1.2.14

gOLDEN Crane @ Malaysia.


Golden Crane, tipu tak pernah main. Ada beranggapan game ini game buang duit. Ada ramai segan nak main permainan ni katanya seperti berjudi. Di malaysia, aku tak sura sejak bila wujud game ni, Tetapi bapak aku pernah bagitu dulu muda-muda dia suka main. letak 50 sen main 2 round. SEKARANG RM1 sekali sahaja..well dunia...

Di Penang antara shopping mall yang ada benda alah ni, TESCO Besar E-gate, Tesco Tanjung Tokong, Gurney Plaza, Bukit Jambul, Jusco Perda. Istimewa Sg Dua. Di Seremban pun ada, Jusco jugak.. Setakat ini, ni port permainan kami. 

however, game ini telah menjadi kegilaan aku sekarang..semua salah tunang aku.. Dia sekarang peminat TEGAR, memang tegar sampaikan beliau sebelum tidur boleh dok layan video game ni..tak dapat main, dapat tengok pun jadi... masyallah ..masyallah aku dah redha dan dah menerima beliau seadanya, sehingga bejangkit penyakit ini ke aku...

So far, di bilik aku dekat 100 ekor hasil tangkapan tersimpan rapi. Memang banyak. Kami main benda Golden Crane ni kurang-kurang seminggu 3-4 kali. Labur sikit, dapat sikit..labur banyak, pulangannya lumayangg~ Setakat ini perlaburan tertinggi ialah sekali main RM10 haha...dapat la 3-4 ekoq worth RM40-50. bERBALOIKAN?

Encik tunang aku adalah juara menetapkan posisi sasaran, aku pula juara dalam meneka target anak patung. Kalau aku sebut ' no no cannot ' sampai kesudah silalah kecewa kerana memang tak boleh..heheh Kalau aku tetapkan posisi pun, memang insyallah harapan dapat anak patung tipis..haha

Currently, kami dah tahu di mana kilang pengeluar kotak game laghaa ni, dah tahu supplier anak-anak patung ni dan harga modal untuk berniaga game ni, harga untuk kotak sahaja mahu pun anak-anak patung sahaja. Doakan aku berjaya membeli sekotak game ni untuk dihadiahkan kepada tunang aku nan sorang tu, letak di rumah kami nanti tak payah nak main jejauh... ini tips mengikat suami hahaha  

TIPS!!!!

Nak main dan taknak rugi? Tipsnya jangan berputus asa...dan SABAR!!

Antara port paling senang dapat patung ialah :
1 - Tesco Tanjung Tokong!! Kotak 1st dan 2nd.
2 - Tesco E-gate tingkat BAWAH belah kanan.
3 - Gurney tingkat atas belah kanan. Tingkat bawah 3 kotak available. another 5 kotak sekadar perangkap sahaja wee..wee..we...

TIMING!!!

Game ni ada timing, selalunya kalau kita dapat teddy bear sekali. selepas tu CONFIRM tak dapat. sehingga 'timing' tiba , selalunya' timing' dalam 4-5 kemudian kita akan dapat balik. Just makesure kita ambil bebetul..cengkaman sewaktu 'timing' kuat, memang takkan mengecewakan. TETAPI bila 'timing' tak dapat..memang loose loose longgar~  Mesin ni memang ada setting untuk timing..

CARA TAHU TIMINGNYA?

Tunggu..duduk di sebelah dan tengok orang main. Kali keberapa akan dapat balik. Bila kita tahu berapa kali loose berapa kalu turn tak loose. Maka kita boleh pasang strategy.

1St, dapat....kemudian ada target anak patung lagi sekoq, maka kita hanya perlu tunggu orang lain datang main. Letsay if timing 5 kali  loose, baru dpaat 1. 5 kali loose baru dapat 1 untuk yang ke-6. Maka sila kira... tak salah bagi orang main, bila sampai timing ke6 kita terus maju kehadapan utk dapatkan anak patung idaman hati. WATCHOUTT.. kalau posisi failed. sila tunggu another 5 kali main.... begitulah berikutnya...

ok dah, Dah ajar semua dah kan...
GUUDLUCKKK!!!!

Motip haku main anak patung ni? Aku buat freegift untuk bisnez aku.
Aku dapat kepuasan dalam bermain game ni, aku pun dapat beri kepuasan kepada pelanggan aku..
Kemudian aku dapat kepuasan berniaga.

^_^ Jum solat zohor, dah azan..




20.1.14

10.1.14

My 1st diamond ring :)

Selamat hari jumaat, jumaat ni kena banyak berdoa... Dan doa aku pagi ni nak another diamond ring untuk tahun 2014. Astagfirullah......

Sejak lastmonth, hobi terbaru yang tercipta ialah masuk kedai emas. So the datin-datin sangat. Tak pernah-pernah suka emas dah jadi suka emas. Tak pernah ada perasaan terhadap diamond. Sekarang dah pandai dah bab-bab diamond, batu-batan, potongan, kilauan... Segalanya tentang emas, permata batu intan.... Petandanya? Dah tuaaaa.....kihkih..

Sebentuk cincin tak pernah termasuk dalam perjanjian semasa bertunang, yang ada gelang@rantai tangan. Maka, senyap-senyap telah ku pendam hasrat yang satu. Pendam tak pendam sangat..di bibir tu asyik pokpekpokpek bagi hint nak cincin atas ada batu permata... Nak whiteGold la segala...

Last-last dek kerana takleh blah dengan ugutan secara halus. Maka, aku pun dapat dahhhhh....cincin yang diidamkannn..... Encik.Tun bawak ke kedai pakcik Habib. Setel masalah... Perasaan ai is berbunga ria. Mana taknya, dari awal kami-kami ni ala-ala yang pangkah white gold... Takda nilai kononnn... Hakikatnya, nilai sebentuk cincin nikah bukan pada material body cincin tu.....uols nak jual balik ker? Susut nilai? Omgodddd....diamond ring means forever occay....

I love vintage designed ring, lagi oldskul lagi lawa...... Macam bawah ni, untuk jemari jerangkung ai, is so cute-cute nice lah...... Tapi reganya boleh tahan nice juga sebab design. So cincin ni ditunda untuk 1st anniversary.., ehh?

Tak dinafikan, eceaa ayat... Ai suka cincin ala-ala seperti bawah ni. Macam gojess sangat. Dia macam sangat elegant , hah...itulah perkataan sebenarnya... Elegant!!! Bentuk ni sesuai untuk jari jerangkung ai tanpa syak lagi. Makanya....cincin ai is seolah-olah seperti ini..tapi bukan camni. Jangan harap ai nak upload gambar cincin ai.... Is a BIG no!!! 

Tetapiii...semalam weoals berdua sengaja menggatalkan kaki ke kedai barangan kemas gurney, kami kan..ternampak sesuatu yang sangat sesuatu.. Encik.Tun i macam nak demam dah tengok cincin ni. Terus cari size 10 untuk cuba. Ai is confuse dan terasa sesuatu yang mengstresskan.. Adakah dia nak beli kat bini lagi satu dia atau madu ai... Choi choiii choii....

Ai dah sedar, taste dia memang macam ni. Suka jugak...memang suka tapi camni punya mahal ohhh..... Alahai, alahai.... Sekarang kami dalam keadaan confuse. Tapi ai still berdoa dapat cincin ni jugak wahahaha...

Astagfirullah......nafsu ore puang!!


Ok, dah abis berdoa.. Doa kat blog, sungguhlah ampeh. 
Have a nice day!!!
I is nak buka kedai dah ni...jum kerja jum kerja boleh beli whitegold diamond ring buat koleksi!! 

9.1.14

Hiv positif?

Haiii..manusiaaaa...
Aku anak jinnn..
Aku mahu makan darahhhh..

Hehee..hihiihii....

Dalam gelap, hati tak senang selagi tak update benda yang aku buat di 8.1.204. Dah say goodnite luvyu muwah muwah assalam segala pada si dia... Tapi mata klipok-klipok...

Hari ini dalam sejarah, aku ambil darah 1 tube. Siyezli....tak pernah buat benda ni..abis kuat pun setitik ketutt kat hujung jari ja..tu pun nak bercucuran air mata tahan takut. Tahan takut tau, bukan tahan sakit..kihkih..  Tpi sebab procedur... Ku tahan jua jebat!!! Procedur nak berkahwin. Ha gituuu...

Setelah mengambil segala borang di pejabat agama, kami harus menjalani ujian Hiv . Kalau negatif alhamdulillah..kalau positif kau fikir sendiri. Pihak mana pun takkan menghalang sekiranya pasangan yang memiliki hiv positif berkhwin. Seeloknya tidak, kesian baby nanti...

Seharian aku menghabiskan masa di hospital. Tapi takpa...bak kata kak iati, enjoy the moment bridezella... Bridezella so sounds Gozzila haha.. Sepanjang di sepotal, sempat juga aku dan dia gaduh damai gadoh damai... Penat hoccay tau tak penatttt..

Masa turn aku, rasa nak luruh jantung. Rasa nak rebah tapi motivasi aku kuat... Ingat dalam otak 'nak kawen nak kawen' pandang muka si tunangan dok buat lawak antarabangsa depan pintu. Seram bertukar geram.. Sempat membahan aku dan dalam kegeraman...proses pun selesai. Tobat lahum..aku tak pandang pun nurse tu, taktengok pun bila jarum dimasukkan bila jarum dikeluarkan. Yang aku ingat, lama.....sebab darah aku slow...setitik2 kot... Jenuh gak menunggunye.. 

Turn si tunang, memang laju dan sekejap gila. Darah memancut2 agaknya... Dah la penuhhh tube.. Aku punya 1/3 tube dia penuh...tak adil ka apa.

Selesai ambil darah, kne isi borang dan itu ini itu ini... Check denyutan jantung, tinggi berat dan segalanya...sekali lagi comfirmation, tekanan darah aku terlalu rendah.. =_=' dan si dia...tekanan tinggi melampau-lampau... 

" kamu la nih, darah saya naik.."

Amboi-amboi sedap mulut, aku peratiii jer dia...tunggu masa nak belasah.

Gedebuk-gedebab..dah selesai semua, aku dan si dia HIV Negative alhamdulillah....
Esok atau lusa boleh submit borang nikah ke pejabat agama. 



Ok dah mamai, gudnite. Aku merepek ka apa taktahu, layankan jelah...papai

1.1.14

Azam tahun 2014!

Typical...tapi perlu!
Disini akan aku senaraikan 100 impian@target aku dalam masa 5 tahun mendatang. Kalau sekarang umo aku 27, maknanya perkara yang wajar aku kecapi setelah berumur 32 tahun lah!
Sila lah sapa nak muntah maka sila muntah, tapi plan aku memang camgini, aku yakin lepas tunang aku baca dia kaan tergolek-golek sampai biru muka...tapi takpa takpa ada lori ada bas kan? >_<

ehem...bismillah..

1 - Kahwin. ok dah boleh muntah beramai-ramai atas perkara yang satu yang diulang-ulang-ulang macam haku sorang jer gedix nak kawen..pui~
2 - Anak. Ada sekurangnya 3 baby, 1st girl, 2nd boy, 3rd girl, 4th boy ehh kalau rezeki pesalahnya?
3 - Menjadi isteri solehah dan ibu penyayang .. thee..heeee....
4 - Memiliki segulung sarjana master of art communications pada 2015 tepat! how i wish i wish...
5 - Memiliki segulung ijazah pHd dalam business line. Eehem...tinggi sangat ker? Boleh jer kan.. ^_^
6 - Menjadi surirumah sepenuh masa sambil manage business haku. TAKYAH KERJA HAHA
7 - Bawa mak aku ke umrah@haji + mertua too~ ^_^ oohh nak sangat gi makkah..
8 - Mampu bagi duit poket pada mama & papa & mertua MONTHLY
9 - Membina company consultant yang bergerak secara consistent menuju kejayaan wah gitu..   
10 - Memiliki transport sendiri iaitu kereta, yeah...kereta akhirnya!
 11 - Dah pakai Braces, huh...yang satu ni dari kecik tak tergapai lahai sadis gile..
12 - Jadi suplier utama bahagian Pulau Pinang, takyah gi ATUZ  :P
13 - Artsy Suzie Collections harus dah ada pengurus, akauntan & pekerja. Harus harus ada..
14 - Membuat kerja amal kepada masyarakat, kelas menjahit percuma dan bantuan kepada yang ingin berniaga. 
15 - Mempunyai rumah aku sendiri di penang yang low cost pun jadik la, dan rumah sepencarian dengan suami. WAJIB
16 - Bantu keluarga.
17 -Ingin ke China, HoChiMin, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Arab, India ( nampak tak? negara supplier sokmo )
18 - Bercuti di negara Barat. Taktau dimana sebab buat masa ni macam takda motif kesana haha..
19 - Taknak menangis sorang-sorang lagi.
20 - Nak belajar masak macam-macam dessert + masakkan kampung.

ok ni bahagian aku dan dalaman aku seorang diri :

21 - Solat tak tinggal, insyallah...insyallah..
22 - Ganti solat selama yang aku tinggalkan..
23 - Bersedekah setiap jumaat.
24 - Cover bahasa, taknak jadi laser taknak mengumpat rapat-rapat.. lite lite jer kalau terdesak hahaha
25 - Positive thinker.
26 - Taknak bunuh diri dah, masuk ni dekat 5 kali aku nak bunuh diri...nauzubillah...taknak dah..
27 -Mengaji quran sekurangnya sehelai sehari.
28 - Selawat 1000 kali sehari
29 -Yassin setiap jumaat
30 -Dhuha + Solat sunat taubat DAILY.

Ni part kewangan aku :

31 - Taknak lewat bayar insurans/asb/bil-bil-bil..
32 - Saving sendiri kecuali asb atau nafkah suami pada usia 32Tahun harus ada 50k tak terusik.
33 - Buat investment yang bukan MLM.
34 - Taknak bebankan suami, sekarang memang aku membebankan dia walaupun belum jadi suami aku haha..
35 -Ada 2 kedai dalam Penang.

Ni part kesihatan aku :

36 - Maintain berat maksimum 52kg sahaja  FOREVER!!! Kalau tak, sian suami aku..haha!!!
37 - Buat rawatan resdung haku.
38 - Mandi garam bukit Himalaya SETIAP hari.
39 - Cuci gigi tiap 6 bulan.
40 - Senaman seminggu 2 kali kih..kih..macam kuranggg jer?


Rasa macam dah banyak, tak dapat nak fikir apa dah..nanti kalau ada idea aku akan continue another 60parts. occay?

How ever, matlamat aku semua kearah nak jadi kaya dan berjaya serta masuk syurga. Aku harus akui, dunia ini bukan senang..mencapai matlamat bukan mudah semudah menaip di blog. ia menuntut 1001 pengorbanan dan kekuatan mental dan fizikal. Aku harap aku mampu...aku tahu aku memang mampu pun...juz kenkadang buat-buat tak mampu sebab dah biasa termanja. :P

Aku harap aku akan berjaya mencapai semua matlamat aku diatas dan istiqamah dalam menjayakannya, uols pun doakan yea.... by the time 32 tahun aku akan baca balik post ni dan aku akan kutuk diri sendiri keatas kegagalan mana-mana yang aku tak terlaksanakan.

Appy new year!!!
luvyuols muahh..muahhh.....

ikhlas :
Azrin suzieyatie adrina anuar

29.12.13

Aku ada 100 angan-angan..

Kecik-kecik dulu, angan-angan nak jadi pramugari. Pramugari cantik, pakai kebaya sanggul tinggi. Lipstick merah pegang dulang jer bagi minum anak kapal. tapi... Bila dah besar tuhan kasi gigi jongan tak rapi. Dah tenggelam satu angan. Yelah, tinggi dah ok, kalau gigi jongkang-jongket...sekali senuyum boleh hilang mood satu kapal terbang. Foine...Aku tak down sendiri, aku ambil positif thinking.. aku tukar angan-anagn nak jadi peguam syariah. Semasa di sekolah agama, nak ke Al-Azhar mesir... tapi Allah maha kuasa mentakdirkan aku tidak ke situ,  bila dah masuk universiti sains m'sia , aku dapat bidang komunikasi. Jadi anganan bertukar jadi pengarah filem, masalahnya aku cenderung menulis..aku artistik tapi bukan dalam aspek visual, aku lebih kepada penghayatan aksara ... aku memilih major kewartawanan dan cita-cita bertukar nak jadi editor majalah, tak pun penulis artikel santai. Tetapi, selesai bergraduasi... Takdir kemudianya memimpin aku ke arah menjadi seorang entrepreneur. Which is, tak pernah ada dalam anganan...

^_^/ bukankah hidup ini indah?

Semalam, seseorang menyuruh aku untuk membuat listdown 100 impian yang aku harus kecapi dalam tempoh 5 tahun dan perancangan backup untuk another 5 years. Maksundnya perancangan 10 tahun akan datang apakah anganan-anganan aku. Seandainya kita tidak merancang, wahima mengangankan cita-cita, insyallah....akhirnya kita takkan ada pencapaian apa-apa dalam masa hadapan. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi menusia yang kerjanya hanya mencari-cari-cari di atas muka bumi ni. Aku harus tetapkan 1 target. ehh, 100 target.

Opkozzz..target utama aku sekarang nak bernikah. Hhaha..aku nak masuk syurga, sapa taknak kalau bancuh kopi pun dapat pahala. Siapa taknak bercanda-canda dapat baraqah.. siapa taknak ada teman solat sama, teman borak sembang dan bergusti berdua... tipuuuu taknak, siapa taknak melengkapkan separuh dari diri kita....berjihad melahirkan khalifah di dunia, mendidik bakal pemimpin ummah.. siapa taknak ....? ..menii titian landasan ke syurga.. ngee..

..dan second matlamat aku... opkozz.... nak habiskan pengajian master aku dengan SUPER cemerlang. Serius...aku dah lost dalam titian pengajian, tapi bukan sebab aku malas atau aku main-main. Tapi, aku tengah mencari sesuatu yang benar-benar aku boleh masak ranum, kupas dan telan untuk memberi khasiat dalam tubuh aku sendiri dan memberi manfaat kepada orang lain. Orang takkan faham, biar aku jer faham ok?

3th matlamat aku dan ke 100 matlamat aku, aku nak start listkan mulai sekarang. so jumpa lagi di next entry hahaha.... happy lah aku hari ni, sebab aku nak mulakan hidup dengan serba serbi positif.. ^_^/ jum jum....jadi orang positif, jangan fikir buruk-buruk jer... ee..no good no good.

OKbye!!

Tuhan bagi kekurangan, tapi diganti dengan 1000,000 kelebihan.
Alhamdulillah..



25.12.13

Harapan 'new me' di 2014 yang insyallah kalau kesampaian..

Aku tahu tajuk terlalu rojak, kalau ada cikgu bM aku terbaca harap ampun dan maaf. Tapi apa nak kisah.. Subjek Bahasa dari taska sampai form6 straight A tak pernah B kot. Cuma zaman digree taktau pasaipa mungkin cikgu BM universiti tak sebulu dengan aku, aku bagi dia C+ sama taraf sabjek bahasa Jepun. Ok dah...

Kelipok kelipok kelipok..

Dah nak abis tahun 2013. Tahun 2012 yang suck habis dah lama pergi.. Kalau jadi aku kahwen 12.12.12 dulu, maka sekarang kot kot dah ada baby, tapi kuasa tuhan tu melebihi jangkauan sesuatu. Maka tak menikah-menikah lagi aku.  Lolz

Dia memang mengetahui yang terbaik segala sesuatu untuk hambanya, maka 2013 taklah se-hampeh 2012 bilamasa akhirnya ada yang sudi masuk meminang. Hahaa...setelah kelas mengelas mengelas, pilih memilih menapis... Last-last aku terima yang aku sendiri ngorat, ehh...kalau perempuan ajak tengok wayang tu kira aku make 1st move kan? Kira aku on dulu lah kan... Teruk gileee. Tapi memang pon, aku tak berapa berkenan laki yang ajak ajak..yang sweet sweet nak wish gudnight gud morning evening afternoon bagaai... Ohh tak suka.

Enuf, tahun 2013 merupakan tahun pahit getir dan jatuh bangun aku, bahagia sengsara dan yang penting tahun aku mengenal dunia memahami apakah erti cinta. Konon.

Aku seorang insan lemah, selalu cakap macam tu..selalu nak kena lempang sebab tuduh diri lemah. Padahal tak lemah pun, memetik bait kata-kata encik tunang aku lah.. Nada dia marah, ok..marah... Tapi aku memang insan lemah, perantauan hidup aku hanya mencari tempat berteduh dan kasih hingga ke syurga. Bukan apalah....mengenangkan tuhan mengtakdirkan aku lahir dalam sebuah keluarga yang penuh ujian, tercampak aku sendirian meniti hidup. Apalah yang aku harapkan selain dari perlindungan. Perlindungan di atas titian baraqah dan jalanan suci, matlamat yang memimpin aku ke redha illahi..Al maklum wanita lemah....lahai..nak kena lempang lagi kot.

Dan pencarian aku bakal berakhir, alhamdulillah....tapi semua bergantung atas aku dan khasaNya.

Ingat lagi, antara planning hidup aku sejak kecil. Nak jadi kerani...hahaha, kemudian tukar nak kerja bengkel. Time tu takda angan-angan nak kahwin. Sebab dimata aku, lelaki semua jahattt... Ala biasalah, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bercerai-berai memang persepsi sama jer..tak suka laki konon. Bila dewasa sikit...dah cukup hormon. Hahahaaaa...maka angan-angan kerja bengkel tak nak kahwin bertukar nak kahwin muda umur 23 plak dah. Kah kah kah..

Kelipok-kelipok-kelipok...

TakdirNya. Aku bakal berkahwin awal tahun 2014 nanti insyallah. Pada usia tuabangka 27 tahun, baru terhegeh-hegeh nak jadi bini orang. Tapi alhamdulillah....mungkin 27tahun adalah usia matang aku untuk menggalas tanggunjawab besar sebagai seorang isteri. Pui....terasa geli. Apa pun, aku merasakan perubahan dalam diri, hati, pemikiran dan perasaan semenjak aku menghampiri hari itu. Semuanya atas didikan encik tunang, alahhh...bukan lah dia perfect gila...sebenarnya banyak juga aku didik dia...banyak juga dia tegur aku, aku tegur dia... Kerana kami mencari yang terbaik dalam hubungan ini.

Setakat tegur menegur, saling marah memarah dan kau kuliah aku..aku azan kau.
Dah normal sangat...dah, end up...tetap kau cari aku, aku cari kau.

Aku bukan mencari suami semata, tapi aku mencari kawan, teman, abang, yang akan bersama aku hingga ke syurga. Amin..amin amin, nak sangat nak sangat masuk syurga....

So, aku berharap..2014 adalah tahun aku menjadi semakin kuat, dan hidup aku menjadi semakin bermakna. Iman aku menebal di dada.

Aku berdoa, siang malam pagi petang..
Aku nak masuk syurga...
Kalau pun aku mati, meninggalkan dunia tahun 2014 nanti. Aku nak masuk syurga.
Jadi secara overall...entry aku sepatutnya bertajuk : Azam 2014 aku nak masuk syurga..

Titik.





15.12.13

Aseanea Resort

Holiday...
Tapi hari ni, aku menangis Dan terlelap Di ranjang seorang diri...

Mencari konklusi..

Perihal hati...dan hati seorang insani...

11.12.13

11.12.13

Okehh..Semua cakap kena buat somethin sweet today...
Hmmm...seharian fikir, nuthin sweet pun yang terjadi.... At all.

Pfft...malam ni, di bilik, hp betri abis, ipad betri 5% laptop di kedai. Semua charger di kesai. Kunci motor di semenyih...

Memang terbaikkkk! Jap lagi aku akan terperangkap di kamar sendiri dan mungkin terus tidur....krohh krohh..... Hidup tanpa internet, bagai bernyawa tanpa udara.. Gulps? Perumpamaan tak teragak der....

Tapi dari tidur, aku nak study beberapa buku..yang dia selalu belikan, pfft.....
Jap nak snap. Sementara betri ada lagi 4% nie...

Dan aku akan tertidur dalam angan-angan malam ni, jadi ia akan menjadi 'somethin sweet' jugalah kanzzz...

Ooohhh..la kawen, susah jugeeeee yer..

Aku nevez, aku tak excited, aku nevez.
Nevez if aku tak dapat jadi isteri sebaik fatimah....

Aihhhh...



3.12.13

Dumb blonde

Lenyap lembayung November, pejam-celik-pejam-celik, dah di penghujung tahun 2013.
Seiring waktu berlalu, aku memerhati perubahan sekitar aku. Semua berubah, segala beralih arah..malah debu pun berganti warna. Tetapi melihat diri di cermin..aku masih sama.

Dan hari ini, klimaks pendaman rasa yang aku kira. Mengingatkan diri yang makin matang tua, tetapi kelalaian, kelemahan dan kecuaian yang serupa masih berulang seperti muda remaja. Buat aku mengeluh berat dalam dada. Kalau dulu, clumsy ni orang kata cute.. Orang kata kelakar, sekarang orang panggil bengap lah kan.. =_+'

Aku benci pada diri aku yang hari ini, bagaimana BLUR to the max nya diri, bagaimana bodohnya seorang 26 yang even tak pandai tutup cermin kereta, bangangnya seorang 26 yang tak mampu membezakan gear 4 atau FreeGear. Gagalnya seorang 26 yang tak pandai mengemas, tak reti buat planning dan paling loser seorang 26 ni ialah aku jobless. Aih....ini benar mengeluh.

'Bimbo' kot... ...Attractive ker ko senah?

Anyway...apa pun, aku harus berubah-berubah-berubah-berubah.

Hudnitee..