Aktiviti selama 3 hari di bilik berita RTM...
1-6-2009
Hari ni seharian dari jam 12 tengahari sampai 7 petang dengan pelari pecut negara. Mumtaz Jaafar..hati berdebar lantaran ini hari pertama aku sebagai wartawan praktikal. Liputan dibuat di Hotel Royal Penang dan beransur ke rumah-rumah bekas atlit yang tidak berupaya lagi... Nadarajan dan Gin Soon..masing-masing atlit yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu tapi kini masing-masing dah lumpuh lantaran kejadian yang tak diingini. Hmm..hati tersentuh semasa menemuramah isteri mereka...ada yang hampir menitiskan air mata... Lantas aku menghentikan temuramah tersebut dan off record.
( Kadang-kadang aku rasa wartawan ni kejam sebab sengaja tanya soalan sedih untuk buat subjek menangis, baru ade value kot...tapi aku taknak begitu..)
Antara press yang hadir dari Bernama..TV7..TV3..Kosmo..n RTM lah..aku sempat berjumpa dengan Hanis, coursmate aku... ( Hari ni birthday die...APPY BUFDAY GAL!! )
Dan..beramah mesra dengan Mumtaz Jaafar...serius aku gabra..hehe.... Pulang rumah jam 7petang dengan lembik dan lesunya.... selepas pumping dan editing dan writing.... +_+
2-6-2009
Majlis angkat sumpah Menteri kewaangan baru Pulau Pinang. Di komtar tingkat 5 bersama jurukamera Pak Long dan Shafa, teman sepraktikal. 1st time masuk PC. ( Sidang media )
Aku kne temuramah Guan Eng yang aku tak suke...memang senyuman kala itu hanya sekadar pura-kepuraan sahaja.. Selesai majlis, aku makan jamuan dengan enjoynye..hihi...sonoknye jadi press makan free tau!!
Pulang jam 4.45petang selesai pumping dan tulis news...haih~ Penulisan aku macam rencana...yang semalam macam karangan spm....hahahahaaaa Still Learning.......
3-6-2009
Yes!!! dapat buat liputan ke USM tanah air ku... Majlis ikrar pelajar baru PJJ... Yang best dapat duduk sofa VIP yang slalu aku angankan mase majlis....dan yang best dapat jalan sekali dengan canselor2 topi meerah dan jubah purple tu...sekali tu..macam best fwenz... ( Mnipu )
Then..masa PC, aku sempat temubual dengan seorang OKU..mm..5% kemasukkan ialah dari OKU dan warga emas..cayalah USM!!
Yang glabahnya..aku bersama kamera man 2 orang dan aku buat kali pertamanya keluar sorang-sorang...hohoo..tanggungjawab bossar!! Aku yang terpinga-pinga hanya menunggu orang jemput dan duduk di kerusi pada awalnya...lama-lama...penyesuaian diri berjaya..hahhaaa lagi!!
After makan dengan lahap sebab free dan lapar...pulang ke RTM dan buat news...mm hingga saat ini baru selesai semuanya.. Aku hanya berharap news aku diterima oleh Angkasapuri.
Amin~
Masalahnyer : Aku da seminggu tak tulis buku Log...hoho....
No comments:
Post a Comment