Semalam, aku emo. Last time menangis tengok movie entah bila...tapi semalam aku emo sebab menonton Bencinta. Sedih aku tengok cerita yang mengisahkan lelaki kaki sepak terajang bini ni. Time nak melamar....lembut gigi dari gusi. Tapi lepas dah dapat....buat macam punching bag. Bedebah!!
Laki aku pun dah menggelabah tengok aku, diam semacam jee....fokus habes. Part paling takleh blah..bila aku baru sedar yang hak penjagaan anak automatik akan dapat kepada bapa@suami sekiranya isteri atau ibu tidak mempunyai taraf kewaangan yang kukuh. Cis....emo benar.
Aku : B...betul ka kalau cerai anak dapat kat bapa?
Suami : Yela...kalau isteri tak ada kerjaya atau kukuh ekonomi.
Aku : Pastu kalau macam tu...anak ni dapat kat kamu ker?
Suami : Yela...jadi kamu kne la bekerjaya juga ..
Aku : Foine!!
Suami : Dah jum solat...
Emo. Terus nak menitik-nitik air mata aku tahapa-ahapa...aku pun tak faham mengapa. Nak emo benda tak wujud haha...
Time berwuduk, aku emo..nangis-nangis tak tertahan... tak faham aku, aku rasa macam...aku akan hilang nyawa kalau baby aku terpaksa berpisah dari aku. TETIBEEEEE..je pikir camtu boleh? Apalah benda merepek dalam kepala otak....aku pun tak faham.
Terus..masa solat dah tak khusyuk...sroot...sreet menitik air mata. Haiyoo....ape kes???
'' takpe nak...ibu akan usaha untuk kite berdua takkan berpisah hingga hujung nyawa..'' itu yang aku bisikkan dalam hati..tak ada motif fikir bukan-bukan. Phobia aku...hal cerai-berai...sebab dulu mama, dia berjaya mempertahankan hak penjagaan kami berdua....jadi aku risau. Apakah yang terjadi dengan emosi aku pun aku tak faham...
Last-last, suami pun memujuk aku.
sekian...
Fikir bukan-bukan kan...kan...kan...!!!
No comments:
Post a Comment