12.8.14

Lalu, kini dan kehadapan..

Lalu, memberi kenangan dan pengajaran.. kini menjadi titik perjalanan permulaan kepada segala impian... ke hadapan, ialah ketidak pastian...angan dan pencapaian.... Matlamat menuju destinasi idaman.... Aku tak pasti apa beza antara ketiga-tiganya itu, tapi yang sama...aku adalah masih seorang aku.

Kita merentas usia dengan warna-warni dunia, bermula di dalam roh membentuk bayi, ke alam kanak-kanak yang ceria dan tiada masalah dan menginjak alam remaja... suatu alam yang mengajar erti kesilapan dan dosa-dosa. Alam yang bekal menentukan hala tuju selepasnya.. atau alam yang bakal menjadi igauan selama hidup kita selamanya.....selama kita tidak mencuci bersih kembali segala noda. Bahkan mungkin juga alam yang meninggalkan kesan indah dan manis buat kita selamanya... selama kita mengumpul memori indah dan takwa...

Menjadi seorang aku, yang Esa menyusan sebuah perantauan jalan nan panjang dan beronak duri. Khas buat aku, sesuai dengan kemampuan aku. Dan kini..bezanya aku tidak lagi seorang pengembara yang mencari erti hidup di atas bumi ini. Aku kini mengetahui musabab lahirnya aku di dunia fana ini...dan aku bisa lihat matlamat yang harus ku miliki alam sana nanti. Jadi, aku fahami...mengapa nafas ini terhela dan mengapa jantung masih berdegup rela....

Mengimbas  lalu, pencarian aku sering buntu. Namun yang Esa sering menyelamatkan seorang aku. Dari terlepas dari talian illahi..wahima karam di lautan tidak bertepi. Syukur aku tak perlu diukap atau diberitahu.... ingin ku coret segalanya disini, ah...mungkin terlalu kurang privacy... aku ingin berceritakan segalanya masa lalu aku...sambil mengaitkan dengan masa kini aku...dan masa kehadapan seorang bakal aku... kerana aku merasa, aku lihat dan aku sedar.... dan aku suka berkongsi.

Tapi bukan disini...
Mungkin aku hanya perlu membisu mencerna cerita-cerita seorang aku. Tapi aku merasakan rugi... Tapi..tapi.. *kelu

Kini seorang aku, menelan segala sendiri pahit manis kenangan diberi. Segala yang sakit..ku rawati dengan keimanan yang berbaki. Segala air mata yang menitis...ku ubati luka itu dengan kekuatan yang Dia bagi. Tiada yang terlalu pahit atau sedih di dunia ini melainkan akan hadir senyum, manis dan tawa dikemudian hari.... Tiada kepayahan yang diberi, melainkan terlindung anugerah sejuta hikmah dari  Pencipta sang Illahi.. itu yang aku alami.

Kini seorang aku, mengukir bahagia mencorak suka dengan syukur tiada terperi. Segala yang terindah, membawa aku untuk terus sujud mengakui kehebatan Illahi. Tiada yang seindah mana, jika hendak dibandingkan dengan nikmat syurgawi. Tiada rahmat malah kemewahan yang akan diberi, melainkan itu satu dugaan-dugaan kecil untuk mengaburi..

Pokoknya, hidup satu perjalanan mencicip bekalan ke alam firdausi.
dan..aku harus tabah melalui titian ke alam selepas ini... aku perlu bersedia, dan aku harus selalu mengingati....




----- aku youjie ----
Hamba Mithali :p





No comments: