23.11.09
Seperti Jakun dapat Kasot...
22.11.09
Aiskrim Malaysia!
" Oh...thanks da Q'...
- Orange + 100Plus
- Milo Susu Pekat
- Nescafe "o''
- Rabena "o"
- White Cofee
So secara keseluruhan..aku buat dalam 50 lebih batang ais krim tadi...excited bebenor la agaknyer kanak-kanak tu nak datang besok...hihi aku pun excited sebenornyer!!!
Tips Aiskrim Sedap!!!
Buat air dalam keadaan panas atau separuh panas, kemudian masukkan ke dalam kelongson secara hati-hati dan terus dengan mendadak...ok bukan mendada sila betulkan fikiran anda.... Masukkan ke dalam peti ais terus takyah tunggu-tunggu lagi dah...janji tau!!
So! Hasilnya...ok hasilnyer ialah anda akan mendapat aiskrim Malaysia yang berisi gebu dan halus...idok ler keras cedong macam kayu..nak makan pun tak feelin kan..kan..kan...
20 SEN!!! 20 SEN!!! 20 SEN SATU!!!!!
* Tengah pikir nak sorokkan 10 ke tak....
21.11.09
Best!
15.11.09
Mengadu jap..
fine its good...
Bukan sengaja mau kecewakan papa....dan tak sampai hati nak mungkir janji dengan Mak Jang....arghh! Semuanya kerana mulut senget aku nih! Memandai jer nak menabur janji...kalau aku ni laki dah sah-sah ramai gadis-gadis menjadi mangsa pujuk rayu dek taburan janji-janji palsu aku....daan dah sah-sah...... * Sedang berfikiran kotor sebentar.....
13.11.09
Am i wrong..
and sleep comes...
with a knife, fork and a spoon...
you're so pale in your face...
you let life get in your way....
and i've seen you don't need their seeds...
when their dirt goes in deep...
and i'm lost in sleep.....
am i wrong?
i can't stay in this place...
i can't stand when the room turns round on my fate...
you give no guarantees there's no promise i can keep....
i can't stand i can't see my way...
i feel blind on my feet....
i can't stay too long....
am i wrong?
11.11.09
Terdampar ..
Ku tolek ke kiri dan ke kanan, bahawa tiada satu apa pun yang mampu menenangkan jiwa jauh sekali mengurai kekusutan minda....Lalu, hati nan sarat mengandungkan rasa gundah gulana akhirnya melahirkan
bibit-bibit sengsara...yang secara tidak sedar menjalari sekujur tubuh kering ini...seolah meyedut tenaga dari dalam..
Tinggallah jasad tidak bernyawa...jasad khilaf nafsunya....jasad hilang kehendaknya....meladenani saat bertukar ketika....menunggu mampirnya waktu yang di jangka...untuk mendesak aku melaksanakan pekerjaanya... Hah~ Apakah topik ngomelan aku kali ini agaknya.....
Sayup memandang ke langit, aku hanya merasakan kedinginan yang membungkam...terhidu bauan rindu pencinta maalam...saat sang pungguk menebarkan paruhnya untuk beraksi menggoda si bulan terang.....biar bulan terus jauh di cakerawala... Aku sedar selamanya malam akan menyaksikan episod-episod sayu lakonan perindu purnama rembulan....selamanya menjadi buah perbualan...menjadi ilham pujangga mencantikkan bait indah klausanya... khas buat gadis yang di puja...
Menuntuk ke sisi, seolah tergalas beban yang sarat di bahu... Tiada lagi tarian indah kehidupan..hanya wayang dunia bertopengkan segala kepura-puraan.... Pentas ini tidak lagi berseri dengan nyayian perawan..tidak lagi sunti seperti awan gemawan...yang rapuh..yang lembut...yang nipis...yang menjadi idaman....
Terdampar.....
Seperti batu yang menghampar ...
Seperti tapak sulaiaman yang berbaring di pantai...
Seperti kaca yang terhempas ke lantai.....
10.11.09
Biar la..nak gak cakap fasal bantal!
6.11.09
Wish Me Luck~
5.11.09
Nota Last Minit Yang Spontanlicious
Saya sedang study dan nak tulis gak kat sini ape yang saya baca serba sedikit yang saya sempat ingat sebelum saya tido..
Sebenarnya nota di sini tak lah lengkap lansung tapi atleas kalau ingat tu, besok ade gak la modal untuk dogoreng iye idok....lagi pun paper ni 30% jekan..so plz take it easy...ceewah belagaks!!!!!
Harap semasa tido nanti semua ilmu yang saya kongsi yang tak seberapa nih akan terseram ke otak dan melekat hingga jam 12 tengah hari besok...
Amin~
Step Penyuntingan Penulisan Berita Untuk Diri Sendiri.
( Ikut suka aku nak bagi tajuk apa okee ni besok aku nak goreng masak kicap )
1. Berhati-hati degan ego dan kesalahan palsu.
2. Bersikap autoritatif.
3. Perkataan yang selektif.
4. Elakkan kesalahan tatabahasa dan ejaan.
5. Penggunaan ayat yang padat.
6. Spell Check. Journalistic License.
7. Kemudahfahaman.
Peranan Editor Pulaks : ( Ni nak goreng kankung )
1. Betulkan kesalahan ejaan dan fakta.
2. Semak Tatabahasa.
3. Kenalpasti Statment berbaur fitnah dan sebagainya.
4. Uji nilai berita.
5. Bersikap selektif.
6. Memberi headline.
Kewartawanan Penyiasatan : ( Goreng Belacam Pon sodap! )
Pengertian : Fakta..bongkar rahsia yang tersembunyi..seperti rasuah..fitnah..dll.
Kaedah : 5W1H..Tinjauan...Penlibatan pihak tertentu...dll.
Konsep :
1- Pencarian Fakta
2-Fakta
3- Analitikal Minda
4- Keberkesanan
Halangan di Malaysia :
1- Di Malaysia jarang dilakukan kewartawanan penyiasatan kerana masalah sokongan. Wartawan mendapat halangan tertinggi dari aspek sokongan Kewangan / Masa / Logistik dll.
Hal ini mungkin disebabkan masalah Pemilikan Akhbar / Ownership. # Iyerlah..kalau dah akhbar tu dari duit kerajaan atau pun ada pelabur dari kerajaan di dalamnya takkan lah akhbar tu nak mencari fasal dengan pelaburnya iyer idok??
2- Wartawan sukar untuk mendapatkan maklumat. Lebih-lebih lagi maklumat rahsia kerana :
- Demi menjaga kedudukan sesuatu institusi atau pihak yang mungkin akan tergugat.
- Mendapat perintan Am. # Kalau tak dapat perintah AM pun, barisan akta-akta dah cukup menghalang jejak wartawan tersebut untuk mencungkil ulat dalam batu yang bersalut emas..wah!!!
- Mentality masyarakat yang tak berminat untuk melibatkan diri dalam masalah tertentu kerana berasa selesa dengan keadaan sekarang. # Yerlah tu..bak kate deorang, "WHY ROCK DA BOAT MAN!! ".
- Tak ada kepakaran. # Hmm..jangan salah kan kami yang baru belajar ni tak belajar sungguh-sungguh ke ape, tapi kalau ade bapak pakar pun tapi kene tangkap ISA..tak beguno jugoo~
Penulisan Ulasan Buku : ( Ni aku nak goreng masak taucu )
Elemen :
1 - Sinopsis
2 - Latar Belakang Penulis
3 - Penerbitan
4 - Fizikal Makalah
5 - Gaya Penulisan
Penulisan Ulasan Filem : ( Ni goreng lemak manis )
Elemen :
1 - Barisan Aktor
2 - Peranan Watak
3 - Penulis Skrip
4 - Soundtrack
5 - Coktiniuity / Kesinambungan
6 - Impak
Saya dah selsema nih...nak tido da...penat da....sok exam da....
4.11.09
Contoh Soalan YWP 321
Walaupun paper ni 30% aku tetap risau tapi kerisauan aku berjaya di sembunyikan pada semua..poyoz!!!
" Urm...saya bukan lah bijak pandai atau sengaja nak buat-buat pandai untuk mempublishkan nota dan contoh-contoh soalan atau apa-apa yang mendatang...tapi saya suka berkongsi..ai means...berkongsi ilmu yer....bukan berkongsi suami..hahaha... "
Nota Kasual Etika Kewartawanan beb!
Etika sebagai nilai moral yang bersifat ideal yang ada hubunganya dengan persoalan baik dan buruk. Dengan kata lain, etika merupakan garis panduan yang ideal untuk menuntut para petugas dalam sesuatu bidang itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah. Etika memerlukan penghayatan individu, penghayatan ini datangnya dari hati sanubari individu itu sendiri.
Ini bermakna, kod etika berbeza dengan undang-undang sedangkan undang-undang merupakan satu bantuan yang di kanun oleh kerajaan.
Kod etika kewartawanan di negara ini bersifat undang-undang tapi mengandungi cita-cita murni yang harus di amalkan oleh setiap individu dalam sesuati profesion.
Etika Media & Idea keterbukaan ;
Berkait rapat dengan jenis keputusan yang diambil hasil pertimbangan wajar oleh Editor in-chief sesebuah akhbar untuk menyiarkan berita dari dimensi-dimensi yang tertentu.
Dimensi yang dimaksudkan ialah sesuatu pandangan individu / kumpulan yag dilaporkan dalam kandungan berita berkenaan.
Setiap wartawan perlu tahu dan faham bahawa terdapat ruang untuk menulis berita, setiap ruang ada sempadan yang perlu di awasi agar tindakan menyiarkan laporan berita tidak memberi kesan negatif terhadap negara, bangsa dan agama.
# Tidak memberi kesan negatif terhadap negara kew....sebab nak jaga kepentingan pihak tertentu betol tidak!
Haha...sempat lak aku menyampuk, tapi sebagai pelajar kewartawanan aku tak rasa benda yang tersenarai ni idok la digunapakai 100%. Banyak konotatif den denotatifnya....
Kod Etika Kewartawanan Malaysia oleh Institusi Akhbar Malaysia. ( IAM )
- Tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran yang menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. # Actualy menghormati hak orang berkepentingan, kalau tak jaga hak dorang, habislah akhbar di gantung lesen atau di sekat pengedaranya..betul idok??
- Dalam melaksanakan tugas ini, ia menghayati kebebasan memungut dan menyiar berita secara jujur dan berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama. # Ulasan dak kritika sah-sah base on apakah agenda setting yang nak di setkan pihak berkepentingan terhadap kepala otak rakyat...sesungguhnay akhbar di Malaysia ini agak pondan! sila percaya..
- Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem & dokuman.
- Sebarang maklumat tersiar yang di dapati tidak benar harus di betulkan. # Selalunya yang salah tu yang benar, tapi terpaksa belakon buat-buat terpaksa membetulkan kesalahan ala-ala nak mengaburi mata rakyat jelata...kes main wayang pun ade okee~
- Wartawan harus menghormati kerahsiaan sumber berita. # Rahsia kerajaan la contohnya, isu Altantuya misalnya..wartawan perlu hormati rahsia yang nak disimpan Abg Jib dan isterinya..kalau nak tanya juga bersedialah di pecat selepas balik dari liputan berita oleh bos anda...ini fakta!
- Wartawan harus berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tak berasas serta rasuah dalam apa jua bentuk sekalipun. # Pengalam mengajar aku bahawa terdapat para wartawan yang berkongsi sumber dan diolah dengan cara berbeza..hahah misalnya: Ani : oi...aku lambat datang sidang media tadi, emeil aku laporan ko ehh, aku ubah la sikit-sikit... Ini fakta!
- Wartawan hendaklah menghindari siaran berita / rencana yang bersifat perkauman yang melampau yang menyalahi tatasusila masyarakat majmuk negara Malaysia. # Wartawan yang benar-benar ingin memperjuangkan sesuatu kenalah meluahkanya melalui media baru seperti Blog! Blog selamat sikit takder watchdog official mahupun Gatekeeper..ala...ala-ala taker anjing dalam pagar la kot..Gatedog, hahaa...
- Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara lansung dengan profesion. # Kalau tak faham undang-undang, silap hari bulan kena cekup ke jail free jer..kalau nak lagi best, faham undang-undang wayang kerajaan..silap-silap dapat watak utama!
Kesimpulan :
- Hasil analisis struktural menunjukkan bahawa tuntutan etika media dipegang dan secara nyata berkait rapat dengan ke'8 -8 kod etika IAM.
- Secara fizikal, matlamat yang digarapkan dalam setiap satu daripada 8 kod etika tersebut diselitkan dalam setiap berita.
- jika suntingan dilakukan, maka kandunagn berita dibiarkan untuk di baca dalam keadaan yang dikehendaki oleh ketua editor itu sendiri.
- Jika berpegang dengan kod etika kewartawanan , maka segala data dan maklumat yang diperolehi tidak dieksploitasikan dalam tujuan mencari keuntungan dan kepentingan peribadi yang akan menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap profesion kewartawanan. # Jum gelak!!!!
- Maka untuk menjadi wartawan yang baik, wartawan itu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam satu-satu bidang yang di laporkan.
OK...SAMBUNG NANTI, MENGANTOK TAHAP GABAN KALAU STUDY NIH...
^ Kredit to Azlina Othman yang membari nota ini... ^_^ Muaxx!
Cinta FV BukuMuka
" Sweet dreams red tulips~ "
" Morning Strawberries golek-golek~ "
" Have a nice day Blueberries kodek-kodek! "
" Makasih Pagar Purple tadi, nak yang Pink besok eah~ "
" Ok Tomato...nanti hadiah you Pink Fence yer~ "
" Mr. Potato....nak Hay Bele 5 tau! "
" Apa saja untuk you Tomato..."
Taman Kasih Sayang,
143 Pulau Impian.
Negara Farm Ville,
..................................................................................................................................BukuMuka .
3.11.09
YM sampai lebam!
Alasanya.. " Huhu....ai tak leh study siang...ai tido siang and berjage malam ohh~ "
Mungkin..
"..Ai da siap da nak keluar da, then tiba-tiba bila ai sedar...ai rupanya sedang bermimpi sampai di C10 hihi..boleh ker? ~''
Pilih " DWORD 32 bit VALUE " yer..
Maka akan keluar
Simbol bewarna Biru dibawah icon "default " yang atas tu...
Then..
anda nampak tak nama " NEW VALUE#1 "
Sila right click di situ...dengan memilih "MODIFY"..
Ok masukkan BERAPA SAHAJA angka yang korang nak..kalau nak 10 pun boleh...3 pun boleh..bergantung pada tahap kesanggupan anda mengurus YM tu nanti...
Ok...lepas tu clik "YES"!Nah!!!!!
SILA YM SAMPAI LEBAMM!!