20.11.08

Patah Hati??

!!Selamat Sore!!
Semalam tidur jam6 pagi study seni, erm...actly study ker ea.. Rasa fikiran menerawang dibawah rintikkan hujan hembusan bayu malam dan pekikan cengkerik memeriahkan kesunyian. Ok lar, leh dikira study lar kan....aku lelap mata sejurus selepas subuh... Nikmatnya sebuah ketiduran... Ketiduran? Majlis Bahasa dan Pustaka..ader tak istilah nie eaa?? Ngee~
Hantam ajer labu...
Okie..base on tajuk diatas, rasanya pagi ni nak sembang hal lelaki dan perempuan.. Hmm..skopnye tak pasti so, juz borak and fikirlah ea...
''Mengapa Lelaki sering dianggap penghancur utama hati wanita''
Wahh!!! perasaannya seolah-olah aku sedang patah hatie nih...tapi percayalah ea, aku juz buat tajuk ni sebab rase nak buat..Kehidupan peribadi aku alhamdulillah masih enak-enak dan asyik aja... Jangan cemburu ya..
wiNk..WiNk..
Hii...selama tinjauan peribadi yang aku buat, wanita mudah terpesona dan ter 'melt' dengan lelaki yang caring.. Perasan tak jika disuruh senaraikan kreteria-kreteria lelaki idaman mesti ader satu perkataan 'caring' timbul.. Hah..ni lah punca utama kepada mengapa wanita sering patah hati..
....... sebab......
Sifat sejati dan azali kaum adam sememangnya mengawal..melindungi..mengejar..ego dan sifat kemaskulinan ini tidak dinafikan mana-mana pihak. Ok, kita boleh tengok kan, lelaki akan mengorat wanita..kemudian akan 'seakan-akan'melindungi..menagih ciNta dan sewaktu dengannya dengan kaum wanita. Tidak kiralah besandarkan kasih sayang atau pura-pura semata. Pokoknya memang perkara itu wujud. Kan? So, wanita harus faham bahawa lelaki secara main nye memang pelangkap kaum hawa yang ingin dikawal..dilindungi..dikejar sewaktu dengannya.
Dan main bagi wanita ialah yang tersenarai di atas...
Yang menjadi masalah kepada patah hati nih ialah kejahilan wanita sendiri dalam menilai kejujuran lalaki. Wanita mudah cair dengan lidah lelaki..kerana lelaki dilahirkan sebagai manusia yang bijak bermain kata-kata..ia juga umpama senjata ampuh untuk mereka memburu wanita. Jangan lah apabila secubit perhatian dan ambil berat yang ditunjukkan lelaki, maka wanita tersebut secara yakinnya menganggap lelaki itu telah jatuh hati padanya dan menganggap itu cinta.
Katakan tidak....hiii..
Masalahnya, bagi pihak lelaki tidak sama... Ya, sangat terkeluar dari skop pemikiran mereka. Lelaki-lelaki ini hanya menzahirkan sikap alamiah mereka terhadap kaum lemah atas rasa ego yang mendalam. Takkan nak biar kawan perempuan balik sorang di tengah-tengah malam after perbincangan bersama contohnya. Forsure lelaki tersebut akan memperlawa untuk menghantar. If tak, lelaki akan merasa loser paling besardan seolah-olah lemah dalam menonjolkan kekuasaan mereka terhadap wanita.
Dat's All
Titik.
After hantar pulang maybe dat guy akan ucap 'good nite' atau 'take care'. Then, perkara itu terhenti disitu. TITIK. Bagi lelaki, hanya sampai disitu dan tidak mungkin akan ada apa-apa yang meleret-leret di belaknag selepas ini. Anggapan bahawa tugasan 'kelakian' mereka telah pun selesai.
TetaPi
Apakah kaum wanita faham hakikat itu? Hah...kadang-kadang sikap perempuan nih terlalu terlalu dan amat-amat lar sensitif. Hinggakan perkara yang tidak ada diadakan...yang biasa di hiperbolakan.. Hehee...itulah wanita sebenarnya. Peristiwa hantar balik rumah akan sentiasa tertancap diingatan hingga fikiran akan menyalah tafsirkan maksud perbuatan tersebut. Kononnya lelaki tersebut sukakan die...ade hati kat die..ape-ape kejadah segala lah..yang sweet-sweet jer yang dibayangkan. Padahal??
Fikir sendiri..
Wanita harus faham lelaki hanya berminat untuk menjadi pelindung agar kelihatan macho. Mereka akan cuba menjadi sangat caring apabila disisi mana-mana perempuan pun. Sama ada mereka suka atau tidak. Jadi kaum wanita seharusnya tidak mudah melatah apabila menghadapi hal-hal seperti ini. Kerana sifat ''perasan' ini akhirnya akan memakan diri menjadi 'Patah Hati'.
Ngerti sekarang?
Sebenarnya, bergantung lar...Tak semua lelaki akan mempermainkan wanita, tak semua wanita mudah ditimpa perasaan terhadap lelaki. So, yang penting wanita harus sentiasa berprinsip agar tidak mudah dipermainkan kaum yang satu ini. Rata-rata lelaki amat mudah tertawan dengan wanita yang berprinsip tinggi. Kerana ia simbol kepada berdikari. Wanita yang sering bergantung juga disukai lelaki agar mereka dapat menunjukkan sifat kejantanan mereka 24jam.
Apa-apa jasa pun, yang penting wanita harus pandai menilai yang mana polistrin yang mana eco-pack. Hahaa..perumpamaan aper ni..leh lar kan.. Pandai-pandai lar fikir mana satu antara dua tu dapat menjamin persekitaran yang bersih dan mana satu akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Hii....
So, sama-samalah kita mengawal sensitivity diri. Jangan terlalu asyik bermain angan-angan yang selalu dibuai dalam novel-novel cinta hingga membawa kerosakkan hati. Hati-hati dengan menerima perhatian kaum yang lagi satu itu. Caring mereka tak semestinya sayang..indah kata-kata mereka tidak menjamin cinta..
Haiwan pemangsa akan tetap mencari mangsa..
SaLam kHaMis!!

19.11.08

Beza insani

Kau dan aku beza...
Dia dan kita mesti tak sama..
Kami mungkin tak dapat ngam dengan kalian..
Korang memang lain dengan kiteorang...


Sepanjang nyawa menyalut tubuh selagi badan tidak dibaluti kafan..selagi itu kita menyusur hari dan dipertemukan dengan pelbagai perbedaan fe'el dan tingkahlaku manusia. Dan diri sendiri tak terkecuali berada didalam ruamg lingkup tersebut.
:girl_3:
Yaa..fe'el aku macam aku dan tak mungkin serupa kalian. Hurmm...sembang skit lah, aku benci hipokrit tp kadang-kadang untuk hidup kita perlu untuk berkelakuan hipokrit. Blakang-blakang kita kutuk tapi di depan muka manis.. Matlamat kita, mungkin sebab dia yang dibenci tu ada kelebihan buat manfaat kita. Hah..maybe nak pinjam notes bila kita ponteng kuliah atau tidur sepanjang kuliah dijalankan. Dan hanya dia yang dibenci tu saja yang rajin mencatit notes..so..faham kan....
:girl_16:
Benci sikap pentingkan diri.. Sebagai sesama saudara di muka bumi tuhan, rasanya tak perlu untuk berkira dalam apa-apa jua pekerjaan kot. Apa salahnya if kita korban masa santai dari terlentang di bilik untuk menolong kawan-kawan yang maybe tengah keletihan dengan tugasan atau bla..bla.. Apa salahnya makanan yang dibeli sedap-sedap tu dikongsi bersama taulan..Apa salah juga if kerja kumpulan hanya kita seorang penat mengerjakannya dari yang lain... Rasanya tak salah juga if duit ringgit dikongsi sesama saudara yang punya masalah kewangan...darah daging juga kan. So.. percayalah pada janji tuhan bahawa setiap yang dilakukan punya balasan bergantung pada baik atau buruk perbuatan terbabit.
:girl_5:
Bukan nak kata aku bagosh, hakikatnya kadangkala kita masih termakan hasut iblis laknat yang mendesak kita bersikap penting diri. Normal lah, keadaan yang aku perasan sekarang ni, dalam study week maka kawan dah tak kenal kawan, masing-masing dah mula masuk bilik pulun nota dan menjadi kedekut ilmu paling dewa. Hahaa...percayalah perkara ini terjadi di mana-mana... Untuk apa? Apa lagi, kepentingan diri la...

Benci pada kebosanan.. Hah! macam mana aku nak hurai ea?? Hurm..dalam konteks aku sendiri, aku bencikan kebosanan yang kosong. Means, somethin like duduk rumah and menempuh hari-hari dengan tenang dan tanpa membuat apa-apa. Warhh..tidakkah itu seperti keadaan seorang yang tidak berkembang? Bukankah hidup ini is bertujuan untuk menempuh pengalaman dan mencorak keupayaan? Hahaa...tak kesah ler baik ker buruk ker, pahit ker manis ker suam-suam kuku atau panas meledik ker.. pokoknya there's somethin to do with.. Yeah..pasti aku akan gila sebentar atau mengong sekejap, paling tidak aku bebal dan merungut 24jam if aku berada di situasi sebegini..pasti! But ofcoz la, if dah sebelum tu bertungkus-lumus and penat giler mengerah keringat..memang aku perlu 'saat kekosongan' ni, lebih-lebih lagi if saat itu berlalu di atas katil..air-cond..muzik.. ( Hmm..ni macam tak kosong gaks la kan..)
:girl_12:
Okay, lastly yang menjengkelkan aku gak ialah manusia diselaputi persepsi, prejudis, diskriminasi dan segala yang ader 'S' tu.. Camner la nak idup dengan aman dan rukun if sesama kita hilang segala sifat toleransi. Ader jer suara sumbang atau pandangan sinis pada setiap perlakuan. Sampai terasa kiri kanan ada pasang camera CCTV jer.. Macam dalam kes aku dan kejiranan aku yang hingga kini tak pernah senyum atau bertegur sapa dari awal sem hingga saat ini, last 3 days of sem3 di usm. Hurm..no komen la, tapi still.. Perkara ini tak mungkin berlaku if hati bersih dari sebarang 'S' ni.. Kan..kan...

Tapi..sedar ke tak bahawa aku sendiri sedang dibelenggu 'S' ni.. Mana tahu kejiranan aku tu sebenarnya rabun dan tak nampak, so tak lar senyum dengan aku tiap kali keluar bilik atau deorang tu jenis pemalu tahap dewa..atau pun hmm...maybe mereka itu sakit gigi then tak dapat melebarkan bibir menguntum senyum buat aku.
:girl_14:
Hiii...diharapkan anggapan ini telah bebas dari sebarang pengaruh 'S' tersebut diatas.
..hiii..

Okay, tu yang aku tak suka.. Mesti ada pelbagai lagi dari konteks lain kan. So yang nak disimpulkan disini ialah, mengapa manusia berbeza? Ofcoz jawapannya ilah kuasa Allah kan..
Makanya, kita sepatutnya menghargai kuasa tuhan yang mencipta pelbagai fe'el manusia yang pelbagai ini. Tanpa sikap dan perilaku macam-macam ni, agak-agak hidup kita akan menjadi bewarna-warni tak? Bayangkan, semua bergerak mengikut kesukaan kita dan mulia jer.. Then, sape nak jadi bahan gossip kita? Camner majalah hiburan atau media nak cari duit. Takkan nak papar hal baik-baik jer? Ader ker manusia nak beli?
:girl_6:
Makanya, fe'el dan sikap manusia sama ada yang dibenci atau tak dibenci nih actually ibarat pelangi mewarnai awan gemawan.. Bayangkan betapa indah terciptanya selepas hujan, tapi betapa pucat dan hilang serinya tatkala ia pergi.
Fikirlah ea...
:girl_15:

Paper Kewartawan YWP221



Hari ni final exam untuk paper major aku, kewartawanan 1. Dalam banyak-banyak paper exam, paper ni buat aku sangat gabra dan gelabah. Buktinya, dalam paper-paper sebelum ni aku jarang nak ingat tuhan sebelum menggoreng. Means jarang baca doa lar, tapi pagi tadi 4Qul suma masuk.. Haihh...semoga dilimpahi cahaya petunjuk di sepanjang aku melakar pena menzahir ilmu buat Prof.Mus yang kedengarannya amat tegas dalam 'marking' paper...


2 soalan mengenai kewartawanan yang agak selesa aku jawab hingga hampir 9 pages. Haih..andai diberi lebih peluang akan aku lakar pena tajam ini lebih meruncing hingga mampu menusuk naluri pensyarah, tapi apa kan daya masa membetasi segala...Dan aku redha...


Persoalan kewartawan yang profesional dijadikan tajuk soalan. Arghh..sememangnya itu persoalan mainstream ku kirakan...dan tajuk kedua mengenai persoalan perjalan sistem perakhbaran di Malaysia selepas pengaruh akta-akta yang ditetapkan.. Hehee...ini memerlukan banyak info dan bacaan umtuk memantapkan penulisan...


Tapi setahu aku, aku telah cuba yang terbaik..maka diharapkan Tuhan yang maha penyayang akan membentu melalui keajaibannya kerana tahap kesimpulan yang kukirakan terlalu lemah...


Ingin sekali aku berkongsi persoalan di benak tapi malam makin mengesot ke pagi..mata perlu dipejam hati perlu ditenteramkan...


Sehingga bertemu esok dan seterusnya...salam pucuk hijau... hii... :)

16.11.08

Suara nan sayup itu terdengar lagi.....




Aku baru terjaga dari lena yang panjang... tak tersedar tidur yang membuai sejurus selepas waktu maghrib tadi hingga kini....12.45pagi.... Arghh..mata terpana pada kepingan helaian-helaian nota di sisi, seakan terlihat perasaan sayu di situ, menanti aku memungut mereka untuk ditela'ahi... Malangnya hati ini masih enggan bertindak untuk melihat malah menyentuh mereka sekalipun... Mengapa ya...mengapa hati ini kian memberontak saat demi saat...apakah ada sesuatu yang disimpan atau duri yang tertikam.....

Bosan aku dengan penat..
Dan enyah saja kau pekat...
Seperti berjelaga tika ku sendiri....

Hmm...eluhan panjang memang takkan mampu menjamin apa-apa...aku sedar semua itu, termenung berjam-jam pun takkan mampu mengusai sebarang masalah yang tajam menusuk fikiran ini... Masih jauh perjalanan bahtera ini sebelum sampai ketepian...masih samar wajah kepulauan jawapan dicari tak juga kesampaian.... Huhhh....mengeluh lagi...


Sekujur tubuh makin membenci dirinya sendiri, memikirkan cara sebagaimana untuk mampu keluar dari belenggu fikiran yang kusut tak terurai... Lalu, saat bermimpi adalah masa terindah yang pernah mampu untuk aku miliki kini... Saat dimana mata terpejam dan fikiran melayang mencari ketenangan sejati... Roh aku yang melayang bermain di alam bawah sedar kurasa tiada yang lebih nikmat melainkannya...tiada yang lebih tenang melainkan itu... Yaa...hanya ketika itu...


Tapi, sampukkan reality takkan dapat dibohongi...hidup perlu dilata dan nafas masih punya hak untuk dihela.... Sepayah mana masalah mengunyah kejam kehidupan, qada' dan qadar tuhan pasti takkan dapat aku nafikan... Aku perlu menelusuri hari-hari dengan kepercayaan yang tersemat dihati dan tawakal yang sentiasa menemani......


Hmmm....mungkin keluhan hanya mampu mengubat secebis nestapa, biarlah hanya terubat sekelumit duka....

Biar seberat dunia..seluas lautan selebar pandangan masalah menghanyak fikiran, hidup pasti akan bergerak seiring ironi yang telah ditetapkan... Aku sebagai seorang insan penuh disaluti selut dan noda kehinaan ini, masih perlu melangkah walau payah walau susah...


Bibir ini perlu selalu tersenyum.. Tawa perlu sentiasa terdengar...Wajah ini perlu sentisa mampu memancarkan kesenangan kerana kepahitan yang dialami bukanlah buat tagihan simpati mereka... Aku hanya perlu lalui dengan seribu ketenangan sejuta kesabaran...Ya...aku perlu itu semua...

Lalu...mengapa aku masih meraba dalam kekaburan...mengapa masih aku mencari sesuatu dalam kegelapan yang maha pekat..likat...

Kerana hati ini...masih lemah mencari hasrat hati..Masih mentah mengerti ranjau duniawi...Masih takut..dalam menyuarakan terkilan di hati... Yaa...masih terlalu lemah...terlalu redha...terlalu menyerah....mengapa....??


Akhirnya...seakan mampu aku merasakan denyutan perit nadi yang merintih..meraung ini... Mereka membencikan aku yang terlalu bodoh, terlalu lurus dalam mencari sebuah maksud asal matlamat sebuah kehidupan.... Yaa..mereka membanci aku saat ini dan aku pasti....


Jasad menyatukan hati dan jiwa...merantai perasaan dan membelenggu roh ini... Kekangan yang dilalui mengharapkan tanggungjawab aku yang punya akal fikiran untuk mencari sebuah kesudahan jawapan...

Tapi bagaimana.....

Aku....saat ini, waktu ini, detik ini...masih terkulai memandang lagit malam nan cerah... Masih mencari cebis-cebis cayaha buat menyinari perjalan aku.... Masih mteraba-raba... Yaa...masih begini...terus begini....dan akan sentiasa begini...


Ya tuhan yang maha mendengar..maha melihat...pinpinlah aku mencari sebuah jalan yang pasti..jalan yang mengurai kekusutan ini..jalan yang memberi ketenangan hati..yang bakal melahirkan senyuman paling jujur dari hati...


Hanya Engkau maha memahami.....



15.11.08

Friendship Eva..


i Miss all of them......

Your friend is the man who knows all about you, and still likes you.

I might give my life for my friend, but he had better not ask me to do up a parcel
The better part of one's life consists of his friendships.
The love of my life is the love between friends...

Friends are the most important ingredient in this recipe of life...

The better part of one's life consists of his friendships....
A Friend is someone who knows all about you and loves you anyway!!!

Time isn't what makes a friendship last...
It's love and devotion that keeps the tie between souls...
We are all angels with only one wing...we can fly only embracing each other...

Best friends are like diamonds, precious and rareFalse friends are like leaves,
found everywhere....

I can trust my friends.. These people force me to examine, encourage me to grow.....
I count myselt in nothing else so happy As in a soul rememb'ring my good friends....

Friendship: a building contract you sign with laughter and break with tears.....
P/S : Selamat bercuti semua....Hingga bertemu di sem ke-4.......

14.11.08

I LoVe DiZ sOnG....


Fall For You
Best thing about tonigh's that we're not fighting...
Could it be that we have been this way before......
I know you don't think that i am trying...
I know you're wearing thin down to the core....
But hold you breath..
Because tonight wiil be the night that i weill fall for you..
Over again,
Don't make change my mind...
Or I won't live to see another day....
I swear its true..
Because a girl like you is impossible to find..
You're impossible to find....
This is not I intended....
I always swore to you i'd never fall apart...
You always thought than i was stronger...
I may have failed...
But I have loved you from the start...
Oh, but hold you breath..
Because tonight will be the night that i will fall for you..
Over again..
Don't make me change my mind..
Or I won't live to see another day..
I swear it's true..
Because a girl like you is impossible to find....
It'd impossible to find....
So breath in so deep...
Breath me in,
I'm yours to keep...
And hold onto you words...
Cause talk is cheap...
And remember me tonight..
When you're asleep..
Because tonight will be the night that i will fall for you..
Over again,
Don't make me change my mind...
Or I won't live to see another day...
I swear it's true..
Because a a girl like you is impossible to find...

11.11.08

Sok ExAm...



Sok ExAm...

So nAk berdoa jap....

Semoga aku akan menjawab paper dengan sempurna besok harinya...

dAn

Bisa study dengan sempurna saat ini...

Aduh..mengapa masih aku ngeblog nih!!!


OK..ok SeLaMaT MaLaM dUnIa!!!!
:cinonet_04:


7.11.08

ALhamduLiLLah.....


BuatMu Pencinta Sekalian Alam...

Alhamdulillah atas segala kurniaan......

Semoga Bisikkan ini kedengaran lantaran sifatMu yang
Maha Mendengar...

Moga hati ini dikurniakan kekuatan lantaran diriMu yang Maha Pemurah....

Keyakinan teguh dihati bahawa Engkau Maha Mengasihani...

HambaMu yang hina dina ini pingin berdoa dengan penuh rasa rendah hati.....

....Agar hari ini akan menjadi lebih baik dari hari-hari semalam... dan hari esok akan lebih baik dari hari ini....

Izinkan aku terus merasakan kasih-sayangMu selamanya.....


:cinonet_05:

6.11.08

Menunggu....



Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan..
Kisah silam yang ingin kita lupakan..
Berpegang pada harapan untuk memulakan hidup tang baru..
Bila dunia kita ini lumpuh..
Kita belajar untuk bangun semula..
Kita makan, minum, dan membuang masa seperti biasa..
Tanpa menyedari yang segalanya telah berubah..
Setiap yang kita lakukan mesti kena pada caranya..
Nak buat minuman sedap, gula..air..susu..mesti secukup rasa..
Nak masak lauk kena banyak pilihan..
Kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat..
Tak lebih, tak kurang...
Untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati..
Kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan...
Seperti jugalah bercinta..
Lebih kurag sama saja, itu dan ini mesti ada..
Mesti ada keinginan dan mesti ada kemahuan..
Baru boleh suka sama suka...
Dan dalam persahabatan...
Diperlukan keserasian dan keikhlasan...
Baru boleh ngam..
Dan dalam mengenal antara satu sama lain pula..
Mesti ada kesabaran dan kesefahaman..
Menunggu.....
Rasanya sepanjang hidup kita asyik menunggu..
Menunggu masa...
Menunggu peluang...
Menunggu nasib...
Menunggu tiba penghujung...
Sehinggakan kita asyik bertanyakan bila..bila...bilaa..
Atau sampai bila..
Tetapi macamana bosan..jemu..jenuh menunggu...
Kita terpaksa menunggu...
Dah jadi macam satu pekerjaan pula..
Atau satu bidang yang tidak mendatangkan hasil...
Tapi kadang-kadang ,
Menunggu itu kita rasa berbaloi juga...
Bila kawan-kawan ada di samping kita...
Bila semuanya diluar kawalan kita...
Apa yang kita bolah buat..
Selain menunggu dan mengharap...
Apa yang kita bolah buat...
Hanya tunggu dan lihat...

:cinonet_03:

3.11.08

Kisah Cinta CHEN & WU..

Penah ke gi negara China? If berezeki lebih ke sana, jangan lupa kunjungi tembok cina.. Waaa...aku penah beberapa kali bermimpi berada di atas jambatan gergasi tu.... PLUP!! aku terjaga balik..so tak sempat nak citer lebih-lebih...hehee
:cinonet_40:
Tembok batu ni sejauh 36,000km..nazak gaks if nak bertatih nih.. So, penah terfikir kah anda betapa keringat..darah...dan air mata yang telah tekorban...huhuu...aku dapat bayangkan betapa sengsaranya rakyat yang dikerah...huk..hukk...terimalah lagu kebangsaan :

...Demi negara...yang tercintaa.... Ku serahkan bakti penuh setia.... Demi raja..yang...disanjung tinggi... Kesetiaan tak berbelah bahagi...kepada pemimpin...bla..blaa...
(Hurm..macam sesuai jer lagu ni.. )
:cinonet_23:
Ok, dulu..kerajaan China amatlah besar dan kuat, dengan terbina tembok cina makin kukuh dan masyur lah negara China, hingga mustahil meriam besar dapat menembusi gerbang istana maharaja iaitu Forbideen City. Lalu, terfikirkah kita bagaimana China tersungkur dalam peperangan semasa pemerintahan Dinasti Ming..

Kerana CINTA... Ya..hanya kerana CINTA....
:cinonet_24:
Maharaja China memang terkenal dengan gundik-gundik yang beribu-ribu, walau bagaimana pun dia masih berminat terhadap gadis bernama Chen. Tetapi sebenarnya, Chen ialah kekasih kepada Janeral Wu yang merupakan kepala tentera kerajaan Dinasti Ming saat itu...
:cinonet_11:
Setelah Maharaja mengambil Chen sebagai gundiknya, Janeral Wu amat kecewa dan tercabar serta marah sekali terhadap maharaja, lalu pada saat kerajaan Ming sedang berjuang menentang pencerobohan kerajaan Manchuria. Walaupun kerajaan China dikawal oleh tembok besar, tapi askar-askar Machuria dapat menerobos sempadan lalu sempai ke luar kota Forbideen City.
:cinonet_41:
Sebenarnya, telah berkali-kali askar Machuria terpaksa berundur sama ada untuk menyusun strategi atau memang telah tewas. Sememangnya tiada alasan lansung untuk askar Manchuria mampu menewaskan askar Ming yang telah dilatih untuk mempertahankan kerajaan hingga ke titisan terakhir.
:cinonet_39:
Lalu..saat kegentingan menerima serangan dari askar Manchuria, saat itu jua Janeral Wu telah membuka gerbang utama Forbideen City hinggan memeranjatkan askar yang lain hingga masing-masing kelu tidak mampu berbuat apa-apa.
:cinonet_46:
Dalam saat yang tidak terhitung sahaja, kerajaan Ming rebah dan keseluruhan istana yang luas lagi kukuh itu pun jatuh. Maka berakhirlah kerajaan China dari dinasti Ming.
:cinonet_05:
Semuanya disebabkan Cinta...
Hanya oleh Cinta....


:cinonet_10:
Demikianlah kekuatan cinta yang mampu membuat seseorang itu kehilangan akal dan juga boleh membuat seseorang itu menjadi berkuasa...
:cinonet_07:
Lalu...CINTA kita seperti mana ya........
:cinonet_17:

2.11.08

WaNiTa DaN rAmA-rAmA....



Lihatlah rama-rama, cantik sekali sebuah permandangan dengan hiasan sang rerama beterbangan..kita akan menjadi seronok dan gembira. Hampir seluruh alam mampu tersenyum dengan keletah rerama.. Ia juga seolah-olah pelengkap kepada sekuntum bunga, seindah mana pun bunga tanpa rama-rama yang mahu hinggap disitu, tentu ada sesuatu yang tidak kena....

Cuba tangkap den pegang sayapnya, kemudian lepas kembali.. Warna nya akan tertancap kejari lalu terbangannya pun tidak seimbang lagi, lebih kepada terbuai dek rakusnya angin.. Kehidupannya selepas ini tiada seri malah tidak mampu menarik perhatian dan menceriakan sesiapa lagi.. Nilai turut hilang lantaran tiada juga mampu dibuat awet untuk dijual ke kedai jauh sekali dikagumi mata yang memandang....

Rama-rama ibarat wanita, mudah disentuh tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang hinggap ditubuhnya... Walaupun lahiriah kelihatan tiada cela, tapi harga diri dan maruahnya telah tercemar..

Begitulah juga wanita, bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak indah sehinggalah ia pudar dan tidak dipedulikan lagi.. Harga rama-rama terletak di warna dan coraknya manakala harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala didamping oleh suaminya...

Kitaran seekor rama-rama cukup kompleks..bersusahnya dia membebaskan diri dari kepompong yang mengikat sepertimana wanita memperjuangkan hidup hingga dewasa dan mencuri pandangan semua jejaka, sedangkan seperti rama-rama, semasa tempoh didalam kepompong..tiada siapa memperdulikannya malah tatkala bergelar ulat, ia dibenci...

Begitulah sulitnya seekor rama-rama, dari yang menjijikkan sehingga pada sesuatu yang menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu dipuja, usahlah lupa diri..tatkala dirayu usah menyerah sewenangnya kerana kehidupan kini yang dimiliki bukan sehari dua pengorbanan oleh ibu dan bapa....

Usah menjadi rama-rama di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah bebas dengan menterjemahkan diri dalam setiap aspek nilai murni dan yang pasti, pertahankanlah harga diri serta memelihara kehormatan. Sejauh mana kita mampu mempertahankan standart A1, sebaik sahaja kita tidak diperdulikan..pada siapa kita ingin mempersembahkan nilai C- ..kerana kita telah pun kehilangan masa depan saat itu...

Kalaulah rama-rama tahu bahwa dia sentiasa memukau padangan wanita, sudah tentu dia tidak akan terbang kesana-kemari. Kerana setiap kibaran sayapnya akan mengundang mata si penceroboh.

Lalu, mahalkanlah diri kita..semakin mahal diri kita, semakin beharga kita disisi lelaki. Lelaki perosak hanya ingin merosakkan kecantikkan tanpa memperdulikan atau melindungi kita..maka, usahlah terperangkap dengan tangan-tangan yang akan meleraikan warna kita, setelah binasa segala maka kita akan dibiarkan..

Jadilah wanita anggun yang memiliki maruah dan keperibadian yang tinggi, kerana nilai anda bukan terletak pada berapa lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya, anggaplah kita masih mampu terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam...dan wanita yang membanggakan semua....

:girl_15: