Malam yang bertemankan bunyi kisar kipas siling, seperti selalu.. aku masih bersandar di dinding dan berimaginasi.. 5 tahun lalu, time sebegini wajarnya aku sudah tidur.. malam selasa, esoknya sekolah kan.. Selesai sesi makan supper, selesai solat isyak jemaah yang selalunya bukan aku imamnya.. Warga Aspuri diharuskan berada atas katil dan lampu dipadamkan. Hanya kedengaran sayup lafaz surah al-quran dari atas katil budak-budak PMR atau SPM. Memohon tuhan permudah perjuangan.. dan suasana sebegini...buat mata makin mudah melayu....sedar-sedar dah di alam mimpi.
Indahnya zaman sekolah tingkatan 6 atas. Rasa rindu lantas menggigit hati...meramas perasaan...aduh! kasar sekali.
Disini, keadaan kini, moment ini teknologi dah berjaya merampas setiap detik manusia berfikir..ber'renung dan bermuhasabah. Kita sibuk ber'mukaBuku. Sungguh cilaka si FaceBook. Manusia kini dah tak dididik untuk berfikir, tak dididik merenung diri dan menghargai hidup, tapi diasuh pula mengejar..... mengejar timeline, mengupdate cerita... gossip, mengadu domba, menyibuk hal rumahtangga atau hubungan sementara sesama manusia. Menunjuk-nunjuk siapa kaya...berlakon siapa bergaya... pffftt!!!! Sumpah aku tak terkecuali seperti yang tersenarai diatas....kerna bayaranya tak kelihatan. sepertinya Free Of Charge! Bayaranya hanya waktu yang tersia....melakukan perkara lagha.. aih, kecewa seorang aku..
Tak apa, kita semua suka.... :)
Jadi, diketika begini selama belum mula ber'LogIn. Aku ingin berfikir, tentang kehendak azali dan kesukaan semulajadi diri yang dah dinafikan teknologi terkini. Andai aku masih aku 5, 6, 7, tahun lalu yang tiada laptop tiada iphone tiada saluran media intaraksi mahahebat seperti internet, apakah aku buat?
Dulu aku punya sketch book yang ramai bersusun di rak buku, punya sekotak warna-warna aneka size dan punya pelbagai cat lukisan, akrilik..poster color..water color..charcoal set..fuh! Pejam mata hayatilah kecintaan aku pada kanvas dan kertas lukisan. Betapa putih bersih yang tersedia buat aku corakkan, betapa ghairah bila palitan warna membentuk perasaan jiwa kepada lukisan... mungkin aku akan menghabiskan sisa waktu dengan melestarikan kata hati kepada percikkan warna atau mungkin merembaskan kebencian melalui palitan keras arang ke kanvas...
ohh..harus segera deactivate mukaBuku.
Dulu aku suka merenung bulan, bercakap dengan bintang dan menulis puisi ke dalam diari. Aku suke mengekspresikan diri kedalam susunan konsonan dan barisan klausa. Menyemai kata-kata indah dan jujur. Seolah mengarang surat cinta pada kekasih hati yang virtual. Zaman sekolah aku tak punya kekasih hati jadi normal larh membuai perasaan pakai buaian sendiri.. asalkan terhayun, dah cukup.. :) Aku tak perlu kawan-kawan yang ramai atau teman-teman plastik yang berpura-pura baik di depan tetapi belum tentu ikhlas di belakang...aku hanya perlu pen dan buku diari..
Ohh...apakah esok harus ke kedai koperasi membeli diari baru? Setelah 6,7,8 tahun bersara dari menulis diari..
+_+"
Kalau diberi peluang, aku ingin kembali seperti aku yang dulu.. youjie yang penuh dengan pengertian dan menghargai segala yang wujud di persekitaran. Kerna youjie sekarang adalah youjie yang sentiasa tergesa-gesa.. youjie yang hilang masa dek kerana masa.. youjie klise yang sungguh membosankan... duh, menggigit benar ucapan kenyataan ini.. benar, kenyataan adalah tak pernah indah.
Kini, Youjie tak punya fokuz minat. Dia diajar meminati segala di depan mata dan segala yang tersedia. Di kuliah jurnalism, die menjadi penulis rencana, di kuliah photography die menjadi photographer. Dia menjadi blogger di laman sesawang blogspot. Di office, menjadi pekerja dan menjadi reporter dan terkadang menjadi cam. gurl. Menjadi pangupdate status active di FaceBook dan menjadi burung yang berkicau hebat di laman twitter. Penjaga cinta pada kekasihnya, penuntut ilmu dari gurunya dan teman paling setia pada teman-temanya. Ohh...jadi siapakah die sebenarnya? **tepuk muka
Mampukah aku menjadi aku sebelum ini?
Atau aku dulu masih didalam diri,
hanya bersembunyi menafikan hasrat hati..
Menggalas beban realiti,
yang menguasai kehendak nafsu ini..
Adakah aku kini buta,
seperti membutakan mata dan memekakan telinga?
Menzalimi hasrat mencabuli minat..
Hanya kerana ingin segandingan...
Hanya kerna ingin mengejar matlamat...
Membunuh niat.
Atau jika aku masih gagal mencari aku,
aku harus menelanjangkan diri memaksa dia kembali...
kembali menyedarkan diri..
bersandar ke sisi..
berdiskusi tentang hasrat tersembunyi..
hasrat yang menanti mati.
8.11.2011
Katil Desasiswa Aman Damai.
Blok K05
JR COUTURE SWIRL H.Rock T-SHIRT
Pink Checkered F.O.S boxer
1 comment:
kita sama sama telah kehilangan diri.dalam tanpa sedar saat masa berganti saban hari yang yang telah berubah banyak yang telah kita tinggalkan tanpa sengaja.dan bila masanya kita duduk sendiri merenung masa lalu,baru kita tersedar yang kita sudah banyak habis waktu untuk hal hal yang tiada kepentingannya.
aku juga seperti kamu melukis dan menulis.diari wajib ada di dalam beg kemana saja aku pergi.tapi sekarang,buku tebal berwarna biru tu selalu aku tinggalkan.juga sketch book bersaiz A4 yang baru aku beli 2bulan lepas masih kosong tanpa palitan.keinginan itu masih ada tapi entah kenapa selalu merasakan masa itu tiada.
sigh -_-"
Post a Comment