Semalam, membuat road show di Bayview Hotel, hari semalam aku lansung tak efisyen.. memang tak efisyen LANSONG, aku boleh duduk depan laptop dan just abaikan persekitaran. Disaat teman-teman buat sale, entertain potential buyer dan sewaktu dengannya. Aku rilek macam dah kaya.. haha Why me like that?
Yer...memang semalam hari down, sebab seorang buyer rumah nak cencel beli rumah. Dah aprove loan, dan nak setel hal lawyer..tup tup cakap tak cukup duit and nak kawen and terbeli rumah lain dengan family so tak mampu bayar installment and risau CCRESs etc. Buyer ke-2 aku pula, tak pernah ada komitment dengan bank lansung...jadi ada masalah untuk bank aprove permohonan pinjaman rumah dia....lepas ni uosl yang tak pernah buat pinjaman dengan bank, sila la buat ASB LOAN ke... Loan kecik-kecik ke...senang nak beli rumah, track record boleh nampak. Bank tak la risau nak amik risiko dengan prestasi komitmen korang.. Gitew... dan buyer ke-3 aku masalah kena sediakan stetment EA. Sebab record bank cantik sangat untuk beli lowcost....loike wuttt~ Yer, kalau bayaran cantik pun Bank akan curiga.. eh engkau lain macam ok je aku tengok duit ...kenapa nak beli low cost heloo..beli la medium cost..banyak sikit pinjaman, untung la bank..hahaha gituuu kekdahnya!
Alhamdulillah buyer ke-4 aku ok, tak ada masalah dan lengkap documentnya, itulah buyer senang..tak payah jumpa semua on call then pos borang, lepas tu owner rumah pun faxkan srata tittle, geran rumah etc..sign melalui fax... setel!! Memang beli rumah on9 bak kata orang..yang penting, KEPERCAYAAN!! Ayat manis mau kencang..eh tak lah!
So, aku takdelah antara yang loser dalam opis..aku rancak. Member cakap..aku pelik sikit boleh jual rumah tanpa keluar ofice. Budak sale lain merata jalan entertain client tunjuk rumah 3 4 5 kali tapi buyer taknak... aku, semua on phone..jumpa sekali tunjuk rumah...sekali ambil document then submit. Haaaaa...camgitula buat keje, eceaa...isk blagak ngguh bahasa!
Rahsianya?
Aku ada orang kuat, kih kih...setiap kali jumpa client untuk explain quotation.. aku akan bersama suami. Yela sapa nak jadi driver, aku kan takdak kereta. Aku nak beli Axia weh tolong doakan!! Kendian...aku akan explain sikit, sebelum di takeover oleh suami. Dia belajar dan pernah berkrusus dalam benda-benda hartanah rumah loan kira-kira segalabalahana tu...aku tak. So selalu dia yang akan closekan case aku..aku senyum ajee... itulah rahsianya!! Yang aku perlu buat...explain details peda suami sebelum jumpa client..details quotation yang aku buat yang mana yang dia tak tahu..lepas tu TEAM WORK!!!
Maufakat membawa berkat, alhamdulillah..doakan 4 case aku ni aprove. Aku nak membayo hutang dan menyimpan untuk baby ni nanti... cakap fasal baby, Aku ni dah ditahap perlu beli baju orang mengandung..tapi aku rasa jubah dah ok..tapi macam nak juga sehelai baju mengandung, tapi macam maluu je nak pakai...tengok jelaa camna.. tapi semalam aku down. tu je...
Kawan-kawan cakap, buat sale..mental kena strong.. ha benda paling aku lemah tu kini bakal dilentur menjadi kebal. Bagi aku ini pengalaman aku yang sangat best..buat sale. Walaupun company biasa...dan staff - staff semua pun ada budak-budak ada tua bangka. Aku belajar banyak la..akhirnya aku jumpa manusia selain dalam USM yang matlamatnya belajar. Rumusan aku..manusia di luar sana tu..macam-macam peel. dan manusia dalam institusi pengajian...semua sepesyen. Baik-baik jer..sekarang aku jumpa yang melayu tak macam melayu ada... india tak macam india haha..budak tak macam budak..dengan kisah hidup cerita memasing yang pelbagai... memacamm la.. membuat aku merasakan aku harus banyak bersyukur dan menjadikan aku lebih dewasa. hahaha dah tua wehh!
Jam 3 aku dah balik, singgah Racsm ada jamuan raya BSN banker jemput...malam ni pun ada juga dapat jemputan dari Barshaad & co. dekat De'Dapur ..Tahla nak pergi ke tak macam malasss je. Aku balik awal sebab ada meeting dengan 1 company rumah pengantin... meeting berjalan hingga 7 petang dan aku bahagia...
Jeng jeng jeng....i love collaboration, next entry aku cerita apakah yang membahagiakan itu naa..
Chow!!
No comments:
Post a Comment