7.8.14

Selamat Hari Raya & bebel panjang.





Ampun dan maaf dipinta.. :) Aku jarang berlembut lidah..walaubagaimana pun, di hati aku sangatlah kesah. Jadi dikesempatan ini...sejujur relung hati aku ingin memohon ampun maaf keatas silap salah khilaf dosa yang pernah aku lanjur terbuat. Maaflah...aku insan biasa.....

Aku menyakiti, terkadang membenci...ada ter'over maki... biasalah..biasalah... Maafkanlah maafkanlah... kepada yang membenci, aku redha andai itu sebagai penawar hati yang telah aku sakiti. Kepada yang menyayangi....alhamdulillah...kasih sayang insani. PEACE~

Minggu ni, masuk 20 minggu kandungan aku, semalam Doc check tapi taknak scan...reason sebab dah tak ada Cyst dan kandungan sihat. Check degup jantung baby saja pakai speaker apa tah... boleh tahan berdebar-debar juga baby aku dalam tu... hihi..tak sabar nak jumpa ibu ea baby... leks leks...5 bulan lagi kita main geletek-geletek naaaaa... 5 bulan??? =_+' cepat noh! #seramnakberanak

Nak update apa pun tak tahu, sejak berkahwin aku busy 24jam. Busy menjalankan tanggungjawab jaga diri, jaga keluarga, jaga suami, jaga rumah jaga itu ini...masyallah sesungguhnya aku lemah. Aku lemah menyempurnakan semua perkara.. kunci rumah tak bawa, pintu tak lock, kipas tak tutup..pinggan pecah..goreng ayam tak masak..memacammm laa.. tapi bagi aku its normal.. its a learning proses. Jangan espek kesempurnaan terlalu cepat..nanti hidup tak FUN! hAha... biar kita bertaktih tapi consistent.. apakah aku merepek.

Study plaks..aku dah gantung master aku, pening la... walaupun tinggal 2 sem ..tinggal research.. tapi research yang boleh buat aku sakit jiwa. Kalau aku buat research sambil bawa baby dalam perut, aku risau sakit jiwa aku berjangkit pada baby..  Jadi aku gantung... menyesal pun ada ambil bidang komunikasi..di hati ada seni. Plan aku, anak ke-2 nanti aku sambung master dalam Seni, nak proceed bidang Product Design. Bukan apa...member aku yang amik master seni cakap..pejam mata dah lulus. So..barang siapa taknak pejam mata lulus beb.... aku 3 kali present proposal aku asyik failed je dalam comm ni. Aku rasa nak tukar angin... insyallah, hujung tahun depan ka apa ka tengok la... kan aku nak jadi Dr.Azrin suzieyatie adrina anuar, lupakahhh?  So, pokoknya sekarang kena lah kumpul duit.. belajar sekarang duit duit duit..nak dengan taknak, rajin dengan malas ja... Insyallah insyallah aku plan begitu.

TAPI, kuasa tuhan apa pun boleh jadi... keputusan assesmen Pegawai Penerangan aku lulus, exam pun lulus, alhamdulillah la kan...sekarang tengah tunggu interview sahaja. Aku risau sangat kalau-kalau interview aku on December, agak-agak kalau terberanak masa interview..terus deorang nak terima tak..hahaha.. dan andaikata interview berjaya, aku kena tinggal di Putrajaya sebelum dapat tukar.. =__=' oh lalaa....unpredictable future nih...fuh..fuh... Apa pun, aku fikir satu ja, kelau deorang tak ambil aku..deorang la rugi. Haha..bukankah aku ni Patriotik, cinta negara, semangat wajar...cantik..menawan dan adorable. Oh...hantuk jelah kepala tu kalau geli. Aku yakin Position tu dicipta untuk aku. Aku memang suka bab-bab menerangkan ni...walaupun kedang-kadang penerangan aku memang takleh blah takleh pakai..tapi confident tu ada. Haha..nak tergelak dengan diri sendiri..tapi aku yakinlah, aku akan enjoy kerja bahagian Penerangan tu nanti. Aceaaaaa.....

Kerjaya...apa aku buat sekarang, aku dah tak aktif berniaga. Sejak alahan hamil, aku jadi nak muntah tengok jarum benang. Maka status ekonomi aku merudum mencanak-canak. Hidup aku sekarang 100% bersandar dengan suami. Nak beli roti pun minta duit suami..gile kesian.  Eh..eh.. jangan kesian lagi...perkara ini tidak akan lama, pantang cucu tokman Jambu tak pandai cari duit sendiri. Sekarang aku kerja property-property. Dah lama teringin nak masuk bidang ni...akhirnya berjaya juga. Ala kerja biasa-biasa...baru berjaya jual beberapa rumah beberapa ratus ribu sahaja.. :P

**Silapercaya

So, dah terlalu banyak benda aku cerita...aku pun tak tahu siapa yang baca.. aku just cerita apa yang berlaku pada aku sebab aku ni spesis suka berterus terang dan kalis. Nak tahu apa boleh tanya. Dunia ni fana. Tetiba.

Oklah, dah nak siap-siap..masuk office jam 10.30am. Opis pulak jauh nun di Tanjung Tokong..sewel aku atas jalan. Tapi takpa...aku nak pastikan anak sulong aku ni kuat mental fizikal...aku taknak dia lemah macam mak dia ni. Hahaha...kerja keras sikit na sayang... ibu sayang kamu ok, pleas la tendang gerak-gerak sikit..bu nak rassaaaaa...uwaaa..

Okbye.

**Sesungguhnya, berlapang dada lah kalian yang hidup berserah kepada yang Esa. Kerana tiada apa pun yang cukup kuat dan berkuasa untuk melawan takdirNya. 
Doa-doa aku mampu kembali menjahit bantal..rindu woooo~!!


No comments: