9.9.08

Kawan...Teman...Sahabat...




Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan.. Tiada siapa yang bisa memisahkan kita... Atara kita bersama... Seerat simpulan yang tidak terbuka.. Seteguh langit tinggi menongkah dunia.. Kita mengharung badai atas nama... Kasih insan bersaudara....

Hmm..sempena asigment lom datang menghimpit jadual harian aku, teringin lak rasanya aku nk kupas persoalan best ari ni.. And the lucky word is… Friend. Yup, aku nak bercerita pasal kawan, buddy, sahabat, peng yu, member, rakan… or what ever you want to call it... Sepanjang hidup kite ditemani kawan..walaupun destinasi yg kita tuju ialah secara berseorangan sebenarnya..sedar atau tidak, setelah ditiup roh kedalam jasad..titik permulaan hidup kita selepas dilahirkan adalah mendapat kawan. Ibu menjadi kawan pertama kita disusuri bapa dan bercambah kepada saudara adik kakak atau abang..kemudian mendapat kawan di sekolah tadika, teman bermain adalah kawan, mula kenal malu-malu dan selepas tak sampai 3 minit dah dapat berkongsi ais krim sesama. Lepas tu di sekolah rendah, kita berkawan tanpa mengenal warna kulit, kegemaran dan sikap..asalkan terlibat dengan permainan, di cop kawan. Sama-sama jalan kaki ke sekolah dikira kawan. Sama-sama didenda sebab tak siap homework tetap kawan..pokoknya, berkawan tanpa had...seluruh sekolah adalah kawan..pak guard sekolah kawan..tukang kebun kawan..uncle bus pun kawan.. haihh...indahnya saat kanak-kanak kan...

Usia meningkat, masuk sekolah menengah plak.. kawan mulai mengurang. Dah pandai nak nilai orang la katakan, tp yg tersilap nilai selamat menuju jalan sempit dan yang bijak makin menuju kejayaan. Mat rock lepak dengan mat rock..mat ponteng dgn port blakang jambanya, minah surau dengan telekungnya.. dah tentu golongan ni takkan layan geng kutu skolah plak kan..so kawan makin ditapis so makin kurang lah. Selepas alam sekolah berganjak ke alam university bagi yang berjaya dan pekerjaan bagi yang malas blajar masa sekolah. Di sini mula kita meletakkan nilai tertentu bagi seorang kawan. Di alam ini, kawan sebenar-benar kawan boleh dikira dengan jari. tu tak termasuk lagi kawan makan kawan..kawan tikam dari belakang..kawan ketika senang..kawan amik kesempatan...kawan dikala susah atau kawan tawa dalam tangisan.. hah..banyaknya definisi kawan kan.. Di alam ini, kawan kita diri kita, alar bak kata pepatah kita adalah siapa kawan kiat sebenar. Hmm..so sekarang kita nampak siapa yang kawan kita dan siapa kita sebenarnya rite....hahaa...intrestingnyee... :p

Kay..sambungan dari rentetan hidup yang aku ulas dari awal tadi, kita akan meneruskan kehidupan dengan kawan hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Malangnya, di dalam liang lahad kita akan berseorangan pula. Time tu dah hapus erti kawan selain amalan dan bekalan yang kita bawak masuk kubur. Jadi, nampak kan..kawan ni peneman hidup dikala kita bermusafir di atas bumi sahaja, namun impak yang mampu diberikan oleh seorang yang bergelar kawan hanya tuhan maha mengetahui... dialah mampu pandu kita ke syurga mahupun lobang neraka.. Hakikatnya sebenarnya memanglah bergantung pada diri, tp as human being kita takleh elak dari dipengaruhi dan mempengaruhi...

So aku belum ada masa untuk mengupas isu ni dengan lebih mendalam, jadi cukup setakat ini. Secara amnya, Kita patutnya sedar kawan memang mudah dicari tapi dalam proses memilih kawan kita wajarnya mempertimbangkan beberapa aspek terlebih dahulu. Semoga dengan Cara ini kita akan sentiasa hidup dalam putaran kehidupan dengan baik. Selagi kita bijak menjaga hati kawan, semakin akrablah hubungan terbina, semakin berkawan dalam landasan agama, semakin kita bersama memiliki keberkataNYA. Amin......... :)

Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan..
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita...

Atara kita bersama...

1 comment:

ananda anwar said...

hhhhmmmm....friends!=)