11.11.09

Terdampar ..



Ku tolek ke kiri dan ke kanan, bahawa tiada satu apa pun yang mampu menenangkan jiwa jauh sekali mengurai kekusutan minda....Lalu, hati nan sarat mengandungkan rasa gundah gulana akhirnya melahirkan
bibit-bibit sengsara...yang secara tidak sedar menjalari sekujur tubuh kering ini...seolah meyedut tenaga dari dalam..
Tinggallah jasad tidak bernyawa...jasad khilaf nafsunya....jasad hilang kehendaknya....meladenani saat bertukar ketika....menunggu mampirnya waktu yang di jangka...untuk mendesak aku melaksanakan pekerjaanya... Hah~ Apakah topik ngomelan aku kali ini agaknya.....

Sayup memandang ke langit, aku hanya merasakan kedinginan yang membungkam...terhidu bauan rindu pencinta maalam...saat sang pungguk menebarkan paruhnya untuk beraksi menggoda si bulan terang.....biar bulan terus jauh di cakerawala... Aku sedar selamanya malam akan menyaksikan episod-episod sayu lakonan perindu purnama rembulan....selamanya menjadi buah perbualan...menjadi ilham pujangga mencantikkan bait indah klausanya... khas buat gadis yang di puja...

Menuntuk ke sisi, seolah tergalas beban yang sarat di bahu... Tiada lagi tarian indah kehidupan..hanya wayang dunia bertopengkan segala kepura-puraan.... Pentas ini tidak lagi berseri dengan nyayian perawan..tidak lagi sunti seperti awan gemawan...yang rapuh..yang lembut...yang nipis...yang menjadi idaman....

Terdampar.....
Seperti batu yang menghampar ...
Seperti tapak sulaiaman yang berbaring di pantai...


Seperti kaca yang terhempas ke lantai.....

NOTA KAKI AYAM : ( Nurkilan selepas terjaga dari lena sesaat di meja study...debaran menanti exam besok bertukar menjadi ayat-ayat tak boleh belah..ayat-ayat yang tak boleh di sanggah! Ok..wish me luck huh~ )

10.11.09

Biar la..nak gak cakap fasal bantal!

Selamat pagi malaysia..!!!haha feeling pengacara MHI lak...
http://emo.huhiho.com
Setiap pagi aku bangun, #pagi kerr~~? permandangan yang aku nampak selain silau cahaya matahari, mestilah bantal-bantal dan kekatil ini...jadi asyik aku jer tengok sorang-sorang...jOm la tengok sama-sama...Aku ade 3 bantal petak, satu di curi dari bilik member..tak tahu kenapa si minah itu tak nak tuntut bantal die, so penggemar bantal nih pun telah membuat harta..lagi dua tu bantal dari umah & bantal tajaan tesco..best! Murah dan lembik...kalau nak sedap lapik kepala beli la bantal Ikea eah....mmm...yang bercorak-petak putih tu bantal yang tak sempat letak sarung...tapi maintain corak peta tiada di sana yer tuan-tuan puan-puan....
http://emo.huhiho.com
# Gelap kan....sebab baru bangun terus snap and nak fellin superstar citer fasal bantal...ade ke orang kesah bantal ko???
Bantal....tak tahu nak cakap ape tapi nak taip....
Ok..ade dua bantal serupa, perasan tak...bantal bujur itu pemberian ex-rumate aku last sem...satu untuk aku..satu lagi Juliet, teman lesbo aku...bantal aku cartoon gajah, die lembu... Yang peliknye, diepun tak tuntut bantal itu dari aku lalu bantal itu menjadi lagi sebahagian bendasing yang menyemak katil aku,takper...i loike ok...
http://emo.huhiho.com
Katil aku sangat sempit..sebab longgokan bantal dan haiwan-haiwan peliharaan yang pelbagai...beruang 2 ekor..gajah sekor...sekor lagi dah pos ke umah...lembu sekoq....jadi faktor ini menghalang aku dari merasa lonli bila di katil....sembang-sembang lah dengan haiwan itu selalu sebab deorang ni pendengar yang baik..tak pernah melawan cakap jauh sekali potong cakap...serius tak rase nak lempang orang kalau slow talk dengan mereka ini....
Urm...ape lagi nak cakap eah...
Ok...orang kate gaya tidur mempengaruhi karakter seseorang, percaya tak? Katanya, kalau tidur terlentang..takde selimut takde bantal dan gaya bebas abis tu...menggambarkan personaliti seorang yang yakin diri dan optimis! Kalau tidur sebaliknya, berselimut dengan sengaja..menutup bantal ke muka..posisi meringkuk...atau menyembam kepala tu menggambarkan personaliti seorang rendah diri atau penakut..
Aku? Mm..rumate kate gaya tido aku macam mayat mati tersepit di celah runtuhan bangunan...hahaha apakah itu?
oK....perlu fikir sama ada mau pulangkan balik bantal yang banyak ini ke tuannya...
http://emo.huhiho.com
I mISs My Queen Size!!!!!!!!

6.11.09

Wish Me Luck~

Tadi dah abis 1 paper...syukur alhamdulillah mejoriti soalan yang aku kongsi bersama teman-teman keluar, ececee..bajet mulia....
Mase jawab exam tadi, jari aku lebam-lebam seperti biasa, sakit oh..tapi demi nak menggoreng resepi-resepi yang dah aku senaraikan semalam..aku relakan jua... Masak masam manis, masak kicap masak lada hitam dan so on...
Hamik kau 10 pages aku bergoreng....sampai tuan haji, selaku tenaga pengajar kami yang leh tahan kehensemanya hingga hari ini walaupun dah berusia area-area 50-an menegur aku :
.." Sudah la tu penat nanti saya nak baca cek.Erin oi..."...
# Cik Erin ialah panggilan tuan haji terhadap aku WTF..
Besok paper BUSINESS AND COMMUNICATION ENGLISH yang amat menjeruk tengkok, memandangkan aku amatlah bengong dalam BAHASA UTAMA DUNIA lantaran otak kiri yang beku dalam mengingati BAHASA selain Nihon go dan Maresia ngo dan Mandarin ngo yang aku centai...makanya malam ini aku memilih untk membaca beberapa sample artikel-artikel yang berkenaan dengan isu semasa dan mengingati rangka-rangka penulisan asei berformat...
Hmm...tak lupa korek telinga dalam-dalam untuk listening test juga besoknya...
Afta exam, ade BBQ yang di anjurkan oleh Mantan KP6, ops..macam nama setan jer...hahha ok gurau...aku akan meninjau-ninjau sekitar USM tercenta nih untuk mencari pot dan malamnya cerita itu bakal aku kongsi pada semua insyaallah.....
Ok..lom ape-ape dah nak berenjoy, ni lah lumrah manusia yang bergelar STUDENT walhal orang di luar pagar sana memandang STUDENT ni setinggi langit sampai melangut ke awan biru yang saat itu dihiasi awan gemawan kelabu...
# mula sudah ayat-ayat cinta ini mahu keluar dari firasat ku...
Youjie wa, Benkyoshimasyokkk~~~
http://emo.huhiho.com

5.11.09

Nota Last Minit Yang Spontanlicious


http://emo.huhiho.com Saya sedang study dan nak tulis gak kat sini ape yang saya baca serba sedikit yang saya sempat ingat sebelum saya tido..

Sebenarnya nota di sini tak lah lengkap lansung tapi atleas kalau ingat tu, besok ade gak la modal untuk dogoreng iye idok....lagi pun paper ni 30% jekan..so plz take it easy...ceewah belagaks!!!!!

Harap semasa tido nanti semua ilmu yang saya kongsi yang tak seberapa nih akan terseram ke otak dan melekat hingga jam 12 tengah hari besok...

Amin~

Step Penyuntingan Penulisan Berita Untuk Diri Sendiri.
( Ikut suka aku nak bagi tajuk apa okee ni besok aku nak goreng masak kicap )

1. Berhati-hati degan ego dan kesalahan palsu.

2. Bersikap autoritatif.

3. Perkataan yang selektif.

4. Elakkan kesalahan tatabahasa dan ejaan.

5. Penggunaan ayat yang padat.

6. Spell Check. Journalistic License.

7. Kemudahfahaman.

Peranan Editor Pulaks : ( Ni nak goreng kankung )

1. Betulkan kesalahan ejaan dan fakta.

2. Semak Tatabahasa.

3. Kenalpasti Statment berbaur fitnah dan sebagainya.

4. Uji nilai berita.

5. Bersikap selektif.

6. Memberi headline.

Kewartawanan Penyiasatan : ( Goreng Belacam Pon sodap! )

Pengertian : Fakta..bongkar rahsia yang tersembunyi..seperti rasuah..fitnah..dll.

Kaedah : 5W1H..Tinjauan...Penlibatan pihak tertentu...dll.

Konsep :

1- Pencarian Fakta

2-Fakta

3- Analitikal Minda

4- Keberkesanan

Halangan di Malaysia :

1- Di Malaysia jarang dilakukan kewartawanan penyiasatan kerana masalah sokongan. Wartawan mendapat halangan tertinggi dari aspek sokongan Kewangan / Masa / Logistik dll.

Hal ini mungkin disebabkan masalah Pemilikan Akhbar / Ownership. # Iyerlah..kalau dah akhbar tu dari duit kerajaan atau pun ada pelabur dari kerajaan di dalamnya takkan lah akhbar tu nak mencari fasal dengan pelaburnya iyer idok??

2- Wartawan sukar untuk mendapatkan maklumat. Lebih-lebih lagi maklumat rahsia kerana :

- Demi menjaga kedudukan sesuatu institusi atau pihak yang mungkin akan tergugat.

- Mendapat perintan Am. # Kalau tak dapat perintah AM pun, barisan akta-akta dah cukup menghalang jejak wartawan tersebut untuk mencungkil ulat dalam batu yang bersalut emas..wah!!!

- Mentality masyarakat yang tak berminat untuk melibatkan diri dalam masalah tertentu kerana berasa selesa dengan keadaan sekarang. # Yerlah tu..bak kate deorang, "WHY ROCK DA BOAT MAN!! ".

- Tak ada kepakaran. # Hmm..jangan salah kan kami yang baru belajar ni tak belajar sungguh-sungguh ke ape, tapi kalau ade bapak pakar pun tapi kene tangkap ISA..tak beguno jugoo~

Penulisan Ulasan Buku : ( Ni aku nak goreng masak taucu )

Elemen :

1 - Sinopsis

2 - Latar Belakang Penulis

3 - Penerbitan

4 - Fizikal Makalah

5 - Gaya Penulisan

Penulisan Ulasan Filem : ( Ni goreng lemak manis )

Elemen :

1 - Barisan Aktor

2 - Peranan Watak

3 - Penulis Skrip

4 - Soundtrack

5 - Coktiniuity / Kesinambungan

6 - Impak



http://emo.huhiho.com Saya dah selsema nih...nak tido da...penat da....sok exam da....
WISH ME LUCK!!!!
http://emo.huhiho.com
Dan all da best kawan-kawan yang nak amik exam jugak besok...sape yang sempat bace blog aku sebelum exam, besok datang kene sebuat " SAYANG YOUJIE " kat aku...ingat tau slogan nih.. " SAYANG YOUJIE" hehe..alaa jangan buat-buat jaanggal laks..rakyat Malaysia kan Raja Slogan... Macam SATU MALAYSIA la kan! Hihii..sempat aku melalazer!
Tido time!!!!!!

4.11.09

Contoh Soalan YWP 321

Ni contoh soalan lepas-lepas...kalau sape da try jawab tu kongsi la eah~

Walaupun paper ni 30% aku tetap risau tapi kerisauan aku berjaya di sembunyikan pada semua..poyoz!!!


" Urm...saya bukan lah bijak pandai atau sengaja nak buat-buat pandai untuk mempublishkan nota dan contoh-contoh soalan atau apa-apa yang mendatang...tapi saya suka berkongsi..ai means...berkongsi ilmu yer....bukan berkongsi suami..hahaha... "
Iklan penaja:
Semalam aku bermimpi...mimpi ngeri itu datang lagi..nak kongsi tapi macam tak sesuai lah pulak nak melalaikan teman-teman yang sedang berjuang untuk exam besok..pas exam aku akan citer 3 mimpi ngeri yang aku alami dalam masa 24 jam okee...hihii selamat berjuan teman-teman...jangan kedekut ilmu tau..tuhan mara~
http://emo.huhiho.com

Nota Kasual Etika Kewartawanan beb!

Etika Kewartawanan ;

Etika sebagai nilai moral yang bersifat ideal yang ada hubunganya dengan persoalan baik dan buruk. Dengan kata lain, etika merupakan garis panduan yang ideal untuk menuntut para petugas dalam sesuatu bidang itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah. Etika memerlukan penghayatan individu, penghayatan ini datangnya dari hati sanubari individu itu sendiri.

Ini bermakna, kod etika berbeza dengan undang-undang sedangkan undang-undang merupakan satu bantuan yang di kanun oleh kerajaan.

Kod etika kewartawanan di negara ini bersifat undang-undang tapi mengandungi cita-cita murni yang harus di amalkan oleh setiap individu dalam sesuati profesion.

Etika Media & Idea keterbukaan ;

Berkait rapat dengan jenis keputusan yang diambil hasil pertimbangan wajar oleh Editor in-chief sesebuah akhbar untuk menyiarkan berita dari dimensi-dimensi yang tertentu.

Dimensi yang dimaksudkan ialah sesuatu pandangan individu / kumpulan yag dilaporkan dalam kandungan berita berkenaan.

Setiap wartawan perlu tahu dan faham bahawa terdapat ruang untuk menulis berita, setiap ruang ada sempadan yang perlu di awasi agar tindakan menyiarkan laporan berita tidak memberi kesan negatif terhadap negara, bangsa dan agama.

# Tidak memberi kesan negatif terhadap negara kew....sebab nak jaga kepentingan pihak tertentu betol tidak!
Haha...sempat lak aku menyampuk, tapi sebagai pelajar kewartawanan aku tak rasa benda yang tersenarai ni idok la digunapakai 100%. Banyak konotatif den denotatifnya....

Kod Etika Kewartawanan Malaysia oleh Institusi Akhbar Malaysia. ( IAM )
  1. Tugas utama wartawan ialah melaporkan kebenaran yang menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar. # Actualy menghormati hak orang berkepentingan, kalau tak jaga hak dorang, habislah akhbar di gantung lesen atau di sekat pengedaranya..betul idok??
  2. Dalam melaksanakan tugas ini, ia menghayati kebebasan memungut dan menyiar berita secara jujur dan berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama. # Ulasan dak kritika sah-sah base on apakah agenda setting yang nak di setkan pihak berkepentingan terhadap kepala otak rakyat...sesungguhnay akhbar di Malaysia ini agak pondan! sila percaya..
  3. Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar, filem & dokuman.
  4. Sebarang maklumat tersiar yang di dapati tidak benar harus di betulkan. # Selalunya yang salah tu yang benar, tapi terpaksa belakon buat-buat terpaksa membetulkan kesalahan ala-ala nak mengaburi mata rakyat jelata...kes main wayang pun ade okee~
  5. Wartawan harus menghormati kerahsiaan sumber berita. # Rahsia kerajaan la contohnya, isu Altantuya misalnya..wartawan perlu hormati rahsia yang nak disimpan Abg Jib dan isterinya..kalau nak tanya juga bersedialah di pecat selepas balik dari liputan berita oleh bos anda...ini fakta!
  6. Wartawan harus berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri dari plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tak berasas serta rasuah dalam apa jua bentuk sekalipun. # Pengalam mengajar aku bahawa terdapat para wartawan yang berkongsi sumber dan diolah dengan cara berbeza..hahah misalnya: Ani : oi...aku lambat datang sidang media tadi, emeil aku laporan ko ehh, aku ubah la sikit-sikit... Ini fakta!
  7. Wartawan hendaklah menghindari siaran berita / rencana yang bersifat perkauman yang melampau yang menyalahi tatasusila masyarakat majmuk negara Malaysia. # Wartawan yang benar-benar ingin memperjuangkan sesuatu kenalah meluahkanya melalui media baru seperti Blog! Blog selamat sikit takder watchdog official mahupun Gatekeeper..ala...ala-ala taker anjing dalam pagar la kot..Gatedog, hahaa...
  8. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara lansung dengan profesion. # Kalau tak faham undang-undang, silap hari bulan kena cekup ke jail free jer..kalau nak lagi best, faham undang-undang wayang kerajaan..silap-silap dapat watak utama!

Kesimpulan :

  • Hasil analisis struktural menunjukkan bahawa tuntutan etika media dipegang dan secara nyata berkait rapat dengan ke'8 -8 kod etika IAM.
  • Secara fizikal, matlamat yang digarapkan dalam setiap satu daripada 8 kod etika tersebut diselitkan dalam setiap berita.
  • jika suntingan dilakukan, maka kandunagn berita dibiarkan untuk di baca dalam keadaan yang dikehendaki oleh ketua editor itu sendiri.
  • Jika berpegang dengan kod etika kewartawanan , maka segala data dan maklumat yang diperolehi tidak dieksploitasikan dalam tujuan mencari keuntungan dan kepentingan peribadi yang akan menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap profesion kewartawanan. # Jum gelak!!!!
  • Maka untuk menjadi wartawan yang baik, wartawan itu perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam satu-satu bidang yang di laporkan.

OK...SAMBUNG NANTI, MENGANTOK TAHAP GABAN KALAU STUDY NIH...

http://emo.huhiho.com^ Kredit to Azlina Othman yang membari nota ini... ^_^ Muaxx!

Cinta FV BukuMuka

" Gud nite Pumkins!"
" Sweet dreams red tulips~ "

" Morning Strawberries golek-golek~ "
" Have a nice day Blueberries kodek-kodek! "

" Makasih Pagar Purple tadi, nak yang Pink besok eah~ "
" Ok Tomato...nanti hadiah you Pink Fence yer~ "

" Mr. Potato....nak Hay Bele 5 tau! "
" Apa saja untuk you Tomato..."

Villa Cinta Mati,
Taman Kasih Sayang,
143 Pulau Impian.
Negara Farm Ville,
http://emo.huhiho.com..................................................................................................................................BukuMuka .

3.11.09

YM sampai lebam!


Mintak mahap kepada Nanda...Syida dan Hana terlebih dahulu kerana aku tak menuruti undangan untuk ber"study bersama-sama hari ini..
Alasanya.. " Huhu....ai tak leh study siang...ai tido siang and berjage malam ohh~ "

Atau..

" Ai basuh baju la sayang...kalau tak basuh di hari yang cerah dan hangat ni, ai terpaksa himpun dan hantar dobi yang beharga RM7 untuk 3kg...itu mahal okee~ ''

Mungkin..

"..Ai da siap da nak keluar da, then tiba-tiba bila ai sedar...ai rupanya sedang bermimpi sampai di C10 hihi..boleh ker? ~''

Wutever...mereka yang mulia hati budi pekertinya takkan rela memarahi diri ini..kan..kan..kan...

Ok! Mari menjadikan posting ini lebih berINFO dan lebih memeberi makna setelah sekian lama ai mengarut mencarut....
Erm..pernah tak kalian berangan untuk ber'YM atau berchatting dengan menggunakan ID yang berbeza dalam satu masa???
Tadi adikku Awang Bo'cheh telah megajar aku sesuatu yang orang ramai tak tahu, ala tak kisah la kalau akau jer yang baru tahu kan...

Macamana nak ON 2 YM sekaligus?? Tak kire lah 2 ker..5 ker sekali gus....sila rujuk gambo di atas..tu Desktop die lah yang belagak nak mampus dengan aku tadi...
http://emo.huhiho.com
Caranya senang banget ok...sila ikut peraturan ini dan anda akan BERJAYA!!!
Pi kat "RUN"

Taip "regedit"

After tekan "ok " akan keluar window " Registry Editor "

Sila jangan rambang mata dengan folder-folder yang lansung tak menakutkan itu, cari folder " HKEY_CURRENT_USSER"

Kemudian click folder "SOFTWERE" dibawahnya..

Pilih folder " YAHOO " pulak kemudian di bawahnya itu..
Di bawah "YAHOO" click "PAGER" ye tuan-tuan dan puan-puan...
Bawah "PAGER" sila click "TEST" punya folder pula...
http://emo.huhiho.com
Baiklah rehat amik nafas sekejap.....

Sila lihat ke kotak kanan...akan ada ini :


Sila right click di situ hingga dan akan terpapar " NEW "..
"NEW" itu akan beranak panah untuk anda buat pilihan kan!

Pilih " DWORD 32 bit VALUE " yer..

Maka akan keluar
Simbol bewarna Biru dibawah icon "default " yang atas tu...

Then..

anda nampak tak nama " NEW VALUE#1 "
Sila right click di situ...dengan memilih "MODIFY"..


Ok masukkan BERAPA SAHAJA angka yang korang nak..kalau nak 10 pun boleh...3 pun boleh..bergantung pada tahap kesanggupan anda mengurus YM tu nanti...

Ok...lepas tu clik "YES"!



Jangan lupa "RENAME" semula icon biru itu kepada " PLURAL"..

http://emo.huhiho.com


Nah!!!!!

SILA YM SAMPAI LEBAMM!!


Annoying tak?


Mmm...nak letak lagu di blog....

After 10 minit macam membencikan...

Tapi macam best...
Tapi macam tak best...

Mengganggukah???

Plzzz....unswer me~~
( ala-ala posting blogger femous gitu...ketuk kepala kat meja cepat!!!!)
Asik pujaan hati...pujaan hati..pujaan hati...pujaan hati ja dari tadi aih!!!!

1.11.09

Aku hanya ingin menaip sebelum mandi..

Ku pingin udara segar, untuk aku hirup...
Berlari mengejar rama-rama di taman...
Menikmati sandwich tuna sayuran...
Berbasikal bersama teman atau yang tersayang....
Mengutip bintang di langit malam...
atau
Mendengar ombak di pagi yang tenang...


Hanya sekiranya satu di atas berjaya aku dapat....


( Maafkan aku jika bersikap gersang atau menyimpang )