17.9.08

Sejarah Youjie ( III )



Di sekolah, aku satu-satunya murid yang berbangsa melayu… mungkin faktor itu membuatkan aku sering mendapat perhatian di sekolah.. guru-guru mengenali aku dan kawan-kawan sering mengerumuni aku.. aku diberi nama '' Aa zhe Lin ''dalam bahasa mandarin.. dan aku tak perlu mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan nama baru kerana memang di kalangan ah pek-ah pek di kampung yang telah memanggil aku dengan pelbagai nama sesuai dengan pelat masing-masing..hii.....

Awal persekolahan yg rumit telah Berjaya aku lalui dengan lancar… awalaupun pada awalnya aku menghadapi masalah dalam berkomunikasi, tetapi akhirnya aku semakin biasa dan lancer dalam berbahasa mandarin. Aku masih ingat akan perkataan pertama yg aku tuturkan dalam bahasa asing iaitu ‘..bu yao..’ Aku hairan mengapa kawan-kawan sering mengajak aku untuk ke tandas bersama-sama mereka.. mungkin kerana ku selalu menurut kehendak mereka dan akhirnya aku belajar untuk menolak.. apabila aku mengucapkana ‘bu yao’ mereka mulai faham dan misi penolakkan ke tandas kukirakan telah tercapai.. pada masa hadapan aku perlu lebih berani untuk nertutur lagi….

Detik berlalu..aku mulai mempunyai kawan rapat.. Han Ken, Chiew Yen dan Pei San ialah kawan yg sering datang ke rumahku bermain..kadang-kadang kami menaiki basikal ke rumah satu sama lain.. Han Ken akan membawa aku manakala Chiew Yen akan membawa Pei San menggunakan basikal tua.. keserasian aku dengan Han Ken ialah kerana kulit kami yg sama cerah dan mata kami yg bulat berbanding Chiew Yen dan Pei San yg memiliki mata sepet yg teramat dan kurus..kami sering bermain di bawah pohon Ru di rumah Chiew Yen, rumahnya dekat dengan pengkalan nelayan dan belakangnya dikelilingi pohon nipah yg merimbun.. rumah Chiew Yen diperbuat daripda kayu dan berkonsep rumah jepun.. kadang-kadang kami bermain di dalam kelambu biliknya hingga kerap dimarahi oleh ibu Chiew Yen kerana telah menyemakkan bilik tidur mereka..

Han Ken pula merupakan kawan yg paling rapat dan pelik bagi aku… kami berdua sering memasuki pertandingan bercerita atau apa saja pertandingan yg dianjurkan pihak sekolah.. seperti selalu aku akan iri hati padanya kerana aku tak pernah sekali pun mampu menandinginya dalam merebut johan dalam setip pertandingan yang diadakan.. apabila namanya disebut sebagai Johan, aku tahu naib johan sahaja menjadi milik aku… perkara ini berlaku setiap tahun dan hal ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan kami… masih segar diingatan apabila kami bergaduh dan tidak bertegur sapa antara satu dengan yang lain… setelah diselidiki baru aku ketahui bahawa dia merahkan aku kerana akan berpindah sekolah selepas tamat darjah 5 di SRJKC Yu Chye.. dia menangis keatas kepergianku tetapi aku sedikit pun tidak berasa apa-apa kerana aku sememngnya tidak punya perasaan di alam sekolah rendah.. bagi aku, perjalanan perlu diteruskan tanpa diganggu sebarng pukulan emosi… atau mungkin aku tidak matang lagi…. Hmm… manisnya saat itu, biarpun kami masih di sekolah rendah tetapi persahabatan yang kukuh tidak pernah mengenal bangsa dan agama….

Biar saja ku simpulkan disini bahawa, aku cinta zaman kecil itu..aku sayang persahabatan istimewa yang telah dirempuhi dan aku hargai keunikkan negara kita Malaysia. Hingga kini, apabila terlihat kanak-kanak yang bermain tanpa mengira kaum di pinggir jalan mahupun kampung. Hati ini tercuit rasa haru yang mendamaikan rasa.........lalu, mengapa kini kita masih ingin memasung rasa curiga sesama kita orang dewasa sedangkan pemilik-pemilik hati suci itu tidak pernah mewujud sengketa sesama mereka?

Nuzul Quran


Nuzul Quran, Nuzul dalam behasa arab bererti ''perpindahan dari atas ke bawah'' atau ''turun'' manakala Quran ialah ''bacaan atau himpunan''. Malam di mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan pada tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran beliau atau pada tanggal 6 Ogos 610 M. hmm..titikkk...



Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi. Betapa kaya ilmu kalamullah......

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai petunjuk kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Semoga pendedahan ringkas dapat menerbit rasa di hati lantas membisikkan kata indah ke jiwa lalu menanam sebati padu di sanubari. Amin...... :)

16.9.08

Subuh 16Ramadhan...




Selesai solat subuh..badan yang lesu bertukar segar sekali, seolah tenaga baru menjalar segenap rongga badan...aku berteleku di sudut jendela memandang kegelapan yang kian samar-samar dihimpit rona mentari....haihh...aku benar-benar berada di tengah-tengah ramadhan kali ini... Sayangnya........

''Ayat-ayat Cinta'' ku raih ke sisi menyelak pada muka surat yang terhenti semalam..muka surat 419. Lewat seratus helai lagi langsai bacaan aku...sayangnya.... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini, andai saja bisa dipanjangkan lagi..alagkah bagus sekali! Aku mulai membaca seawal 1 Ramadhan sebagai peneman di kala sepi. Ternyata, aku makin mengkagumi penulisan Habiburrahman El Shirazy. Karyanya mengusap nurani aku yang kontang lantas menyinarkan cahaya tentang betapa indahnya ciptaanNYA..Syukur...

Bacaan ku lanjutkan sekadar-kadarnya, penasaran dalam diri kian membuak namun aku perlu simpan sedikit buat hari besok atau mungkin malam ini. Agar malam-malam ku tidak sepi sekosong jiwa tiada terisi... Selesai 5 helai telahan, novel ku tutup rapat dan disimpan ke sisi kepala katil.. Bacaan yang amat terkesan lantas mengintai air mata ini untuk terus mengalir..betapa siksanya dugaan ditempuh para nabi.. Sedangkan aku yang senang lenang ini masih mengeluh hari-demi hari. Bagaimana pula Nabi Yahya yang kepalanya di penggal semata-mata buat persembahan si pelacur? dasyatnya dugaan tuhan demi menyatakan kasih sayang terhadap hambanya.........biar itu suratan Nabi Yahya, dia tetap redha andai itu takdirnya...kerana dihatinya mengerti dan faham akan kesucian kasih tuhannya kepada hambannya adalah melalui dugaan-dugaan yang menimpa.... Aku teresak dalam kekaguman subuh ini.....

Maka nikmat tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan?
Seakan-akan bidadari itu seperti
permata Yajut dan Marjan...
Maka nikmat tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan?
Tiada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula....

Maafkan kawan.......




Hmm...untuk kali ini, biarlah aku jadikan laman blog ni sebagai tempat aku meluahkan rasa bersalah terhadap seorang teman yang ku kira amat baik dan prihatin tentang diri aku selama aku menjejakkan kaki ke pintu USM ni..

Tempoh telah berlalu dimana kita berselisih faham semalam.. maafkan aku kerana kelancangan mulut aku yang bersuara tanpa memikirkan perasaan di dalam hati itu.. maafkan kerana tewas aku sendiri dengan kesabaran.. pasti syaitan berteriak gembira pabila di bulan mulia masih ada umat manusia yang membuat binasa atau membuat sengketa... Tanpa hasutan sesiapa selain diri sendiri yang membuat onarnya..

Maaf...setelah semusim persahabatan kini aku telah menconteng noda hitam kedalam titian persahabatan kita... hati ini hanya berharap agar enkau dapat memaafkan aku kerana aku yakin insan sebaik engkau takkan perah menyimpan dendam....

Hati ini menangis kesedihan kerana peristiwa semalam..ketahuilah dari sedalam-dalam hati ini aku mohon maaf kepada engkau...

Doaku agar hari esok menjanjikan gemilang cahaya indah yang baru buat kita....amin...


Hukk..hukk...hatie ini takkan tenang tanpa kemaafan ikhlas dari kau......
Percayalah teman.. salam... :'(

9.9.08

Kawan...Teman...Sahabat...




Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan.. Tiada siapa yang bisa memisahkan kita... Atara kita bersama... Seerat simpulan yang tidak terbuka.. Seteguh langit tinggi menongkah dunia.. Kita mengharung badai atas nama... Kasih insan bersaudara....

Hmm..sempena asigment lom datang menghimpit jadual harian aku, teringin lak rasanya aku nk kupas persoalan best ari ni.. And the lucky word is… Friend. Yup, aku nak bercerita pasal kawan, buddy, sahabat, peng yu, member, rakan… or what ever you want to call it... Sepanjang hidup kite ditemani kawan..walaupun destinasi yg kita tuju ialah secara berseorangan sebenarnya..sedar atau tidak, setelah ditiup roh kedalam jasad..titik permulaan hidup kita selepas dilahirkan adalah mendapat kawan. Ibu menjadi kawan pertama kita disusuri bapa dan bercambah kepada saudara adik kakak atau abang..kemudian mendapat kawan di sekolah tadika, teman bermain adalah kawan, mula kenal malu-malu dan selepas tak sampai 3 minit dah dapat berkongsi ais krim sesama. Lepas tu di sekolah rendah, kita berkawan tanpa mengenal warna kulit, kegemaran dan sikap..asalkan terlibat dengan permainan, di cop kawan. Sama-sama jalan kaki ke sekolah dikira kawan. Sama-sama didenda sebab tak siap homework tetap kawan..pokoknya, berkawan tanpa had...seluruh sekolah adalah kawan..pak guard sekolah kawan..tukang kebun kawan..uncle bus pun kawan.. haihh...indahnya saat kanak-kanak kan...

Usia meningkat, masuk sekolah menengah plak.. kawan mulai mengurang. Dah pandai nak nilai orang la katakan, tp yg tersilap nilai selamat menuju jalan sempit dan yang bijak makin menuju kejayaan. Mat rock lepak dengan mat rock..mat ponteng dgn port blakang jambanya, minah surau dengan telekungnya.. dah tentu golongan ni takkan layan geng kutu skolah plak kan..so kawan makin ditapis so makin kurang lah. Selepas alam sekolah berganjak ke alam university bagi yang berjaya dan pekerjaan bagi yang malas blajar masa sekolah. Di sini mula kita meletakkan nilai tertentu bagi seorang kawan. Di alam ini, kawan sebenar-benar kawan boleh dikira dengan jari. tu tak termasuk lagi kawan makan kawan..kawan tikam dari belakang..kawan ketika senang..kawan amik kesempatan...kawan dikala susah atau kawan tawa dalam tangisan.. hah..banyaknya definisi kawan kan.. Di alam ini, kawan kita diri kita, alar bak kata pepatah kita adalah siapa kawan kiat sebenar. Hmm..so sekarang kita nampak siapa yang kawan kita dan siapa kita sebenarnya rite....hahaa...intrestingnyee... :p

Kay..sambungan dari rentetan hidup yang aku ulas dari awal tadi, kita akan meneruskan kehidupan dengan kawan hinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Malangnya, di dalam liang lahad kita akan berseorangan pula. Time tu dah hapus erti kawan selain amalan dan bekalan yang kita bawak masuk kubur. Jadi, nampak kan..kawan ni peneman hidup dikala kita bermusafir di atas bumi sahaja, namun impak yang mampu diberikan oleh seorang yang bergelar kawan hanya tuhan maha mengetahui... dialah mampu pandu kita ke syurga mahupun lobang neraka.. Hakikatnya sebenarnya memanglah bergantung pada diri, tp as human being kita takleh elak dari dipengaruhi dan mempengaruhi...

So aku belum ada masa untuk mengupas isu ni dengan lebih mendalam, jadi cukup setakat ini. Secara amnya, Kita patutnya sedar kawan memang mudah dicari tapi dalam proses memilih kawan kita wajarnya mempertimbangkan beberapa aspek terlebih dahulu. Semoga dengan Cara ini kita akan sentiasa hidup dalam putaran kehidupan dengan baik. Selagi kita bijak menjaga hati kawan, semakin akrablah hubungan terbina, semakin berkawan dalam landasan agama, semakin kita bersama memiliki keberkataNYA. Amin......... :)

Sesegar..hijau daunan begitulah kita diibaratkan..
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita...

Atara kita bersama...

4.9.08

Merdeka...Ramadhan...USM...APEX???



Mushi-mushi!!!

Salam…betapa tak updatenye aku, lansung xde post utk kemerdekaan dan ramadhan.. actly tersangatlah busy dengan kehidupan kampus… Sure sume tahu, USM telah terpilih sabagai university APEX.. http://www.malaysiakini.com/news/89025 mendahului Universiti tertua di Malaysia UM, so banyak konotatif dan denotatif yang dpt kita simpulkan dalam hal ini. Terserahlah, positive atau negatif. Walaubagaimana pun, bak kata pepatah...org memberi kita menerima.... Yeahhh....( bit proud of it la )
Hmm.. so agak-agak sebagai pelajar USM, ape patut kite buat hah.. bagi aku, ini memberikan labih tekanan gak lah coz after diz pasti banyak ‘mata-mata’ yg x lepas pandang terhadap sebarang tindak-tanduk pelajar USM dan sebagainya.. arghh…dulik lah, bila 1 yg naik, sejuta lagi akan berusaha utk pastikan yg 1 tu akan tersungkur sama dengn mereka. Kepada warga USM, selamat berjuang dan teruskan memberi yang terbaik ahaksss!!!!

Aku ada menghadiri Upacara Penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara USM dgn KLEC-Ventures Sdn Bhd. 4 september lalu, mcm biasalah ucapan2 dari Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan orang2 kuat USM diperdengarkan. Aku yg lengkap dengan notebook sampai ke akhir lansung x sempat nk catat apa-apa coz ucapan tu cukup membosankan huhuuu...kadang-kadang aku rasa kertas ucapan tu memang dicopypaste dari akhbar yang aku baca b4. hahaa...mcm dari artikel Malaysiakini.com pun ader gak... Sokay lah, maybe benda berlaku tanpa persediaan. Yelah, sapa mampi terfikir USM mampu menandingi UM hehe... ( bangge skit lagi coz muke aku terfocus jelas dlm Berita tv3 mlm tu..bukan salah aku ehh..aku pun x tgok berita actly, tp ramai gak inform..hehee..adakah ini petanda titik awal aku ke arena kewartawanan TV3 suatu hari nanti...?? Amin...... :p )

K lah, xnk bosankan page nih dengan berbebel hal angkat bakul masuk sendiri.. hmmm..silap, masuk bakul angkat sendiri.. Aku banyak bende nk tulis tapi ntah laa..maybe post mlm ni aku utarakan pendapat aku mengenai APEX vs USM ni...mlm la kay.. tataa...

Banyak gle keje aku minggu ni, beban sbagai Blogger utk kuliah ' penyelidikkan komunikasi '... Sebagai penolong editor radio campus web 'CINR' ... Presentation kuliah Grafik comn slasa nih... & Kuiz utk kuliah isnin nih...waa...kacaubilau bile difikirkan coz aku manusia SPONTAN yg xpernah teringin nk merancang ape pun... follow da flow haha.....

Arigadougozaimashta!!!

2.9.08

Sejarah Youjie ( II )


Di sekolah ini lah aku mengenal kehidupan yg serba-serbi asing bagi aku.. sekolah ini jugalah membuatkan aku berasa pelik dibandingkan dengan anak-anak lain dalam keluarga aku..malah kampung aku sendiri..kelas darjah 1, detik bermulanya survivor hidup aku sendiri..seorang diri..hanya aku sendiri....

Penuh payah aku mengharungi saat asing di kelas paling hujung ini… apabila melihat kanak-kanak lain yg menangis dan sentiasa ditemani ibu bapa sepanjang di kelas… aku berasa tertekan sekali kerana aku hanya sendiri... mama telah meninggalkan aku di awal sessi bermula pelajaran lagi… sebenarnya aku sedikit pun tidak kisah tetapi saat itu aku seakan terkepung dengan permandangan pelik lagi aneh.. saat itu aku keliru sama ada aku perlu menangis atau berasa biasa... tapi aku terus keliru…. Mengapa perlu menangis?? tetapi hakikatnya memang aku amat janggal sekali…MAMA!! Malangnya teriakkan itu hanya bergema di hati.. di sudut hati paling dalam….kerana aku takkan pernah untuk bersuara…

Aku masih bertekad untuk setia disisi kerusi dan bangku kayu usang yg disediakan buat aku.. aku seakan mengerti bahawa aku akan selalu di sini.. tempat aku sendiri dan takkan kemana-mana lagi.. seperti mereka yg lain yg telah mula kekeringan air mata dan mula tersenyum.. malah mereka juga mula melompat dan berkejaran disekeliling bilik petak ini… aku amat pelik dan hairan dengan perubahan secepat itu, malah mendengar pertuturan asing membuatkan aku menjadi lebih janggal… ‘..hye! ni hao maa?..’

Kenangan seperti ini amat segar di ingatan aku… aku tak pernah lupakan detik-detik aneh hidup aku yg memaksa otak ini merumus sesuatu untuk disimpan kekal dalam kotak fikiran… pada waktu yg berkesempatan, akan aku terus mengabadikan saat-saat aneh aku buat tatapan mereka yg sudi membaca…
Kerna aku menulis bukanlah kerna nama...

Setiap pagi aku perlu berjalan kaki untuk ke sekolah yg jaraknya lebih kurang 5oometer dari rumah.. nenek mengejutku bangun seawal 6.30 pagi untuk mandi dan bersiap ke sekolah.. nenek takkan membiarkan aku pergi ke sekolah tanpa mandi terlebih dahulu seperti kawan-kawan sekelasku yang lain.. sering aku kesejukkan hingga menggigil.. akhirnya nenek yang amat menyayangi cucunya ini akan menyediakan ari panas untuk mandianku setiap hari…selepas itu aku dibedakkan dan disisr rambut sehingga kemas malah kadangkala aku dipakaikan baju oleh nenek… bila dikenangkan kembali, aku memang mengada-ngada kan.. tapi aku tak pernah minta untuk dilayan begitu.. nenek terlalu sayangkan aku…maklumlah cucu pertama…

Sarapan pagiku begitu sentimental iaitu secawan kopi ‘o’ pekat dan biskut masin planta… nenek takkan membiarkan aku kelaparan di waktu pagi..seperti selalu sambil menyicah biskut di hadapan pintu, nenek yang setia menemaniku akan tercangak-cangak mencari kelibat anak jiranku yg bergelar “ Ah Uii ”.. aku disarankan untuk kesekolah bersama dia.. walaupun kami jarang berjalan bersama, tetapi aku hanya akan berasa berani ke sekolah dengan mengekorinya dari belakang… perkara yg sama aku lalui hingga darjah 5 sebelum aku berpindah ke rumah baru mama….. (sambung )