30.9.14

Baby menendang!!

Ni gambar perut aku snap sambil baring, giler tak senonohhh......apa pun, nampak tak kebulatan yang terserlah tu?? Hehee..justeru mengubah aku kepada hobi baru..... setiap malam aku dan suami akan main baby!!!!

Hahaha....alhamdulillah, kuasaMu ya Allah.... kami berdua enjoy bermain-main dengan baby dalam tummy. Active sangat baby ibu ni. Pantang ok..pantang dengar suara ayah dia....terus mengelinjat. Apakah bahasa itu abaikan, tapi aku tahu korang fahammm....

Baby selalu gerak dalam jam 6am TEPAT. Kejut subuh namanya...dia akan menendang-nendang selagi ibu tak bangun...jangan harap penderitaan akan berakhir. Sakan kau nak.... kemudian, jam 12 tengahari dia kembali aktif....kendian jam 4-5-6 memang timing dia dok minta ibu melayan dia. Harap maaf ibu time tu sibuk...main lah kau nak sensorang....

Malamnya...jam 8malam dia akan pusing-pusing dalam perut. Kemudian jam 10tepat..dan jan 12 malam tepat.. Ohmai....kalaulah itu memang waktu aktif dia bila keluar nanti, ibu dan ayah terpaksa bersengkang mata nak..... aku dan suami dah plan-plan nak ubah timing aktif budak ni. Tapi tulah.....last-last dalam takmau layan baby, hati tak kesampaian....mana boleh tengok perut senget-senget sensorang, confirm si ayah akan datang tepuk-tepuk atau gomol-gomol....amboii anak ayah ke  tewww....

Mulai jam 12 malam, dia akan selang beberapa jam menendang lagi...sampai pagi. Kadang-kadang tidur aku memang tak jerap melayan baby..tepuk-tepuk usap-usap. Cayang ibu kuat minta perhatian ni nak kena niiii....

Apa pun, aku rasa keindahan yang tidak berbelah bahagi saat ini....seronok rasa baby pusing dalam perut...seronok rasa baby ketuk-ketuk. Kadang-kadang, aku pun terkejut sensorang bila dia kasi flyingKick... leh tahan gengster anak ibu macam ibu :P

Terima kasih Allah, anugerah ini tidak terhingga buatku...
Biarlah kurang itu ini, tapi hadiah tidak ternilai ini melebihi segala-galanya melebihi isi langit dan bumi......

Semoga anak ibu menjadi insan yang mendirikan solat 5 waktu.
Semoga ayah dan ibu bisa memberi kasih sayang seutuhnya buat kamu.
Semoga keluarga kecil kita dibawah lembayung baraqah tuhan nan satu.

Amin... :)

25.9.14

Rindu

r..
i..

n...
d..
u..

19.9.14

Entry aku yang menggelabah~

Semenjak dua menjak ni, semenjak baby dah makin besar... tarikh due pun dah makin dekat. Aku sedikit sebanyak merasa kegelabahan yang tidak terkawal. Tapi dari luar orang tengok aku rileks ja. Hakikatnya NO!! ok...kepala otak 360 darjah fikir...wut shud i doo...wut shud i plan...wut shud i do next next ... aih~

Kehidupan seperti biasa, menggelabah...
Sekarang ni, aku buat banyak benda 1 masa AS USUAL foine!

..balik kerja kalau kudrat larat. Aku menjahit order yang tidak henti Alhamdulillah... Kalau ada pengantin nak berinai...aku cargas ke lokasi. Kalau ada buyer nak view rumah...aku kena stanby. Pheww....aku penat, suami pun penat sebab jadi driver aku sebab aku tak ada transport. Uwa....!!

Masa berehat kami..limited sangat...Balik kerja dua-dua FLATTT! Oh...tidak!! Kemudian aku terfikir..kalau ada baby macamana pula hah?? Aku tengok di FB, BLOG, kawan2 dan kenalan..ramai yang suri rumahtangga yang bekerja dari rumah... how awesome kan..........tapi...........mungkin record aku sebelum ni tak berapa nak cantik. Maka aku tidak dibenarkan berniaga on9 sahaja...hahahaa..ok foine aku memang tak berdisiplin, dan sedikit sebanyak aku dah makin disiplin bila aku bekerja. Tapi aku cepat penat dan tertekan. T___T Kadang-kadang, aku terfikir..kalau aku kerja dari rumah aku lebih jimat :

- Jimat tenaga
- Jimat masa
- Jimat minyak kereta suami
- Jimat belanja harian
- Jimatttt....boleh masak, uruskan diri, anak dan suami. **matakeatas

Entah la.......
Entah la.......

Adakah bulan depan aku masih mampu bekerja dengan baby 7 bulan?
Adakah bulan depan-depan aku mampu menjahit dan buat semua yang aku buat sekarang?
Adakah lepas ada baby ni...aku boleh bekerja 3in1 seperti sekarang?

Omai..omai....
Aku tidak hingin anak aku kekurangan kasih sayang seperti aku...hahaha!!
Aku pun tidak hingin anak aku terabai dan kurang perhatian....

OkbYe!!
Terima kasih kerana membaca bebelan sampah ini, sekian...ASSALAM!!

 






 



17.9.14

Buah hati ibu kuci-kuci!!

 Sebelum ni, boleh on lappy letak atas perut, sandaq di katil. Sekarang dah kena adjust atas paha sana.  Perut dah membesar...hehe...baby aku bukan main dia membesar dengan pantas....jadi today ibu nak mengenang-ngenang tumbesaran baby ibu kejap. 

  Cak!! Ni baby ibu masa usianya 5 minggu. Genap 5 minggu ibu dan ayah bernikah. Allah yang maha pemurah dan maha mendengar doa setiap hambanya menganugerahkan sebuah hadiah yang tidak terhingga. Ibu selalu doa nak baby.... see.... kuci-kuci dah ada dalam worm. Tak sempat ibu pergi honeymoon....rupanya dia nak honeymoon sekali!!

Aku sendiri yang dapat detect somethin happen dengan badan
 aku selepas 1 bulan kahwin. Ada suatu pagi...aku terasa kulit badan dan muka aku glowy sangat, rambut pun macam lembut dan silky. Ada dalam seminggu aku rasa aku lawa..haha... lepas tu aku kuat tidoq. Tidoq-tidoq...dan lepas tu bulan tak datang-datang.

TIK!!! Dalam hati...''...ada baby kah dalam perut ??? ''
Paling gelabah adalah suami...hahaha 3 kali check occay... moment tahu ada baby dalam perut, aku menggelatar dan menangis. Tah sebab apa....takut ada, suka ada..terkejut ada....syukur, risau...etc.


Ni baby ibu semasa usia 2 bulan... dah nampak cetotetnya... bentuk badan, ada tangan kaki dan kepala. Tecikkk...dan sempurna. Masa 1st trimister...suffer hanya tuhan yang tahu. Tapi ibu kuat...ayah pun redha aje dengan ibu. Ibu tak ada alahan pun alhamdulillah..malah ibu kuat kerja. Ibu kuat masak sebab tak suka makan luar...suka buah dan ibu tak suka makan jeruk. Good baby good...healthy tubuh badan baby. Baby suka kismis....ibu makan banyakk kismis masa tu... Perut tak nampak ape pun....boleh pakai jeans ketat lagi. Ops....

Tara!!! Semalam...baby ibu dah 17cm panjang masyallah kuasaMu. Baby dah nak masuk 6 bulan. Baby dah sempurna sifat. Ibu nampak tangan..jari...lengan, kaki, betis...tulang rusuk..kepala...batang hidung.... ini kali pertama ayah tengok baby direct, sebelum ni ayah tak berani masuk. Jadi memang lah ayah kamu blur nak cam...apakejadahnya di screen tu...kelakar occay....haha

Kepala baby ke bawah, kaki baby di atas ... berat baby 900gram hamik kau. Patutla ibu kne marah doc sebab berat naik 60kg...baby la ni eaaa...hehee seronok betul membelek gambar baby tidur. Tak sabar tunggu baby keluar....

Today, ibu mc... seiap minggu kena check darah sebab rendah sangat. Alhamdulillah....dah ok balik. Bukan apa....ibu kamu ni malas makan ubat doktor... hiikhik...

Sekian, update pic baby ibu...
Hero ka Heroin....syhhh....biarlah rahsia lagi naaaa.....


Cekidout!!!!

12.9.14

Happy Birthday my other half Hazlami!!


Sebagai seorang yang mempunyai daya sentimental value yang tinggi, kedatangan hari lahir pasangan adalah sesuatu yang sangatlahh sesuatu. Ehem..jadi pada tanggal 5 September, aku mencuri masa dan membuat misi rahsia. Iaitu carik hadiah birthday encik suami!!

Memang dah kena warning awal-awal jangan bazir wang, sebab tak lama lagi dah nak timang cahaya mata kanz... tapi, mana hati tertahan...kita boleh adjust sambutan birthday kepada yang menjimatkan wang yet sweet. Sweet kah?

Aku nak hadiahkan jam, tapi last year dah hadiahkan jam. Nak hadiahkan kasut...kasut dia dah berlambak. Nak hadiahkan PS3 tak mampu haha...kang kalau aku bagi game, siapa nak layan aku di rumah kan... tak adil tak adil. Jadi kita hadiah sesuatu yang bakal boleh disimpan hingga akhir hayat.

Selepas diservey-servey dari satu kedai ke kedai yang lain. Akhirnya aku berjaya menjumpai kedai yang menawarkan harga terbaik. Bekas baldu menjadi milikku. Dengan harapan membunga. Masuk kedai hadiah beli wrap ..kotak..dan anak patung tikuih!! Hik hik...tak dilupai kad!! Kad adalah wajib kerana disitu boleh aku coret 1001 ayat bicara indah ungkapan sayang kepada suami... hiks!

Malamnya, dengan lembik lemah longlai seharian bekerja... aku terus wish tanggal 12 malam. Hehe...cambiaseeeerrr...laki kalau tak buat cool tak laki arr! Jangan la nak mengharap dia buat muka comey ka muka terharu ka...macam tu la muka dia, tersipu-sipu....



 Tada!!!! Ini kek coklat yang aku buat... KitKat...Snack...Tobleron...Strawberry.
Lepas makan sugar rush.... ingat lagi, aku bagun pagi mengamuk-mengamuk sebab suami asyik main Candy Crush. Dan aku lupa duduki Online Exam Pegawai kastam... nangisssss iols ok!!! 

Lepas dah tak nangis tu kite masak kek larh!!!

 
Ni semalam, lepas dia balik dari meeting di Kl. Sebelum hantar keluarga mertua ke Haji juga, menunaikan rukun Islam ke-5. Sempat main potong kek birthday Giant RM10.00.... muka aku muka orang kena tinggal 1 hari adalah disaster habes...

Tangan iols memang urat dawai tulang besi kanz.

Sekian!! 

Happy birthday cecayang ku!!! luv you till end of my life.... muakss!!!!

10.9.14

Monolog luaran vs bebel dalaman?

I lost myself. Haha...wadda intro konon dramatik!
I miss the old me....but i dun wanna lost people around me currently..

Rindu kawan-kawan, persahabatan dan 'carefree me' hahaha....asyik nak gelakkk jer..
Sekarang tanggungjawab makin membesar, aku takut aku terjelepuk sebelum lulus ke garisan penghabisan sebuah perjuangan..... tapi as usual, aku mesti boleh aje!! ^_^

Takut jugak la sesikit. Tsk...

Aku dah ada pelindung ... aku dah miliki cinta agung dan aku dah ada tujuan menuju syurga terulung. Syukur alhamdulillah...... :') Pun bakal ada zuriat ....yang selalu jadi peneman bila aku bosan jeee...confirm kena terajang.... comel anak ibu nak main sakat-sakat perasaan ibu eaa...tunggu lah kau nak~

Sekarang ni, baby dah 5 bulan membesar di dalam rahim ini, macam tak percaya lansung. Tapi memang hakikatnya..aku dah 60kg. Gulps.... tak kisahlah, walaupun ai 60kg, size seluar kecik masih sama occay...takde masalah!! tetiba difensive. Lastweek shopping baju mengandung. Jangan harap la nak beli baju ngandung...ai beli baju besar sahaja di 1st Lady... nextmonth kita beli lagi yang lagi besar memandangkan keadaan perut yang naik lajuuuu giler.... laju giler budak tecik nih membesar.... bagus bagus!! asalkan cukup nak keluar..kang kalau keluar kot tingkap naya ibu kena belah... yer nak...kawal2 pemakanan tu sikit. hemm...

Lately aku banyak berfikir, kekadang masa tidur pun berfikir...otak takboleh stop. Kalau tak berfikir...aku mengira dalam tidur. Tahu ke mengira apa? Aku kira financial client aku lah...kekadang kira nak markUp berapa sesebuah property. GILA. Bila tersedar dari tidur...aku rasa otak aku penat sangat. Lepas tu...tidur aku yang selepasnya memang tak kualiti. Kemudian bangun pergi kerja... LUNYAI..

Anyway...jual rumah adalah seronok!! Tapi kadang-kadang sakit jantung.
Nak cerita banyak fasal property ni, tapi aku busy..... tapi nak cerita. Tahla....

Anyway...doakan aku dan baby sihat selamanya.










28.8.14

Rania Marketing vs Personal Loan?



Ehem..ehem.... bismillah.
Ni partime business ai dan suami, kami memang aktif dun worry. Tapi malas nak update setiap perkembangan sebab memang tak sempat. Mana nak jual rumahnya aku ni..mana nak jadi mak andam menginai pengantin lagi..haha menjahit order lagi.. maafkanlah ketamakkan diri. Cukup 40tahun aku pencen la...melancong kesana-kesini acea.....

Kami mendapat banyak panggilan berbaur begini :

'' Assalam...saya nak tahu pakej Rania yang boleh dapat Loan 50k tu macam mana nak apply yer? ''

''..helo..boleh saya tahu details personal loan pakej RM1150 tu bagaimana dan bank apa? ''

''.. saya nak buat loan tapi tak lepas, kalau ambil pakej Rania Marketing ni agak-agak boleh bantu saya untuk lepas buat personal loan tak? ''

Ohmaigoddd......???? Loan???
Kami seperti kaunter pertanyaan, LOAN LOAN LOAN. Oh sedihnya...orang kita mamang kaki personal loan kihkih.... Loan tu lebih menarik perhatian depa dari BERUSAHA!!!

FYI
Rania Marketing TIDAK PERNAH menawarkan apa-apa pakej BUAT PERSONAL LOAN. Harap maklum. Kami tidak suka orang yang nak start buat bisnez mesti buat LOAN PERSONAL. No no no nooo..... dan informasi LOAN & Rania Marketing tu semua SPAM. Kalau uols kenal sesiapa yang offer camtu...pakej Loan Loan nih, haa..... cecepat call i boleh? Kami nak cari juga....siapa gerangan pembawa harapan tu.... kemalasan namanya. Kalau nak berjaya usaha la.......slow pun tidak mengapa ma...




Macam ai, ai bekerja dan berniaga. Ok ambil kesempatan di entry sendiri boleh? 

1- Kepada yang ingin membeli rumah SUBSALE dengan harga bawah market value.
Boleh contact ai di : 0111-0642303 ( Erin )

Kami menawarkan SKIM 0% Deposit kepada yang ingin memiliki rumah dengan syarat, ada KWSP dan tidak berhasrat menggunakan Goverment Loan. Call ai dan bagitaula nak rumah mana-mana dan budget berapa-berapa... ai ni consultant pekak aje...nak bantu-bantu uols miliki rumah sendiri.....semua urusan jual beli ai setelkan. Nak jual rumah pun ai boleh jualkan insyallah.

2- Kepada yang mencari pengukir inai, tukang berinai pengantin boleh contact ai di fanpage sila LIKE FANPAGE ----> ( CLICK ) JONG JONG INAI .

3- Kepada pencinta Felt Produk sila LIKE ---> Artsy Suzie Collections!!
Nka tahu apa, tengok sendiri malas nak update, sakit belakang nak kemas barang balik!!

Kbye!!

INGATTT......
Rania Marketing TIDAK PERNAH MENAWARKAN APA-APA PERSONAL LOAN NO NO NO!!!!!

Like RANIA MARKETING FAPAGE NI ------> RMGroup ( click )



CONTACT PERSON : Hazlami : 017-6035556


Masih belum terlambatkah?

" Masih belum terlambatkah membina kerjaya? Dah tua...dah 27tahun dah .... baru nak nampak sesuatu. Sedangkan orang lain dah terbang tinggi... aku masih meraba di kaki bumi. Hmm...... leks leks..

Cakap tentang kerja ...bulan ni alhamdulillah, setelah 2 bulan bekerja..aku dapat jual 2 biji rumah, area Sungai Petani dan Pangsapuri Sutera di Seberang jaya. Murah ok...kalau bukan disebabkan aku ni tak ada gaji tetap sebab menganggur ..memang aku dah rembat buat invest.. T___T'. Pangsapuri low medium cost terjual dengan hanya 87K, bawah market value pula tu... Value sana 100K occay...  3 bilik...di zaman sekarang..mana nak carik bawah 100K 3 bilik? Permintaan sewa rumah di seberang memang tak payah fikir 2 3 kali. Sekali publish ' rumah untuk disewa' maka setahun la suffer jawab phone...ramai bebudak Poli, Uitm dok mencari bilik... Loan rumah buyer aku, bulanan dalam RM500 sahaja.. kalau sewakan bulanan RM500 dah setel hidup. Kalau nak untung... 1 bilik RM200...3 bilik RM600, dah ada profit disitu.... agak-agak lagi 5-10 tahun..jual!! Beli rumah besar lagi... Hartanah Penang...boleh naik 3 -10 % setahun. Gileeeee...

Sesak nafas bila lepas type, baca balik ayat sendiri...fuh fuhh..

Lagi 1 kes, rumah Taman Sri Bayu Sungai Petani. Ni memang 100% kami berhubung melalui wassap dalam proses jual beli. Hahaha.... buyer aku KL, rumah tak tengok..aku pun call owner dengan phone... tak tengoK rumah juga sebab owner bagi gambar sahajaa... document pakai faks. Tandatangan Loan Offer dan S&P melalui pos.. mengagumkan tak? Last-last proceed!!! Alhamdulillah....mendapat kepercayaan adalah sesuatu yang tak ternilai...mengkhianati kepercayaan adalah besar pembalasan dosanya...rasalaaa...

Sekarang ni, hUjung bulan boleh bernafas lega....focus untuk nest month punya target.. fuh..fuh...aku semangat la juga, tapi kena jaga kesihatan aku jugek dan baby ni...kang aku penat, dia penat acener.... so far, aku tahu anak sulung aku ni very the strong!!! Boi ke girl kita tengok minggu depan ye....weuuuu....exciting!!!

And dalam dalam masa terdekat akan ada lagi 2 biji rumah cash buyer...area Sungai Dua dan Batu Feringghi. dan 1 biji untuk buat proses sahaja area Sungai Petani!! dan beberapa yang menyusur....dengar macam meletops sangat!! Tapi masalahnya aku bukan agent hartanah berlesen tu... aku bekerja di bawah agency. Beberapa sangatlah $$ nyer...Tak mengapa...kata orang...ambil pengalaman dan buat contact... insyallah lepas deliver baby, aku akan duduk peperiksaan real estate...baru dok servey-servey company mana yang ok. Tak kisahlah....di Penang memang susah sikit...didominasi oleh Cha Ya Nun Alif..tapi takpa... kelau boleh tembus pasaran mereka....bukan ka Fa Chai! Fa Chai!!? semangat taklehblah pepagi +__+

Suatu ketika dulu, aceaa...zaman belajaraku ada kenal dengan seorang yang memang dalam bidang ni. Dia bos dalam 1 company valuer..dalam kesedihan aku yang dah ada digree tapi tak tahu arah hidup. Aku selalu on9. Jadi aku kekadang chatting. Brother ni suggest aku masuk real estate, katanya..aku ada ptensi, pui... masa tu aku tertekan, tak boleh kerja dan tak tahu arah..aku menangis, kurung diri dalam bilik dan dunia aku hanya internet...gile bapak bosan. Tu zaman sebelum aku jumpa dengan Artsy Suzie aku lah... ada hikmah tu....

Aku dicadangkan ambil exam, pi training, belajar property.. kalau masa tu aku 'cekang' ..kalau masa tu aku ikut cakap brother tu..taktahu camner sekarang seorang aku. Aceaa...tapi Allah maha mengetahui dan maha mengatur segala sesuatu yang terbaik untuk hambanya..

Dalam masa sama, aku harap aku dapat interview untuk Pengawai Penerangan dan Pegawai Kastam yang bakal aku duduki peperiksaannya sabtu ni. Fuh...camnilah baru nak mula hidup, orang dah buat benda camni 2 3 tahun dulu.....takpe-takpe, janji aku dah kawen. ehh???

Oklah...selesai update untuk motivate diri, nak bersia-siap pergi kerja. Nun jauh di Tanjung Tokong. Doa aku..agar tak bertembung lagi dengan eks wai zek hari ni..hahha kbye!!

Selfie time!!!

Sila MUNTAH!!!

22.8.14

21 Minggu bersama ibu.

Lastweek, kali ke-2 ibu muntah sepanjang hamil... Kali pertama masa bulan puasa, muntah tu sebab makan pedas dengan minum fresh orange. Rasanya anak ibu tak suka pedas dan masam. Pantang makan masam..atau pedas, confirm die meragam.... bagus anak ibu, kalau ikutkan pe'el ibu... memang mengketedarah cabai dan jeruk aje.... alhamdulillah...sepanjang kehamilan, ibu tak suka lansung jeruk... tak suka pedas juga...ibu hanya suka sayur, buah, nasi panas, masakkan rumah dan SEAFOOD!! nyummm.... pandai anak ibu dari dalam perut dan educate pemakanan ibu... teamwork!! :P

Lastmonth checkup, doc pesan 3 September nanti datang ambil 2 injection 'kancing gigi' sebab anak ibu dah start gerak-gerak. Hmm...baby memang suka gerak ikut time, subuh...jam6 petang and tengah malam. Tapi lately kenapa tak gerak sangat...ibu risau to the max. Sebelum tidur ayah selalu borak dengan baby suruh gerak-gerak ayah nak rasa. Tapi kalau baby gerak, ibu bagitau ayah..ayah selalu pun tak dapat rasa juga..hikhik...biarkan dieeee.......  baby kan kecil lagi, hanya ibu boleh rasa buat masa sekarang kan kan... cakap pada ayah.rilex brother brother rilekkk.. hikhik

Minggu ni ibu jarang mengaji, kesian baby... ibu penat..kekadang sibuk di dapur. Insyallah minggu depan kita intensive mengaji balik naa... dah nak masuk juz 8 sejak baby dalam rahim ibu. Alhamdulillah...agak-agak mampu tak habiskan 30 juzuk eah... insyallah la baby, ibu cuba.... doa ibu, baby jadi anak yang tidak tinggal solat... dan selalu tenang..dalam membuat keputusan, dalam menghadapi cabaran kehidupan...dan yang paling penting menjadi hambaNya yang taat.. Janji tau sayang....

Sekarang, ibu suka makan pisang...ibu suka makan jagung...rambutan apatah lagi. Jambu batu pun..alahai macam-macam. Kesian ayah ikut kehendak ibu. Ibu harap baby tak minta bebukan yer..taknak kijang putih ke tupai hutan ke ayam terbang ke taknak-taknak...

Bila ibu baring, dapat rasa...baby gerak sikit...seronoknya perasaan itu. Ibu tak kisah sakit pinggan. Walaupun bila ibu berjalan..ibu rasa tulang belakang macam meregang. tak mengapa..ibu tahu badan tengah mengembang ikut kesesuaian tumbesaran baby. Kadang-kadang, takut baby sempit... kekadang tengah malam ibu sakit belakang, sakit bahu macam-macam...mujur ada ayah yang selalu akan bangun untuk sapukan minyak yu-yi .. sedap rasa lepas tu, terus ibu tidur sampai subuh.

Kesian ayah...kadang-kadang tak cukup tidur melayan kerenah ibu. Kuat merengek dan menangis. Baby nanti takmo macam tu naa...kena jadi anak yang kuat dan strong. Baby sulung kan... kasi can ibu dan ayah tidur tau tau.. peace!

Umm..takat ni jelah, nak cerita tentang baby... minggu depan insyallah ibu n ayah nak jenguk baby. Dah 2 bulan tak scan baby..nak tahu baby ni boy ke girl. Hihi..ibu tak kisah mana-mana asalkan sihat sempurna..jumpa minggu depan yer sayang...

mwah mwah....cayang cayang cayang~



Baby dah besar yeay!!


20.8.14

RANIA MARKETING BUSINESS PREVIEW


Mencari peluang perniagaan? Nak berurusan niaga dengan selebriti dan golongan profesional dan mencari pengalaman dunia perniagaan sebenar?

RANIA MARKETING BUSINESS PREVIEW
23/08/2014 (8-10pm) di Emerald Puteri,Sungai Petani.
24/08/2014 (2-
5pm) di Vistana,Pulau Pinang.
PERCUMA!!


PM suzie untuk keterangan lanjut!!
( Kite dah join, siapa nak ikut sekali jum la.. )

017-6035556  - Hazlami ( suami ku )
Youjie : 0111-0642303 ( aku )