12.9.14

Happy Birthday my other half Hazlami!!


Sebagai seorang yang mempunyai daya sentimental value yang tinggi, kedatangan hari lahir pasangan adalah sesuatu yang sangatlahh sesuatu. Ehem..jadi pada tanggal 5 September, aku mencuri masa dan membuat misi rahsia. Iaitu carik hadiah birthday encik suami!!

Memang dah kena warning awal-awal jangan bazir wang, sebab tak lama lagi dah nak timang cahaya mata kanz... tapi, mana hati tertahan...kita boleh adjust sambutan birthday kepada yang menjimatkan wang yet sweet. Sweet kah?

Aku nak hadiahkan jam, tapi last year dah hadiahkan jam. Nak hadiahkan kasut...kasut dia dah berlambak. Nak hadiahkan PS3 tak mampu haha...kang kalau aku bagi game, siapa nak layan aku di rumah kan... tak adil tak adil. Jadi kita hadiah sesuatu yang bakal boleh disimpan hingga akhir hayat.

Selepas diservey-servey dari satu kedai ke kedai yang lain. Akhirnya aku berjaya menjumpai kedai yang menawarkan harga terbaik. Bekas baldu menjadi milikku. Dengan harapan membunga. Masuk kedai hadiah beli wrap ..kotak..dan anak patung tikuih!! Hik hik...tak dilupai kad!! Kad adalah wajib kerana disitu boleh aku coret 1001 ayat bicara indah ungkapan sayang kepada suami... hiks!

Malamnya, dengan lembik lemah longlai seharian bekerja... aku terus wish tanggal 12 malam. Hehe...cambiaseeeerrr...laki kalau tak buat cool tak laki arr! Jangan la nak mengharap dia buat muka comey ka muka terharu ka...macam tu la muka dia, tersipu-sipu....



 Tada!!!! Ini kek coklat yang aku buat... KitKat...Snack...Tobleron...Strawberry.
Lepas makan sugar rush.... ingat lagi, aku bagun pagi mengamuk-mengamuk sebab suami asyik main Candy Crush. Dan aku lupa duduki Online Exam Pegawai kastam... nangisssss iols ok!!! 

Lepas dah tak nangis tu kite masak kek larh!!!

 
Ni semalam, lepas dia balik dari meeting di Kl. Sebelum hantar keluarga mertua ke Haji juga, menunaikan rukun Islam ke-5. Sempat main potong kek birthday Giant RM10.00.... muka aku muka orang kena tinggal 1 hari adalah disaster habes...

Tangan iols memang urat dawai tulang besi kanz.

Sekian!! 

Happy birthday cecayang ku!!! luv you till end of my life.... muakss!!!!

No comments: