempatkah berlebaran nanti..
Bagaimana persekolahan...bagaimana pakaian..bagaimana makan..?
Bagaimana harus kembali temteram?
HOW CAN I HELP?
* I have money – You can channel your donation to us and this will be handed over to the victims of flood. Individual or non-organization can also channel their contributions to us.
* I have stuff – You can drop your stuff (non-perishable items) at designated venue (Andy Siti’s office next to BSN USM). These stuff will be sold/auctioned on the day of Jamboree Sale on 26/27 October 2010. All profits go the the victims of flood.
* I have time – You can sign up to volunteer with us. We will need help sorting and processing donations or stuff for the auction on the day of Jamboree Sale. Please send us an email if you are interested.
* I have the talent – You can sign up to ‘donate’ your talent i.e by baking cupcakes, designing articles, making cards etc and they can be sold as donation on the day of Jamboree Sale.
* I have the Internet – You can help by joining us at Facebook and also by spreading this word around.
Aku Youjie : Yang menjalankan tanggungjawab sosial... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)