12.6.09

Abdominal Pain...


Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Kadang-kadang bosan lah jadi kaum yang lemah ni..sakit selamanya...ada aja tak betulnya ada aja masalahnya..
Saat dan waktu ini aku sedang menikmati Cadbury dan HL Marogold..teman setia aku semasa kesakitan mendatang..
Jap lagi jam10 ada asgment Sidang Media bersama Guan Eng kesayangan.. Aku rasa tak mustahil aku dapat senaraikan warna kemeja apa yang dia pakai dari 2 minggu lepas hingga hari ni..hari-hari juga mau ketemu dia... Hari ini juga...
Tapi aku kagum dengan keupayaan Menteri Pulau Pinang ni dari 1 aspek.. Bahasa Melayu die dasat gler..kadang-kadang, kami pihak media rasa seperti tengah berada dalam satu forum perdana ehwal islam atau pun tengah dengar khutbah Jumaat..mahu takya, segala dalil pun boleh keluar dalam ucapan dia....hukum-hukum falsafah islam yang tak keterlaluan memang selalu dibibir...
Mungkin itu salah satu cara dia meroboh jurang antara bangsa dan agama disamping mendekatkan pertalian saudara dengan rakyat....Atau mungkin....mungkin....
Walaubagaimana pun, aku harap kepimpinan negeri Pulau Pinang akan baik-baik aja...

No comments: