30.6.09

Aku mahu apa?

Mahunya apa ya..
Seharian aku menapak minit demi saat, difikiran tak henti memutar roda gusar dalam khayalan..ingin mencari satu titik permulaan kepada sesuatu yang terpendam..namun belum pernah ku temui si pembimbing jalan..si pembuka hamparan...
Mahunya apa ya..
Seringkali mampu ku hanya membaca idea fikiran manusia lain walhal aku terlalu ingin merasakan bila manusia lain pula membaca buah fikir ku..
Aku menggelegak didalam penasaran ingin melakukan itu..walhal setipis kulit bawang sekalipun aku tak punya sebarang kekuatan...
Selagi aku mengagumi manusia-manusia itu. selagi itu aku sebenarnya sedang memijak-mijak diri...
Sedangkan di malam yang tidak berbunyi, di sudut tanpa penghuni..aku akan terus mencaci diri..membenci..memusuhi hati...menyalahi segala yang belum pernah ingin aku mulai...
Sedangkan sebenarnya terlalu banyak yang telah terkarang sepi dan ku simpan ia jauh di sudut hati....
Sedangkan dunia khayal, aku seorang hamba seni yang sering mengarang kalam asli...
Sedangkan impian yang satu aku, hanyalah ingin menggenggam pena bisu..bersahabatkan ilmu...mengunci bibir selalu dan mencintai yang Satu..
Sedangkan aku tahu segalanya mustahil saat aku masih dalam belenggu..
Mustahil selagi hati aku membeku...

...Biarpun aku tahu aku mampu...

3 comments:

zaidharis said...

apa kau mahu kau ada aku rasa, cuma kau belum-belum dapat benda tu, ataupun kau dah dapat tapi tetap malu-malu, ataupu kau sorang yang tahu?:)

haih, dilubuk hati bukan sama apa macam diluahkan di kekunci kumputer riba.

senyum tengok luar, betapa besarnya dunia, ada banyak lagi manusia dekat pelusuk bumi, lelaki dan perempuan, nak yang mana?

Youjie said...

wa...mendalam banget..
bicaranya biar lurus...
Pusin... +_+

tuahada said...

Setiap sanubari manusia ada luahannya, namun yang tertera di laman sesawang dirimu ini mempunyai satu status bahasa yang semula jadinya bergaul dengan 'style' keindahan.Ayat yang indah dan dicorakkan bahasanya memang tepat dengan keaslian yang pendam dalam hati. Biarmanapun, luahkan ayat bukan sahaja di saluran blog, biar tubuhnya sekumpulan peminat dan pembaca. Saya yakin awak pasti berjaya.