Cakap tentang kerja ...bulan ni alhamdulillah, setelah 2 bulan bekerja..aku dapat jual 2 biji rumah, area Sungai Petani dan Pangsapuri Sutera di Seberang jaya. Murah ok...kalau bukan disebabkan aku ni tak ada gaji tetap sebab menganggur ..memang aku dah rembat buat invest.. T___T'. Pangsapuri low medium cost terjual dengan hanya 87K, bawah market value pula tu... Value sana 100K occay... 3 bilik...di zaman sekarang..mana nak carik bawah 100K 3 bilik? Permintaan sewa rumah di seberang memang tak payah fikir 2 3 kali. Sekali publish ' rumah untuk disewa' maka setahun la suffer jawab phone...ramai bebudak Poli, Uitm dok mencari bilik... Loan rumah buyer aku, bulanan dalam RM500 sahaja.. kalau sewakan bulanan RM500 dah setel hidup. Kalau nak untung... 1 bilik RM200...3 bilik RM600, dah ada profit disitu.... agak-agak lagi 5-10 tahun..jual!! Beli rumah besar lagi... Hartanah Penang...boleh naik 3 -10 % setahun. Gileeeee...
Sesak nafas bila lepas type, baca balik ayat sendiri...fuh fuhh..
Lagi 1 kes, rumah Taman Sri Bayu Sungai Petani. Ni memang 100% kami berhubung melalui wassap dalam proses jual beli. Hahaha.... buyer aku KL, rumah tak tengok..aku pun call owner dengan phone... tak tengoK rumah juga sebab owner bagi gambar sahajaa... document pakai faks. Tandatangan Loan Offer dan S&P melalui pos.. mengagumkan tak? Last-last proceed!!! Alhamdulillah....mendapat kepercayaan adalah sesuatu yang tak ternilai...mengkhianati kepercayaan adalah besar pembalasan dosanya...rasalaaa...
Sekarang ni, hUjung bulan boleh bernafas lega....focus untuk nest month punya target.. fuh..fuh...aku semangat la juga, tapi kena jaga kesihatan aku jugek dan baby ni...kang aku penat, dia penat acener.... so far, aku tahu anak sulung aku ni very the strong!!! Boi ke girl kita tengok minggu depan ye....weuuuu....exciting!!!
And dalam dalam masa terdekat akan ada lagi 2 biji rumah cash buyer...area Sungai Dua dan Batu Feringghi. dan 1 biji untuk buat proses sahaja area Sungai Petani!! dan beberapa yang menyusur....dengar macam meletops sangat!! Tapi masalahnya aku bukan agent hartanah berlesen tu... aku bekerja di bawah agency. Beberapa sangatlah $$ nyer...Tak mengapa...kata orang...ambil pengalaman dan buat contact... insyallah lepas deliver baby, aku akan duduk peperiksaan real estate...baru dok servey-servey company mana yang ok. Tak kisahlah....di Penang memang susah sikit...didominasi oleh Cha Ya Nun Alif..tapi takpa... kelau boleh tembus pasaran mereka....bukan ka Fa Chai! Fa Chai!!?
Suatu ketika dulu, aceaa...zaman belajaraku ada kenal dengan seorang yang memang dalam bidang ni. Dia bos dalam 1 company valuer..dalam kesedihan aku yang dah ada digree tapi tak tahu arah hidup. Aku selalu on9. Jadi aku kekadang chatting. Brother ni suggest aku masuk real estate, katanya..aku ada ptensi, pui... masa tu aku tertekan, tak boleh kerja dan tak tahu arah..aku menangis, kurung diri dalam bilik dan dunia aku hanya internet...gile bapak bosan. Tu zaman sebelum aku jumpa dengan Artsy Suzie aku lah... ada hikmah tu....
Aku dicadangkan ambil exam, pi training, belajar property.. kalau masa tu aku 'cekang' ..kalau masa tu aku ikut cakap brother tu..taktahu camner sekarang seorang aku. Aceaa...tapi Allah maha mengetahui dan maha mengatur segala sesuatu yang terbaik untuk hambanya..
Dalam masa sama, aku harap aku dapat interview untuk Pengawai Penerangan dan Pegawai Kastam yang bakal aku duduki peperiksaannya sabtu ni. Fuh...camnilah baru nak mula hidup, orang dah buat benda camni 2 3 tahun dulu.....takpe-takpe, janji aku dah kawen. ehh???
Oklah...selesai update untuk motivate diri, nak bersia-siap pergi kerja. Nun jauh di Tanjung Tokong. Doa aku..agar tak bertembung lagi dengan eks wai zek hari ni..hahha kbye!!
Selfie time!!!
Sila MUNTAH!!! |
No comments:
Post a Comment