10.9.14

Monolog luaran vs bebel dalaman?

I lost myself. Haha...wadda intro konon dramatik!
I miss the old me....but i dun wanna lost people around me currently..

Rindu kawan-kawan, persahabatan dan 'carefree me' hahaha....asyik nak gelakkk jer..
Sekarang tanggungjawab makin membesar, aku takut aku terjelepuk sebelum lulus ke garisan penghabisan sebuah perjuangan..... tapi as usual, aku mesti boleh aje!! ^_^

Takut jugak la sesikit. Tsk...

Aku dah ada pelindung ... aku dah miliki cinta agung dan aku dah ada tujuan menuju syurga terulung. Syukur alhamdulillah...... :') Pun bakal ada zuriat ....yang selalu jadi peneman bila aku bosan jeee...confirm kena terajang.... comel anak ibu nak main sakat-sakat perasaan ibu eaa...tunggu lah kau nak~

Sekarang ni, baby dah 5 bulan membesar di dalam rahim ini, macam tak percaya lansung. Tapi memang hakikatnya..aku dah 60kg. Gulps.... tak kisahlah, walaupun ai 60kg, size seluar kecik masih sama occay...takde masalah!! tetiba difensive. Lastweek shopping baju mengandung. Jangan harap la nak beli baju ngandung...ai beli baju besar sahaja di 1st Lady... nextmonth kita beli lagi yang lagi besar memandangkan keadaan perut yang naik lajuuuu giler.... laju giler budak tecik nih membesar.... bagus bagus!! asalkan cukup nak keluar..kang kalau keluar kot tingkap naya ibu kena belah... yer nak...kawal2 pemakanan tu sikit. hemm...

Lately aku banyak berfikir, kekadang masa tidur pun berfikir...otak takboleh stop. Kalau tak berfikir...aku mengira dalam tidur. Tahu ke mengira apa? Aku kira financial client aku lah...kekadang kira nak markUp berapa sesebuah property. GILA. Bila tersedar dari tidur...aku rasa otak aku penat sangat. Lepas tu...tidur aku yang selepasnya memang tak kualiti. Kemudian bangun pergi kerja... LUNYAI..

Anyway...jual rumah adalah seronok!! Tapi kadang-kadang sakit jantung.
Nak cerita banyak fasal property ni, tapi aku busy..... tapi nak cerita. Tahla....

Anyway...doakan aku dan baby sihat selamanya.










No comments: