...Biarpun aku tahu aku mampu...
30.6.09
Aku mahu apa?
26.6.09
Pesanan terakhir Mikaeel ....
Hari sekali lagi berlalu..Sedangkan aku masih sendiri..
Mengapakah ini terjadi..Ketiadaan mu disisi...
Ucapan perpisahan tak pernah kau lafazkan..
Siapakah mampu memberikan jawapan..
Perlukah kau pergi dan..Membiarkan duniaku sepi..
Saban hari termanggu ku sendiri berbicara soal hati..
Bagaimanakah cinta bisa pergi..
Lantas terdengar bisikan suara di kuping..
"..tidak kau berseorangan...aku disini menemani mu.."
"..biar kau menjauh..aku tetap disini.."
"..kau tidak akan keseorangan...disini aku bersama mu.."
"..biar jasad dipisahkan..dihati kita bersatu.."
"..percayalah kau tidak bersendirian.."
Lalu di malam itu..
Seolah terdengar suara tangisan..
Mengharapkan aku datang...memeluk mu dalam rangkulan..
Hasrat dan impian mu telah ku dengari..
Lalu biarlah ku tanggung segala beban mu dihati..
Inginku gengam erat tangan mu..
Dan selamanya kite menyatu...
Kasih...bisikkanlah madah itu..
Pasti berlari aku kembali mendapatkan mu..
Dan kasih...ketahuilah oleh mu..
Kau tidak akan sendirian...
Untuk mu akan senantiasa aku adakan....
P.S : Ini pesanan terakhir dari Mikaeel Abdullah buat aku semalam.. dan aku percaya bintang di langit akan sentiasa memancarkan sinarnya menemani kita semua...Al-Fatihah..
25.6.09
Pesta Durian FAMA bersama Media..
Kami dilayan bagaikan raja..hehee..takdelah raja, juz dapat makan segala buah-buahan tempatan yang ada di sini.. Bayangkan, belum sempat "setel" sebiji dah dibuka 5 6 biji duyan yang memang lemak manis dan bergas gitu...
Ini barisan wartawan dan VIP yang melayan kami..Lebih beraga-raga buah yang disediakan untuk kami merasa... Melahap..
DAn ini adalah wartawan dari Sinar dan Bernama yang memang periang dan "gilew-gilew" sepanjang PC hari itu..
Misi utama FAMA ialah untuk menambah minat orang ramai untuk memilih buah-buahan tempatan berbanding buah-buahan import..bukan saja masalah lambakan/lebihan buahan tempatan di gerai dapat diatasi..tapi juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan disamping menyihatkan tubuh badan...
~ Gitew ~
Dalam keadaan kekenyangan yang amat sanagt, krew kami sampai di RTM jam6 petang, aku terus memproses laporan dan hantar ke Angkasapuri sambil berharap laporan diterima... weeeeeeee!!!!
Aku Suka Kehidupan Aku Sekarang Nie
^_^
23.6.09
Perpisahan..
Mungkin segala indah hanya mimpi...yang terbang bersama sayap paling lebar dan akan hilang sekelip mata seperti hembusan angin di tepi pantai yang membawa pergi pepasir halus beterbangan menggapai langit... Dan kadang-kadang, angin nakal memaksa butiran halus paling lemah si pepasir menyekat pandangan manusia yang datang berekriasi sekitar
22.6.09
Selamat Hari Bapa!
.
.
10.03pm
.
.
.
** Thanks Fruitheart. **
( Simple but nice! )
.
.
.
Kami memang membosankan haha!!...
Mmm..miss him so much..
19.6.09
Cinta Hujan Pada Kasih Pelangi..
Disaat matahari merah bernyala dan pelangi masih berseri warnanya..
Betapaku sayangkan pelangi sepertimana aku cintakan hujan....
Namun bagaimana harusku ciptakan sebuah kisah asmara penuh belaian jiwa, walhal terbitnya pelangi hanya selepas hujan yang kunjung tiba...
Masih terbayang detik di rangkulan hujan...menyalur dingin mendamai rasa.. Renyai yang halus menampar pipi menghadirkan senyum di pinggir bibir..
Terkenang indahnya menatap pelangi....menilik warna menzahir rasa..
Lalu terkesima diri mencari manakah letaknya istimewa Pelangi di hati...
Apa pula indahnya Hujan di perasaan...
(..... Jap..ade liputan di bilik gerakan.... )
12.6.09
Abdominal Pain...
Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.
Alex Pom Pom!
11.6.09
Hari Semalam..
Hari dimulai dengan mood senget ..rambut aku serabut sebab malas shampo dari 2 hari lepas.. Jerawat penuh di sekitar dahi lantaran Garnier aku dah kehabisan 2 minggu yang lalu..nak dibeli..sayang duit lak... Haih~ Nasib ada rambut untuk ditutupkan...tak lah nampak aku minah selekeh... Tapi rambut aku hari ini rasanya dah cukup begitahu sedunia yang aku memang selebet!
Hari berbaju kurung membawa maksud "hari malas" bagi aku...tak berhasrat untuk mengikuti mana-mana liputan sebab aku akan rasa tak selesa dengan baju panjang paras lutut dan kain labuh nih.. Mm..ni memang baju pinjam sebab aku memang hanya ada 4 helai baju kurung dalam almari baju... Dan aku senyap-senyap setuju didalam hati kata-kata Lila tadi... "...aku tengok bukan hang pakai baju, tapi baju yang pakai hang lah ! "
Kesian kan~
Mm...semua di bilik berita saat ini sedang membuat persedian untuk liputan berita.. Antaranya En.Phil yang sedang on da way buat liputan mengenai Sejarah Jeti dan Fizi yang menunggu masa untuk liputan di Komtar tingkat 28 dan En.Muise yang belum kunjung tiba untuk liputan USM... aKU..mm....tengok lah~
Di kantin..semua staf tengah bergumbira menjamah nasi lemak hangat...sikit pun tak mampu menggoda selera aku saat ini yang tengah membeku...lidah dah semacam tiada deria... Yang aku tahu, aku kesejukkan di ruang ini... Walau aku tahu semua di ruang ini merungutkan bilik yang panas lantarantiap air-cond yang rosak.... Tapi kaki aku lebih sejuk dari ketulan ais batu..... Camner tu...
Ku renung wajah demi wajah dan ku sambut tiap pandangan dengan senyum palsu ciptaan sendiri... Bukan niatku membohongi, tapi sumpah wallah aku takda mood untuk senyum hari ni...atleas aku cuba kan... Mencoba menjadi Positif dimata orang lain.... MM...saat ini..hati sedikit terhibur dengan keletah hilai tawa mereka di kantin yang dapat ku lihat tembus dari kaca hitam bilik berita ini...
Cukup sampai sini...tak berniat menjadikan medan maya ini sebagai tempat menghambur kata sedih bernada melankolik lagi.....tak hingin juga aku dianggap tipikal... Yelar....tipikal perempuan EMO...kan?.... Mmm..jum gelak...
Hihihiii.....
9.6.09
Cahaya Ilmu??
5.6.09
Mereng di opis...
Tanah kau..Duit aku.. Ehhh???
Gerakan Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan Ketua Menteri Lim GuAn Eng yang berterusan memainkan isu skandal tanah Tang Hak Ju yang mengaitkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan terdahulu.
Ketua Pemuda Gerakan Bahagian Tanjung, H'NG Khoon Leng berkata wujud agenda tertentu di sebalik tindakan Lim yang memanipulasi media untuk terus memainkan isu tersebut
Tegas H'ng, Gerakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Lim jika isu tersebut yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai bukti yang mencukupi.
Sebelum ini, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung isu tanah itu tetapi menutup fail siasatan setelah mendapati tiada kes penyelewengan atau skandal berlaku berhubung pemajakan tanah 4.2 hektar oleh kerajaan negeri yang lalu kepada Tang dan kerajaan kemudian membatalkan perjanjian itu.
Dan pada 13 Mei lalu Kerajaan Pulau Pinang membuat bayaran 14.7 juta ringgit kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada kos ganti rugi tanah yang perlu dibayar kepada pemilik tanah iaitu Tang .