5.6.09

Tanah kau..Duit aku.. Ehhh???

Semalam aku mengikuti sidang bertemu wartawan di Bilik Gerakan Belia Tanjung, Penang...

Gerakan Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan Ketua Menteri Lim GuAn Eng yang berterusan memainkan isu skandal tanah Tang Hak Ju yang mengaitkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Tanjung, H'NG Khoon Leng berkata wujud agenda tertentu di sebalik tindakan Lim yang memanipulasi media untuk terus memainkan isu tersebut

Tegas H'ng, Gerakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Lim jika isu tersebut yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Sebelum ini, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung isu tanah itu tetapi menutup fail siasatan setelah mendapati tiada kes penyelewengan atau skandal berlaku berhubung pemajakan tanah 4.2 hektar oleh kerajaan negeri yang lalu kepada Tang dan kerajaan kemudian membatalkan perjanjian itu.
Dan pada 13 Mei lalu Kerajaan Pulau Pinang membuat bayaran 14.7 juta ringgit kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada kos ganti rugi tanah yang perlu dibayar kepada pemilik tanah iaitu Tang .

Ini berita sulong aku yang berjaya muncul di radio dan diedit oleh Kak Dayah.. Mentor aku...
....hihiii...
^_^
Kesimpulan yang boleh dibuat.....urm...Ayuh! Melayu Bersatu!!!!!

No comments: