Terpisahkan oleh ruang dan waktu, menyudutkanmu meninggalkan aku..
Semenjak ini, lagu 'Kehilangan' rancak termain di corong radio.. melankolia lirik dan instrument yang bergabung padu sedikit sebanyak mengetuk mengganggu sekeping hati aku yang sedikit sebanyak tertempias oleh ertinya. Mungkin bukan aku sahaja, bahkan sesiapa sahaja bakalan terperli dengan makna lagu tersebut. Tak kisahlah..yang meninggalkan..atau ditinggalkan.. tak kisah yang bahagia atau derita..pokok pangkal, bagi yang mengenal cinta dan pernah mengalami perpisahan.. lagu ini memberi sejuta rasa dan sensasi tersendiri..
Pertemuan dan perpisahan adalah milik yang Esa..
Ada sebab sesuatu kisah dicipta dalam hidup kita, dan ada sejuta alasan sesuatu perkara kita tempuh dalam alam fana ini. Semuanya hasil pilihan kita sendiri dan sebagai seorang islam. Kita mengenal Qada' dan Qadar.. kita mengetahui Loh Mahfuz dan kita memahami suratan.
Seseorang yang pergi meninggalkan sejarah yang mengajar kita sajuta erti kepada kehidupan masa kini dan masa hadapan, lalu... sejarah cukup disimpan sebagai ingatan atas dasar pengajaran...dan masa kini atau hadapan seharusnya lebih bagus dari yang lampau.
Aku bersyukur..
Sesiapa sahaja harus bersyukur diatas perjalanan yang disusunNya khas terbaik terlengkap dan tersempurna buat masing-masing. Yang dialami kini, adalah yang terbaik kini..yang terjadi lalu..adalah pilihan sendiri yang juga terbaik untuk masa lalu masing-masing.
No regret .
Pada senyum nan terukir, mungkin limpahan nikmat diatas kepayahan lampau ... pada air mata yang mengalir, mungkin ujian mendekatkan jiwa kotor lebih menghampiri pangkuanNya. Segalanya untuk kebaikkan...segalanya bukan sia-sia. Menyesali perkara lalu, mengungkin sejarah lalu...umpama menggali lubang kecelakaan sendiri. Meneruskan kehidupan dengan takwa dan sabar...umpama menghiasa taman syurga. Lalu mengapa pilihan tidak pada yang kedua?
Aku bersyukur, dengan kurniaan zuriat yang dikandung, dengan belahan jiwa yang mendidik aku mengenali aku dengan lebih jelas. Pabila melihat dia, aku teringat diri aku.. mungkin yang dulu atau yang kini... itulah buat aku, itulah separuh jiwa dan hati aku..ada padanya.
Aku menyedari, tuhan menggalaskan aku sebuah tanggungjawab tidak mudah.. buat ujian aku mencerna hidayah dan membina tembok keimanan terhadapNya. Aku berbangga, aku terpilih sebagai wanita tidak lemah yang mampu melakukan apa sahaja dengan kekuatan serelung jiwa seorang ibu dan isteri. Aku tahu...Dia melihat setiap tindakkan aku, yang maha mengasihi terlalu menyayangi aku...
Yang maha mengetahui, mengetahui yang paling terbaik buat diri aku.
. . When u meet the other half of your soul, u will understand why all the other lovers had to let u go. .
No comments:
Post a Comment