10.12.15

Otak 2nd hand

Hingga hari ini, sepanjang 6 bulan bekerja, dan sepanjang 6 bulan dihantar dan dijemput setiap kali pergi dan pulang dari kerja...hampir 20 kali aku tertinggal telefon bimbit di dalam kereta.

Rentetannya mudah, setiap pagi aku akan menggendong Sofea..memberi susu sambil ber'FB atau edit gambar atau so on so on... lepas tu, Sofea akan merengek dan aku terus buang@lempaq hp aku entah dimana.... Bila sampai office aku suka hati keluar dari kereta dan bye bye...

Mudah, setibanya masa yang aku perlukan hp... baru aku sedar aku tak kutip balik hp yang aku lempaq. Dan bersedialah untuk HARI TANPA HP@SEPATUH NYAWA TIADA.. Gone~

Semalam, meeting & rehearsal hingga lewat malam.. hati gelisah nak balik, sedang berkemas-kemas untuk pulang tetiba nampak kelibat suami dan anak... pom!! Meluru aku ke arah mereka dan masuk kereta....tinggal handbag, hand phone, wire laptop etc atas meja.... hMMM...

Pernah sekali, melalau cari hand phone..entah dimana, rupanya HP di rumah =_='
.
.
.
.

i hate myself.

Kalau orang lain boleh meluat dan marah dengan perangai aku, aku lagi 1000000000 kali lagi benci dengan diri ini. How come? Tu baru HP, belum lagi part lupa sidai baju..lupa cuci pinggan, lupa masukkan botol susu dalam bag anak..lupa tukar pampers..lupa bawak itu ini..

i hate myself.

....but how


:'( Hari ni aku tak  ada handphone....but my workplace soo sangat pentingkan hp & wassap group..
gonna die dear.... you gonna die!!


Benci...aku dah cukup benci dengan diri sendiri, bagaimana nak disayangi orang lain..
MUSTAHIL. Lebih baik mampus...


** Maafkan aku dengan entry bodoh ni, jangan hairan kalau nanti aku dah tak kenal korang.. =_='


6.11.15

Aku si rabun menginjak buta..

Time : Lastnight
Vanue : Car Park 
OutFit : F1 EW

Aku : b! Sekarang hari-hari hujan, pelik kan?
B : Yerla...memang setiap hujung tahun musiM hujan..
Aku : Ic.
B : kalau tak, tak wujud lah lagu November Rain..
Aku : oOOOoo...yang wake me up when november ends~ ( menyanyi )
B : nOPE.  Its September..  T_T
Aku : Lolz!! Haaaa.. ( Pecah barai gelak! )

......................................................................................................................................................

Lets talk about life... talk about something tersembunyi dalam hati. Hmmm...
Kehidupan seorang Youjie, alhamduillah. Mencapai tahap stabil yang optimum. Aku bersyukur tidak henti-henti. Di hati...di bibir...sebelum tidur..ketika sujud.

Namun pada satu sudut yang paling sepi, ada bisikkan kudus..yang mengejutkan aku saat demi saat, hari-demi hari. Mengejutkan aku dari lena panjang atas buaian mimpi indah tidak dirancang. Namun aku tetap memejamkan mata..di hati aku lindungkan rasa. Di minda aku menipu diri...

Jejak yang aku jalani, adalah landasan syurga duniawi... sedikit menginjak pesong dari titian syurga firdausi. Tidak lah semata di titian kelam dosa menghadap neraka..tapi laluan damai yang aku genggam kini makin longgar... setelah nikmat yang diberi semakin bertubi-tubi.

Semakin lebar senyuman dibibir, semakin kuat tawa membingit telinga... makin tinggi aku terbang tak teranjjak bumi. Mengerti? Cinta aku pada pencipta kian pudar entah mengapa ....  .. ...

Aku terkenang, saat dunia menghimpit tubuh..
Mengenangi saat didalam damai dakapan kasih illahi.
Aku menangis di pangkuan yang Esa.
Disaat hati aku dibujuk cinta si Dia.
Indah..dalam duka.
Damai dalam air mata.
Bahagia dalam derita.

Dalam linangan,
Tika itu aku memohon cahaya.
Memohon nikmat di dunia..
Meminta simpati sang pencipta..
Aku ingin itu, ini..aku inginkan semua.

Dan kini aku leka.
Pabila doa dimakbulkan yang maha pemurah.

Aku kian melupakan Dia.
Menafi hak yang Berkuasa.

Adakah syurga masih terbuka pintunya....  .. ..
Buat aku yang hina dina.
Mencari kembali jalan ke pangkuanNya.

Kerana mata ini makin kabur menginjak buta.




Aku Youjie
Aku si buta jiwa..





21.10.15

Tanya Cinta

Kalau cinta ada di udara udara,
mengapa aku tak bisa
menghirupnya?

Kalau cinta itu buta,
bagaimana ia bisa datang
kepadaku?

Kalau cinta mengalahkan semua,
kuharap dia mampu
menaklukkanku

Kalau cinta memang
akan menemukan jalannya,
semoga dia tidak tersesat
dalam perjalanan,
menujuku...

19.9.15

Mencari kasih yang hilang..

Kita akan melakukan apa sahaja untuk anak kita..
kita akan memeberikan apa yang kita perlu untuk anak kita..
kita tahu apa yang anak kita perlukan dari kita..

Kerana kita tak pernah merasai apa yang kita ingin rasai..
Kerana perkara itu terlalu mahal..
Terlalu mustahil.

Yang kita persembahkan buat anak kita..
..dengan harapan dia takkan lupa.

Pelukkan ibunda .

:')

13.8.15

No Hp Day

Today is my ' NO HP DAY ' yahooo....!!!!!!
Marilah berdoa encik suami datang hantar ke office...tsk!~

..tertinggal dalam kereta  :(

11.8.15

Aku tetap aku.


Ehem..tajuk ala-ala lagu kegemaran setiap kali ke karaoke. Aku ni kalau tak memoyokan diri dan mencapap tidaklah sah. Rindu blogging. Hari-hari buka blog..mulai menaip..kemudian baca balik, PADAM. Bukan maksudnya malas..tapi maksudnya terasa macam entah.... weird.

Weird bila nak cerita kisah diri. Sebab kisah diri adalah terlalu best dan indah untuk dikongsikan. Sebaik-baik isteri adalah isteri yang kedekut. So....aku sedang mempraktikkan hal yang sedemikian memandangkan diri telah menyandang 2 jawatan baru.... isteri dan seorang ibu. Dulu? Ahh...tak habis-habis dengan perkataan yang satu tu. Jum lah bawak-bawak padam segala yang berlalu....biar berbekas di hati paling dalam...biar bersarang di kotak minda paling hujung..biar dijadikan kenangan yang telah tercatat di loh mahfuz dan tersukat dek Mizan.

Lastweek si suami menegur, ...kamu, kenapa lama tak tulis blog, kadang-kadang saya buka juga nak baca tapi tak ada.... alololooooohoooo~ See....yang dok mengutuk blog itew jugew lew yang merinduiew tulisan kitew. #geli

Ok, jadi hari ni tarapapaaa!!!! Iols update huntuk yang sudi membaca. TQ!

Sofea....Menawan ibu sekarang dah berusia 7 bulan lebih, makan dah banyak alhamdulillah. Tapi BMI still menurun sebab si Menawan ibu ni panjang sungguh orangnya. Tapi takpe...asalkan Menawan sihat, ibu dah cukup bersyukur. Is not easy to be a mum....yea..not easy. Tapi...bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kasih sayang terhadapNya. Semua yang kita dapat balik adalah indah.  :)

Okay. Setakat ini sahaja mampu aku coretkan. Terlalu banyak ayat perkataan dan nurkilan yang sungguh aku kedekut untuk meluahkan ... biar aku simpan di hati. Andai bunga..menjadi wangi. Andai racun, memakan diri... hahaa...pokok pangkal, hidup ini indah jika kita menilai keindahan dengan kanta hati bersih. Dan hidup ini juga pahit dan huduh..jika dinilai pakai kanta nafsu syaitan hati kotor.

Okbye!!!!
Si Menawan@Sofea



13.7.15

Urat Putus

Selamat membuat persiapan raya uols!!!!!

Lama tak update blog, rasa nak delete jer blog ni since dah taknak jadi attention seeker dah. Dulu konon-konon sasterawanita haha..sekarang aku dah buta bahasa. Cakap pun tunggang langgang. Orang kata rentetan dari beranak..urat banyak putuih. Ye yeee aja nak salahkan urat.

Ok just kipidap jelah blogging. Sekurang-kurangnya ada tempat aku nak merepek.

Sekarang aku sebenarnya confuse nak beli hp mana satu. Iphone atau Asus atau Note3. Bukan confuse apa, kot kot kalau aku dapat hp clone nanti acener... kang ade insiden 'Lowyat 2.0' di Penang ? hak tuihh...hahahah terasa poyo. Akhirnya, bos dok pokpekpokpek complain tanya bila nak guna line company. Kenapa pic wassap tak tukar lagi.. T_T  Aishhh...

Lepas tu, aku pun confuse nak beli baju raya dimana. Lastyear dah purple....tup tup laki iols beli baju kurung purple untuk sikenit tu...lepas tu secara automatik. Planning ibu nak pakai tema hijau terkois tertukar ...semua kalut cari purple demi nak sama dengan sikenit tu. Haruuuu.... lepas tu, baju melayu laki aku dah setel. Tinggal lah aku..nak baju kurung ka baju jubah ka pun aku confuse. Tup tup..semalam ke Zawara dengan semangat nak beli jubah purple. Sekali size S takhadoooo...lepas tu stress. ==_==='' mOTIF DISINI nak uar-uarkan iols dah boleh pakai size S okee... target selepas ni size XS ko hado?

Lepas tu...sekarang aku confuse..
Sama ada nak raya Penang atau KL
Aku confuse nak beli kasut raya hitam atau kaler-maler. Kalau hitam boleh buat kasut kerja. Kalau kaler maler lepas pakai raya simpan buat tukun. Nahado fungsi selamanyo.. tu pun mengconfusekan jua diri ini.

Baiklah.
Sekarang aku taknak mengkonfiuskan semua orang, aku rasa baik aku fikir masak-masak apa yang akan aku buat di pagi raya nanti. Ketupat dah order. Hhahahaa...order habaq ang. Tinggal buat rendang dengan kuah kacang jelah noh. Nasi himpit rebus yang segera sahajo. Kueh raya dah beli berkotak-kotak lantaran nafsu menguasau jiwa yang berpuasa hini. Aih..kesian laki iols. Apekah mengapa harus kasihan beliau ni plak??

okeh..dah nak jam9. Sebelum keliq-keliq aku sampai. Baik aku pura-pura buat kerja kohonon...
Kih kih...selamat berpuasa!!!

Kepada suami tercinta, petang ni kita gi carik kasut nak? Kasit kamu saya belanja...kasut Sofea dan saya serta handbag raya kamu berlanja. Ada bijak tak percaturan seorang isteri disitu. Hiks!

Bye! Tajuk takda kena mengena dengan isi :P



23.6.15

Ibu Kamciong!!

     Minggu depan, Fea dah masuk 6 bulan, sekarang ni aku menggelabah gila menggoggle-google resepi makanan pertama bayi. Ikutkan hati..risau nak bagi makanan solid lagi event dah 6 month. Tapi rasanya usus Fea dah well develop..asal nampak ja aku makan, Fea memang kamciong... tangan nak menarik suda... mulut dah melopong-lopong... acah-acah suap, ngangaaaa.....ngangaa ok! Ok lah...isnin ni ibu ambil cuti khas untuk memperkenalkan makanan 1st Fea ibu... kebetulan sama tarikh dengan injection Fea....

     Anyway, hari ni sempat buka blog sebabnya bila Ramadhan staff islam dibenarkan masuk jam8 dan balik selewat 5 petang. Yeay!! Tapi kesian En.B yang dah macam driver peribadi merangkap suami. Kami keluar rumah awal giler selepas sahur..hantar aku sampai Macalister than back tu Bayan Baru hantar Fea ke nursery baru masuk office. Bak kata pepatah..bersusah-susah dahulu... kih kih kih!!

     Perasaan di awal dulu masa nak tinggalkan anak, hanya tuhan maha mengetahui. Tapi sekarang... both of us dah used to it yeay! Fea dah tak nangis nampak aku tinggal dia...malah dia happy senyum jer duduk dalam carSeat tepi ayah dia. Kalau pandai lambai,,,dah tentu dia melambai.. Sejuk hati ibu ni tau...

     Terus semangat nak kerja!!! 

     Ok lah, ibu nak google-google resepi puree untuk Fea. Isnin ni kita try mamam yer sayang..... :)

Muka selamba Fea.


19.6.15

Ramadhan 2015 YOUJIE!


Lama tak update BLOG, apakah tujuan aku berBlog? Apa tujuan aku ber'instagram..FB.. Too many thing need to commit. But still...blogger kental macam aku NEVER stop writing event its rubbish.

Matlamat buat entry kali ni ialah ingin memohon ampun dan maaf diatas segala ke-khilafan masa lalu, kini dan kehadapan. Dosa aku terhadap Pencipta, mungkin boleh aku mohon taubat nasuha.. Dosa aku pada manusia...ke akhirat kita bakal berjumpa. Dimana? Syurga atau neraka?

Andai terdaya aku memutar masa dan mereka semula kisah hidup di dunia...akan aku adunkan rencah paling berperisa dan paling bermakna. Akan aku elakkan sengketa malah memberi kasih sayang tanpa duka.. tapi insan biasa persis aku yang sering tak henti-henti mengulang silap dalam perbuatan dan kata-kata.. Pasti tersadung dan bangkit semula.

Dikesempatan ini, aku menghulurkan salam ampun maaf dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia. Hargai masa kerana didalam ada intan emas dan permata yang tak ternilai harganya. Setiap saat yang berlalu ...isilah dengan 100 000 000 kebaikkan yang terdaya!

Kepada yang bersengketa dengan aku, maaf maaf maafkanlah hamba..
Everything happen with really great reason!!!

Kita insan...apalah adanya.
Peace!!

7.3.15

Sindrom mak mak

Ayah dah lelap....
Sofea dah lena....

Alhamdulillah....hati seorang ibu tenang merenung harta paling berharga pinjaman yang maha Esa.

Masalahnya mata seorang ibu ni tak dapat lelap. Kejap-kejap check hidung Sofea..kejap-kejap pump hingus kasi licin hidung Sofea.. Ibu is tak sampai hati tau nak dengar anak ibu sroot...sroot... sian sayang ibu...

Hmm...berkeroncong perut. Ayuhlah mengisi tembolok. Aku potong sebiji limau besar... bancuh segelas susu... eh sebelum tu snap pic upload dalam instagram. Gambar oren tu aje...gambar susu...cadbury...chipsmore aku tak upload. Konon ..."ehh bagusnya makan buah je...kenyang kew?".. konon " eh eh patutla makin slimmm!"  Konon.. " good mother...vitamin C bagus untuk selsema baby!" Piiraaahh.....

Ok kenyang... sesi mengepam susu. Masukkan dalam botol Mimijumi simpan di bahagian bawah fridge. Ini susu segar Sofea esok.. moga dia dapat terima botol...amin!

Wuts next?
Sambung renung baby....
Jakun dapat anak belom habis...sabar ajelah dengan keCewiAn diri... joraaaaa......

Laki? Dah tak larat tengok...tukaq angin hahahaaa.... **ampun ayah~

Mata harus dipaksa tidur...harus harus haruss....niteeee......

3.3.15

Pep Smear tidak mengerikan!

Alhamdulillah Sofea ibu dah tidur. Boleh update blog hehe...

Semalam Sofea injection untuk 2 bulan. Meraung macam biasa anak ibu ni.. al maklum betis halus. Baby sebelum Sofea mencerit sikit je dah diam....al maklum betis drumstick perghh.... 2bulan ni... nak ibu dah 60cm panjang dan berat 4.5kg. Yer yee je ibu ingat dah 5kg... nurse cakap kurang berat badan tapi panjang.... hehe ..asalkan sihat tak mengapa kan nak..

Kemudian mother pun kena checkup sekali... nurse minta buat ujian pep smear .. dan pemilihan cara untuk menjarakkan kehamilan. Memandangkan aku hanya dibenarkan mengandung semula selepas 2 tahun sahaja...huhu **iols rasa kalau boleh mengandung lagi...iols ok jer anytime :p

Ok..hati dup dap dup dap...aku nampak spatula leh tahan panjang... muncung itik bagai. Tapi aku redha demi kesihatan. Alaa...apa la sangat nak bandingkan semua ini dengan pengalaman maha hebat di ward haritu. Aku dah kena lebih teruk dari ni...so tarik nafas... lepasss...

Aku dipanggil ke satu bilik, diminta pakai kain dan baring seperti posisi nak beranak... tarik nafassss... spatula dan muncung itik dimasukkan kemudian sekejap jer dah siap. Sempat la nak menitik air mata and cepat2 aku rilekskan otot agar keadaan tak tegang. Supaya memudahkan dan mempercepatkan proses...

Ok siap puan! Lega ok legaaa....

Pep Smear adalah free untuk pekerja kerajaan dan RM1 untuk orang awam yang mendapat saranan nurse. RM36 tak silap untuk yang datang nak buat tetiba. Better dapatkan saranan nurse..bayar RM1. :)

Jumpa doc. aku diminta untuk memilih method menjarakkan kehamilan. Ok nanti kita sembang pada entry seterusnya...

So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...

Apakah itu ujian Pep Smear?

Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
- Tidak perlu ubat atau bius.
Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?

- Tidak menyakitkan.
- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

Tanggalkan seluar dalam.
Berbaring di atas katil.
Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh
mendapatkan ujian tersebut?

Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.

Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut ;

Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :

Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

So, nasihat aku pada sesape yang berkenaan yang belum buat pap smear, sila la buat. In sha Allah tak sakit. Just relax ur muscle and urself, take a deep breath, setel!

2.3.15

2 Bulan Baby Sofea!

Skrip harian aku tak ada beza.. menjadi surirumah menjaga baby Sofea adalah fun!! Belajar memahami anak sendiri dan menyelami dunia bayi.... umm...wangi!!

Im not alone amymore...tuhan hadiahkan Sofea buat teman ibu..hingga akhir hayat!! Opkoz ayah too...

Skrip common :

Sayang ibu...
Ibu sayang sofea....

Skrip Sofea taknak tidur :

Tidur la sayang....ibu ada nie...
Kenapa taknak lena anak ibu..
Alalaa...sayang dia..
Meh sini ibu peluk meh....

Skrip Sofea mengamuk :

Baby...kenapa ni?
Baby...tengok ibu..rileks k sayang..
Sofea..nape sayang...cuba explain kat ibu bagi ibu faham..
Sofea....sabar ye, sorry la ibu tak tahu Sofea nak apa sekarang sayang..

**bajet anak aku faham and tahu nak explain. .tapi actually baby response jugak tau, dia akan ...uu wa.a..ehekk..bee..neekk uu.. ( bahasa baby )

Skrip awal pagi :

Assalamualaikum...
Cayang ayah ibu dah bangun?
Alala...comel anak ibu senyum, tidur lena ke sayang nie..
Mornin baby ibu musyuk asham dah bangun nak mandi ea...

Skrip mandi :

Meh ibu buka bajuuu...kite mandii...
Meh kita wangi-wangi....
Dah ready? Jum masuk besen mandi k sayang taknak nangis janji!
Jun sabun...shampoo. ..gosok sini...sini... pandai dia...
Alala...sejuk ke anak ibu niee..
Jum mandi! Jum mandi! ( nada jingle " go manis go manis! " Dalam drama Manis )

Skrip berak :

Ehh..anak ibu beyak nieee..
Meh ibu cuci montot yeee...
Alalaa..musyuk asham ibu nie..
Perut dah lega sayang?
Dah lapar balik belum nie?

Ok...dan banyakkkk lagi!! Pendek kata aku dan suami memang banyak pok pek dengan baby macam baby faham. Hasilnya dah masuk 2 bulan baby kami kuat menyembang hahahaa.....

Ok ni lullaby baby Sofea :

" ..Sofea sayang ibuuu...
Sofea sayang ayahh....
Sofea kuattt...Sofea bijakkk...
Sofea solehahhh..Sofea sayang Allah.... "

Aku cipta sejak dia berusia 7hari dan nyanyi hari2..kata2 ibu kan doaa.. :)

Ok sekian gudnite!!

14.2.15

Detik kelahiran Auni Medina Sofea..

Hampir 3 hari aku tidak tidur menahan sakit, di ward..aku merintih-rintih menahan sakit. 2 kali suntikkan aku terima, ubat penahan sakit kata nurse. Aku sanggup dicucuk setiap 5minit sekali kalau suntikkan itu mampu menghalang kesakitan. Malangnya..tak terkesan pun. Suasana sunyi di ward hanya kedengaran aku teresak-esak dan meraung perlahan... Sumpah ngeri, masyallah... 

Hingga jam 7pagi, aku mengalami turun darah.. Katil dipenuhi darah, setiap kali darah keluar diiringi kesakitan lain pula..dengan kontraksi yang menggila. Aku memohon untuk di check bukaan. Malangnya masih 2cm setengah..jauh lagi untuk dibenarkan ke labour room. .. ...

Dalam jam 9pagi, kesakitan tidak tertahan lagi..aku meminta di check semula dan mohon diusahakan apa-apa untuk aku boleh beranak. Alhamdulillah bukaan 3cm. Lagi 1cm baru boleh ke labour room.. Setelah dikacau-kacau doc. Bukaan menjadi 3.5cm dan aku dibenarkan ke LR.

Labour Room :

Aku mandi dan bersiap ke LR, suami tiba menanti di luar LR. Sayangnya dia tak dapat ikut kerana hospital sedang under renovation, keadaan agak terhad. Kami redha. Di LR.. Ramai nurse dan pelatih mengelilingi katil aku. Hamik kau..adala dalam 10 orang ui.. 2 lelaki. Fine wuteva...no choice. Doc. Memecahkan ketuban dengan root. Ngeri ok..bila doc.pelatih cakap "..er..err..saya tak pernah buat ni, takut.." Haruskah aku sound "..dik..jangan takut boleh dik, kalau awak takut..akak lagi lah tak berani!" Akhirnya dengan penuh lemah lembut dia menjolok sesuatu ke dalam tu dan memutar-mutat tahhh cemana.... Terasa air hangat melimpah keluar, lajuu... Selepas 10minit, datang doc. Perempuan seterusnya..check bukaan. Masih sama....sepatutnya bukaan besar selepas dipecahkan ketuban tetapi entah la... Doc. Tersebut minta izin aku untuk 'kacau' lagi...alu redhoo aje, dia nak kacau supaya bukaan berlaku. Ganas ok...sampai rasa terhinggut katil..dia minta maaf sambil mengorek. Memang mengorekkkk.... Huk huk..sakit teramat.

Sambil menahan sakit kontraksi, aku menunggu bukaan dan beberapa nurse mengurut belakang. Aku masih tak rasa nak meneran LANGSUNG. Aku menangis teresak-esak.. Hingga jam 10 pagi, denyutan jantung bayi kian lemah... Dia disyaki tertidur dan doc. Pakar mengesahkan bahawa aku perlu dibedah jika bukaan tidak berlaku dalam masa setengah jam. Malangnya, selepas 5minit jantung bayi makin surut dan sepantas kilat...aku disorong ke Bilik Bedah. Semasa tiub kencing dipasang di pundi kencing..aku nyaris terajang nurse tu, siyezz....huhu pedih amat!!

Sewaktu diusung keluar, aku kelu ..hanya memandang wajah suami sambil menahan kontraksi yang menggila. Imagine pun seram..huhuu... Sebelum masuk bilik bedah, katil aku stuckd dalam 5min di ruangan lif. Dari jauh aku memandang suami..memohon kekuatan dalam kesakitan dan kepenatan yang teramat hanya Allah mengetahui...aku sangat harap dapat kata-kata semangat dia, tapi kami berdua kelu...tak terucap sepatah kata. Tak bersentuh tangan..hanya merenung.. .memandang.. .menangis.... Aku sangat lemah dan berserah!

Bilik Bedah :

Aku diusung masuk bilik bedah, aku diminta menandatangani surat persetujuan. Aku meminta dipercepatkan proses..aku minta disuntik bius secepatnya kerana aku memang dah sangat lemah. Dalam pada itu, aku terasa nak meneran...secara tiba-tiba aku meneran-neran hingga dimarahi doc. Disebabkan terlalu tak tahan, aku meneran lagi hingga doc memberi kata dua "..if kamu nak push than kita no need czer..tapi makesure awak push cepat sebab baby dah lemas.."

Aku geleng..
Ceasar dilakukan...aku dapat rasa perut dipotong dan semua proses aku rasa. Hingga detik bayi dikeluarkan. Aku dalam khayal...aku hanya mendengar tangisan bayi yang kuat di kupong tanpa melihat dia. Alhamdulillah aku syukur... Kemudian baby terus dibawa ke ICU ... Dan aku diusung ke ward. Tepat jam 12 tengahari. Ahad 28 December 2014.

Alhamdulillah masyallah....
Semasa disorong keluar dalam separuh sedar, aku melihat suami yang kegusaran memandang aku, kami masih kelu. Aku lantas mengangguk-angguk kepadanya dan memberi isyarat bayi ada di bilik sana. Entahhhh mengapa kelunya kami berdua...... 

Dia mengikut kereta bayi ke ICU...aku di ward bersalin. Aku terlena.....bila terjaga aku menanti suami tiba, dan melihat gambar anak kami...Auni Medina Sofea.

Kami diselubungi pilu....aku lebih kepada bersyukur dan aku yakin baby mampu tempuh semua ini dengan selamat. Sama seperti aku ketika lahir dahulu.. iCU jugalah ibu kamu ini Sofea...

Penat type, jap baby nanges..

30.1.15

Auni Medina Sofea!!!

Alhamdulillah termakbul hasrat hati, entry kali ini entry bersama permata hati..
Tanggal 28 December 2014, lahirnya kesuma jiwa ibu Auni Medina Sofea... Sepanjang seminggu di ward...jemari tergdik-gedik nak type entry...rasa macam nak uar-uarkan kepada satu dunia... Iols dah ada baby!!!! 

Setelah 3 hari bertarung dengan kesakitan tidak terperi..akhirnya Sofea ibu lahir juga ikut 'tingkap'.. Perjuangan kita berdua tiada taranya.... Emergency caesar ikhtiar terakhir kita..tiada yang manis sakit bersalin....yang terindah ialah pabila terdengar tangisan Sofea di kuping telinga..   Allahu Akbar..

Iols akan cerita pengalaman di ward nanti...detik cemas Sofea keluar dan macam-macam.. Getirnya seminggu warded berasingan dengan baby etc... Saat pertama menyusu... Saat pertama menyentuh Sofea... Saat-saat yang takkan dilupakan..... 

Terima kasih suami tercinta...
3hari jugak la tak mandi menunggu aku di bucu ward.. Tak balik dan tak makan... Huhuu...riak kerisauan dan detik cemas yang kita lalui...suka duka kita saat merenung anak kita... Sampai sekarang pun...bila kami kenang saat pertama Sofea diusung ke NiCU..cucuk sana sini..kami menangis berdua... :') 

Sofea bakal menjadi pengikat kasih sayang ayah ibu...
Sofea akan menjadi penyeri dunia kami selamanya...
Terima kasih sayang ibu, kerana kuat untuk berjuang hidup di atas dunia...

Ayah ibu berjanji, akan memelihara dan mendidik kamu selagi haat kami dikandung badan...
Alhamdulillah....