Time : Lastnight
Vanue : Car Park
OutFit : F1 EW
Aku : b! Sekarang hari-hari hujan, pelik kan?
B : Yerla...memang setiap hujung tahun musiM hujan..
Aku : Ic.
B : kalau tak, tak wujud lah lagu November Rain..
Aku : oOOOoo...yang wake me up when november ends~ ( menyanyi )
B : nOPE. Its September.. T_T
Aku : Lolz!! Haaaa.. ( Pecah barai gelak! )
......................................................................................................................................................
Lets talk about life... talk about something tersembunyi dalam hati. Hmmm...
Kehidupan seorang Youjie, alhamduillah. Mencapai tahap stabil yang optimum. Aku bersyukur tidak henti-henti. Di hati...di bibir...sebelum tidur..ketika sujud.
Namun pada satu sudut yang paling sepi, ada bisikkan kudus..yang mengejutkan aku saat demi saat, hari-demi hari. Mengejutkan aku dari lena panjang atas buaian mimpi indah tidak dirancang. Namun aku tetap memejamkan mata..di hati aku lindungkan rasa. Di minda aku menipu diri...
Jejak yang aku jalani, adalah landasan syurga duniawi... sedikit menginjak pesong dari titian syurga firdausi. Tidak lah semata di titian kelam dosa menghadap neraka..tapi laluan damai yang aku genggam kini makin longgar... setelah nikmat yang diberi semakin bertubi-tubi.
Semakin lebar senyuman dibibir, semakin kuat tawa membingit telinga... makin tinggi aku terbang tak teranjjak bumi. Mengerti? Cinta aku pada pencipta kian pudar entah mengapa .... .. ...
Aku terkenang, saat dunia menghimpit tubuh..
Mengenangi saat didalam damai dakapan kasih illahi.
Aku menangis di pangkuan yang Esa.
Disaat hati aku dibujuk cinta si Dia.
Indah..dalam duka.
Damai dalam air mata.
Bahagia dalam derita.
Dalam linangan,
Tika itu aku memohon cahaya.
Memohon nikmat di dunia..
Meminta simpati sang pencipta..
Aku ingin itu, ini..aku inginkan semua.
Dan kini aku leka.
Pabila doa dimakbulkan yang maha pemurah.
Aku kian melupakan Dia.
Menafi hak yang Berkuasa.
Adakah syurga masih terbuka pintunya.... .. ..
Buat aku yang hina dina.
Mencari kembali jalan ke pangkuanNya.
Kerana mata ini makin kabur menginjak buta.
Aku Youjie
Aku si buta jiwa..
No comments:
Post a Comment