22.12.10

Blog Bersarang..

Warna-warni kelopak bunga-bunga cinta kini memenuhi ruang meja.. Macam sangat comel indah dan mekar dunia lately.. Memenuhi tempahan sederet-deret.. Tercucuk jarum tersimpul benang seakan lumrah sudah.

Jari di hujung-hujung dah mengelupas dek tusukan hujung mata tajam jarum...ada kulit hampir melecur kena glue gun panas berasap...

erkhh....ngeri sekejap tapi hasilnya....kepuasan....!!

Sejuk mata ai taw...tengok terbentuknya bunga comel dari susunan baris kelopak yang jugak comel... warna-warni... kejap-kejap letak atas kepala, kejap-kejap letak atas rambut.. ehh tak sama kah??

Bermain dengan button yang comel belaka ni, seronok tak terhingga.. Kesempatan untuk mengupdate blog terpaksa dikorbankan sementara waktu demi kehendak customer..

Terima kasih kerana menghargai kerja tangan saya, selepas siap semuanya..saya akan kembali menjadi penulis maya...

Hmmm...apa balasan sebagai penunggu setia???


http://www.emocutez.com Psst...nanti saya ajar cara membuat bunga eah???
Nak nak??

Nak takk???

2 comments:

ShArEnA.... said...

cantiknye...
kamu sangat kreatif..!
sy suke..!
=)

Youjie said...

Sharena...tq so much hahaa..
Suke kamu jugak~