Etika sebagai nilai moral yang bersifat ideal yang ada hubunganya dengan persoalan baik dan buruk. Dengan kata lain, etika merupakan garis panduan yang ideal untuk menuntut para petugas dalam sesuatu bidang itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah. Etika memerlukan penghayatan individu, penghayatan ini datangnya dari hati sanubari individu itu sendiri.
Ini bermakna, kod etika berbeza dengan undang-undang sedangkan undang-undang merupakan satu bantuan yang di kanun oleh kerajaan.
Kod etika kewartawanan di negara ini bersifat undang-undang tapi mengandungi cita-cita murni yang harus di amalkan oleh setiap individu dalam sesuati profesion.
Etika Media & Idea keterbukaan ;
Berkait rapat dengan jenis keputusan yang diambil hasil pertimbangan wajar oleh Editor in-chief sesebuah akhbar untuk menyiarkan berita dari dimensi-dimensi yang tertentu.
Dimensi yang dimaksudkan ialah sesuatu pandangan individu / kumpulan yag dilaporkan dalam kandungan berita berkenaan.
Setiap wartawan perlu tahu dan faham bahawa terdapat ruang untuk menulis berita, setiap ruang ada sempadan yang perlu di awasi agar tindakan menyiarkan laporan berita tidak memberi kesan negatif terhadap negara, bangsa dan agama.
# Tidak memberi kesan negatif terhadap negara kew....sebab nak jaga kepentingan pihak tertentu betol tidak!
Haha...sempat lak aku menyampuk, tapi sebagai pelajar kewartawanan aku tak rasa benda yang tersenarai ni idok la digunapakai 100%. Banyak konotatif den denotatifnya....
Kod Etika Kewartawanan Malaysia oleh Institusi Akhbar Malaysia. ( IAM )
- Tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran yang menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. # Actualy menghormati hak orang berkepentingan, kalau tak jaga hak dorang, habislah akhbar di gantung lesen atau di sekat pengedaranya..betul idok??
- Dalam melaksanakan tugas ini, ia menghayati kebebasan memungut dan menyiar berita secara jujur dan berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama. # Ulasan dak kritika sah-sah base on apakah agenda setting yang nak di setkan pihak berkepentingan terhadap kepala otak rakyat...sesungguhnay akhbar di Malaysia ini agak pondan! sila percaya..
- Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem & dokuman.
- Sebarang maklumat tersiar yang di dapati tidak benar harus di betulkan. # Selalunya yang salah tu yang benar, tapi terpaksa belakon buat-buat terpaksa membetulkan kesalahan ala-ala nak mengaburi mata rakyat jelata...kes main wayang pun ade okee~
- Wartawan harus menghormati kerahsiaan sumber berita. # Rahsia kerajaan la contohnya, isu Altantuya misalnya..wartawan perlu hormati rahsia yang nak disimpan Abg Jib dan isterinya..kalau nak tanya juga bersedialah di pecat selepas balik dari liputan berita oleh bos anda...ini fakta!
- Wartawan harus berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tak berasas serta rasuah dalam apa jua bentuk sekalipun. # Pengalam mengajar aku bahawa terdapat para wartawan yang berkongsi sumber dan diolah dengan cara berbeza..hahah misalnya: Ani : oi...aku lambat datang sidang media tadi, emeil aku laporan ko ehh, aku ubah la sikit-sikit... Ini fakta!
- Wartawan hendaklah menghindari siaran berita / rencana yang bersifat perkauman yang melampau yang menyalahi tatasusila masyarakat majmuk negara Malaysia. # Wartawan yang benar-benar ingin memperjuangkan sesuatu kenalah meluahkanya melalui media baru seperti Blog! Blog selamat sikit takder watchdog official mahupun Gatekeeper..ala...ala-ala taker anjing dalam pagar la kot..Gatedog, hahaa...
- Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara lansung dengan profesion. # Kalau tak faham undang-undang, silap hari bulan kena cekup ke jail free jer..kalau nak lagi best, faham undang-undang wayang kerajaan..silap-silap dapat watak utama!
Kesimpulan :
- Hasil analisis struktural menunjukkan bahawa tuntutan etika media dipegang dan secara nyata berkait rapat dengan ke'8 -8 kod etika IAM.
- Secara fizikal, matlamat yang digarapkan dalam setiap satu daripada 8 kod etika tersebut diselitkan dalam setiap berita.
- jika suntingan dilakukan, maka kandunagn berita dibiarkan untuk di baca dalam keadaan yang dikehendaki oleh ketua editor itu sendiri.
- Jika berpegang dengan kod etika kewartawanan , maka segala data dan maklumat yang diperolehi tidak dieksploitasikan dalam tujuan mencari keuntungan dan kepentingan peribadi yang akan menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap profesion kewartawanan. # Jum gelak!!!!
- Maka untuk menjadi wartawan yang baik, wartawan itu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam satu-satu bidang yang di laporkan.
OK...SAMBUNG NANTI, MENGANTOK TAHAP GABAN KALAU STUDY NIH...
^ Kredit to Azlina Othman yang membari nota ini... ^_^ Muaxx!
No comments:
Post a Comment