25.11.11

Misteri Jalan Lama yang TAK BEST.


Mengapa aku tonton wayang ni, sebab aku salute sama Pak Afdlin. Mana ade filem die yang tak best.. semua ok and menusuk hati, semua ade nilai yang nak disampaikan.. ade lar unsur-unsur humanities yang nak ditonjolkan... aku paling suka Papadom and Buli. Yelar..event camgitu-camgitu je, atleast dier memaparkan reality sesetengah masyarakat atau individu ... mencungkil norma yang jarang kite rasa dan mengajak kite berfikir tentang sesuatu yang kite tak dapat imagine pun.. malas cakap banyak, tapi die memang 'something'.

Sebab tu aku tengok citer ni semalam.

Mula-mula semangat jer tutup muka, tutup telinga sebab soundtrack leh tahan.. separuh masa pertama kami disogokkan dengan pelbagai kekeliruan, ececeh....macam-macam magic la kite nampak, terus rasa kagum and tertanya-tanya ape seterusya.. Ape pun, Sari Yanti memang howt. ahhaa...

Di tengah cerita, bapak diorang 2 beradik mati. Then bermula lah trip 2 beradik yang tak pernah ngam dari kecik ke kampung untuk majlis pengebumian, sesuai dengan tajuk filem. Hans Issac pakai jalan lama sebab kononya highway jem. Tetengah malam pun Jem? Kalau korang notice, beberapa skrip dari awal lagi dah highlight tentang jalan lama...jalan lama..jalan lama...pfft..

Que Haidar dari awal merasakan somethin dalam badan die ni tapi die tak tahu ape mender, so die yang berwatak nerd giler ditambah garapkan ciri-ciri pengecut penakut and pempelik disitu. Kejap-kejap nampak hantu kejap-kejap nampak itu ini... Dan Abang die, hans ialah gangster yang dicari Ah Long sebab berhutang. Ade beberapa babak yang memaparkan aksi hans and ah long-ah long tu dimana Liyana Jasmey memegang watak pompuan simpanan ke hape tak tau, gedik mengeletis semacam. Dah la aku minat kat kau..isk!! turn off btui.

Then...sesuatu menyebabkan deorang masuk hutan jumpa bunian, blablabla...jumpa bende pelik-pelik then jumpe perkampungan bunian and ade perayaan majlis perkahwinan. Que and Hans dilayan seperti putera raja, deorang pun pelik. Tiba-tiba si QueHaidar ni leh ter ehem-ehem sama seorang bunian disitu. Lakonan Maurine Counter ntah tak pandai eja nama mualaf tu.

Que rase bersalah bila terjaga di sebelah aweks cun di atas katil, terus die lari lintang-pukang and mintak maaf pada permaisuri sebab die ckp ' bende itu berlaku dengan pantas dan saya tak sengaja!' haha...ni lawak. Tapi rupanya pompuan tu memang menunggu Que selama ini. menunggu putera raja... Perghh....aku dah mula pelik bin ajiab ape nih ape nih?

Then satu demi satu pembongkaran berlaku, susasana cerita menjadi tegang bila puak jahat mulai menyerang puak bunian yang seharusnya diketuai Que. Dan makin tegang bila Que yang mulai rapat dengan abang die si Hans mendapati die bukan adik kandung Hans dan ropa-ropanya die anak bunian yang dipinjamkan kepada bapak die yang dah meningal tu.

~_~" semangat je dengar, macam best kan? Tapi tak best...macam kartun... ok sambung.

Then Que diberi pedang oleh mak die yang disumpah jadi huduh oleh puak jahat di hutan, menandakan hanya die jer boleh tumpaskan lawan and die bertanggungjawab di atas nyawa kaum-kaum Nian. Bunian le. Then bermula lah cerita lawak bangang yang bertambah-tambah bangang yang aku takleh terima.

Costume baju takyah nak describe nak tergelak je rase. Lawan-lawan macam cerita superhero kanak-kanak dalam setengah jam kot. Bapak bosan... then nampak kemunculan Nasir Bilal Khan yang buat pertama kalinya memegang watak badut dengan costume maha pelik. Tapi sayang, kemunculan die hanya dalam 10 minit sebelum mati ditikam. Huhh!??

Pastu keadaan kartun bertambah gilang-gemilang. Time ni dalam panggung masing-masing dah tongkat dagu and bersandar tak tahu nak buat ape, tunggu filem ni tamat and balik makan char kue tiow pun lagi best! Huh...gile kesian kat kami semua. Ok lar.panggung pun ader dalam 10 orang samalam...so tak ramai larh yang tersiksa sebenarnya.

Then...blablabla..lawan lawan... muncul Bahtera dari langit. Ni CGI tanpa kompromi. Si Que pun terbang naik and tinggalkan abang die atas alasan tanggungjawab. Skrip nak buat sweet takleh blah :

Que : Abang! tak payah jadi bad boy, jadi good boy pun boleh dapat!!

Konon nak bagi sedih la sebab sebelum ni ade sekali di Hans ajar adik die jadi badboy supaya pompuan suka. Kah..kah....skrip takde modal.

Then...ntahape-hape-hape then TAMAT.

MOTIP????? Tahu larh filem fantasi tapi camner nak cakap eah...hmmmm...korang nilai sendiri kay!
Nasib baik tiket buy 1 free 1. +_+' siapa tengok rugi. bwekk..


** Filem kite wajah kite, yes i know la.. pasni sure aku kene hantam sebab kutuk filem melayu macam aku kutuk Merong dulu. But still...memang kite boleh support filem tempatan tapi kalau filem tu sampah? just imagine..korang nak ke kalau dihidangkan sampah? korang nak telan ker? atas dasar sapot sesama sendiri..bagi sampah pun telan? cumon...cumon... kalau deorang respect audience deorang takkan bagi audience tengok sampah. Senang jer... Kalau penggiat filem buat filem sebab nak jual filem, jangan larh jadi anak seni, gi jadi petani jual hasil tani tu... yang tu baru betul-betul bisnez. Seni bukan bisnezzz...aduh...

tetibaEmo#

Kepada Pak Afdlin : Bro....buat filem biasa-biasa la bro... buat yang macam sebelum ni dah ok bro... gi mampos lah dengan CGI ke GreenScreen ker... tak penting bro, janji story tu ade dah ok... wa support lu bro! ^_^'


Chow! Gi library dlu.

4 comments:

Do! said...

ko punya komen bagus bro...tapi ko buat lah satu citer yg ko rasa hebat n tayangkan di pawagam seluruh mayaisa....

Do! said...

Lu komen mmg terbaik bro....Tapi kalau lu hebat sangat buat lah satu cerita "epic" yg lu rasa bleh menambat hati semua org...kalau tak leh duk diam diam lah jahanam

farhani said...

hahahahha... Do! ni mesti sepupu afdlin nehhh... emo bukan mainnn...

Anonymous said...

do do do!!..haha..lain kali kalo dapat budget utk buat filem tolong la jujur skit..jgn buat filem yg memalukan dan merugikan duit penonton...nama pengarah je besar..buat cerita melepaskan batuk di tangga..pergi jahanam ko Do!!..suruh aku mmg la aku x pandai buat filem..tp sbgai pengarah filem tersohor punya filem kualiti itu bukan standard filem mesia..