18.8.14

Pelaburan Hartanah gaya kecil-kecilan!

Bismillah....salam isnin yang penuh tenaga, tapi tadi aku terlentok jua... Kesian suami semalaman melayan aku yang meraung-raung sakit badan, sakit belakang pinggang...tarik mengkarung etc. Rasanya dia tido jam 4 pagi... so..Pagi tadi nampak dia drive sambil lena. Gilo lena.

Ok, pagi-pagi nak sembang hal DUIT. Erm..apa uols buat dengan duit lebihan.. aku dulu zaman lepas habis digree terus berpoya-poya beli jam setiap bulan, shopping baju branded dan enjoy. Bulanan duit jolikatak aku dalam 500-1000 boleh sampai. Sebab aku tak berkomitmen apa-apa... NO insurans, NO loan bank hutang, NO ASB, NO car dan sewa rumah segalanya NO NO NO... yang aku tahu, ada duit...simpan bank dan pergi Mall, keluarkan dari peti ATM. Nak lagi best... swap card di kaunter bayaran. Owh...axemmm teenage dream world vougeDa Vass!!

Sebab aku bekerja, aku ada kerja yang gaji tetap, plus aku gila kerja..ada 1 lagi partime dalam masa yang sama dan dalam masa serupa aku berniaga. Jadi gaji memang marverlesssss... hidup aku bahagia dengan wang, not to regret ... semua benda tu buat aku happy dan gembira..^_^

However.. sekarang aku dah habis kontrak research, dah berhenti kerja gaji tetap atas sebab bergaduh dengan bos..bolehlagitu. Aku pun dah berkahwin dan keadaan jadi terbalik. Tak ada gaji tetap, berniaga dah tak boleh focus 100% dan baruuuu bekerja... haaa hamik hamik!! Buat sale jual property, belajar hartanah sikit-sikit...dan aku baru tahu, sepatutnya apa aku buat dulu dan apa sepatutnya aku mampu capai sekarang.

Dulu pernah berangan beli rumah, tapi tak tahu camana.. nak beli kereta pun tak boleh..nak menyimpan tak boleh, nak melabur ASB pun tak boleh, masuk koperasi pun tak boleh..jangan tanya sebab apa, semua sebab aku bodoh haha.. So.. aku habiskan duit. Tak simpan sikit pun.. sekarang, masa menjual rumah ni, aku jadi geram sendiri.. bila buatkan quotation client, tengok bulanan rm400 dapat sebijik flat low cost ..down payment tak payah fikir..lawyer fees etc tak perlu tanggung. Perghh... andai sahaja...andai sahajaaaa...

Contohnya, pagi ni aku dapat flat@apartment 3 bilik 650sq.ft area UITM Permatang Pauh ..harga dalam 80k sahaja..dah ada penyewa... bayangkanlah. 1 bilik RM200, 3 bilik RM600 lah kan...installment bank kalau nak beli rumah ni, aku kira-kira kalau tak pakai KWSP Account 2 boleh la dalam RM400 camtu.. Maksudnya, monthly sah sah untung bersih RM200. Dapat aset..dapat extra money ..dapat invest dalam masa 5 tahun kehadapan... T___T'

Tapi aku belum boleh beli 1 unit lowcost pun...sebab payslip aku tak cantik, money flow yang confirm - confirm tak lepas bank loan dan CRESS lagi sebab ada record bayaran tak cantik haha...

So,sekarang ni aku hanya mampu melihat rumah-rumah berpotensi untuk di-investlalu di hadapan mata... dan sesiapa yang nak tanya hal-hal property kindly boleh contact aku.

ERIN : 0111-0642303


kBy!!!!!! ^_^


No comments: