11.11.11

Happy Belated Raya Qurban :)

Bertemankan alunan gemersik suara si Norah J, seperti biasa kipas buruk yang berputar di dinding dan katil bujang di sudut yang kosong gersang tak berpenghuni. Izinkan aku meluah kata-kata di legaran maya.

Kerna aku tak ingin mengganggu sesiapa di lewat malam ini, tak ingin aku merosakkan mimpi-mimpi indah kalian semua.. syhh... tak apa, aku biasa-biasa saja...hanya menumpang kata-kata...


Bismillah...
Selamat menyambut hari raya qurban.. :)

Entry tetiba bertukar nada raya bersempena gambar berbaju raya. Bicara tentang pengorbanan.. apakah perkara terbesar yang pernah kamu korbankan selama hayat kamu? Apakah kamu rela

bekorban demi sesuatu yang akhirnya bukan milik kamu.. oh apakah wutheHell yang aku bicarakan ini?
Ibu rela bekorban nyawa demi melahirkan kita ke dunia, apakah secebis rasa sayang, cinta dan kasih tak dapat kita berikan kepadanya demi membahagiakan dia? Ayah bekorban harta dan kesenangan demi membesarkan anak-anak, dan mengapa bila dewasa kita makin jauh dari dia malah seolah-olah menjadi orang asing denganya pabila dewasa...sedih bukan..bila pengorbanan besar di pandang sebelah mata...


Pernah kah kita fikirkan pengorbanan guru-guru yang mendidik kita dan mengapa kita mempersiakan ajaran mereka dengan tidak mengamalkan ajaran mereka? Mengapa susu halal untuk dibalas tuba bila kita akhirnya tidak menjadi pelajar yang berjaya wahima yang mengenang jasa? Jadi kite mempersiakan pengorbanan itu..alangkah kejamnya kita...

Kita mempersiakan kasih sayang sesama saudara, kita mudah lupakan tali silaturahim sesama manusia. Kita mengejar dunia dan menadah fana.. gagalnya kita..sadisnya sekeping hati manusia..tsk..tsk..

Pernahkah kita terfikir, betapa mulianya jika mampu bekorban untuk berada di sisi tuhan. Bilapada seorang hamba mengorbankan keseronokkan dunia demi mendapatkan redhaNya dan menuju syurgaNya.. Bilapada seorang hamba mengorbankan keinginan naluri serta nafsunya demi merengkuh nikmat iman dan restu tuhan terhadapnya... Betapa seorang hamba sanggup mengorbankan kasih sayang sesama insan demi mengikat erat kecintaan terhadap tuhannya. Subhanallah...berapa sahaja yang mampu berbuat bagitu.. siapakah sezuhud itu pasti sukar kita ketemu...

Tiba-tiba terasa jahilnya aku, tiba-tiba terasa kosongnya jiwa ini..tiba-tiba tangan meraba-raba mencari dimanakah aku berada di medan manakah aku berpijak.. Tiba-tiba mata terkabur dari melihat kecantikkan dan keindahan yang kini bertukar kepada gelita dalam kesamaran yang berdebu di dalam ruang yang kabur...

Lantas terpercik titisan sayu dan kesedaran..
Terbias ke lubuk hati yang kontang kehausan...
Tersemai benih keinsafan..
Menanti tumbuhnya pohon kebenaran...




-Meja study Desasiswa Aman
-Tesco's brand green pajamas

No comments: