23.6.14

Bye bye 1st trimister ^_^

     1ST TRIMISTER dah berakhir, leganya rasa dihati.. maka sakit-sakit belakang dah kurang. TAKDELAKURANGSANGATPUN tapi kira ok lah boleh buat banyak kerja balik dah. Mual hanya sekiranya aku duduk dalam kereta, perut berangin masih seperti biasa, selera tak ada masih sama...size badan pun sama.... size perut juz ada congek sikittttt aje.... aih, kekadang tak sabar tengok dia membulat....felling2 gitew.. Tapi dah mula sindrom nak muntah kalau makan banyak...tapi so far belum termuntah lagi...  inilah rintangan seorang ibu yang mengandung rupanya, insaf.

Sekarang ni, aku kuat emo. Taktaw pasepa...kena marah sikit aku dah menangis di dalam hati...dalam hati takleh tahan tu haha... kemudian aku try la pujuk hati, 'ko tu ngandung tak payah nak emo sangat...buruk! ko tu emo tak tentu arah tu sebab ko gandung bukan apa pun..' memacam laaaarr..lepas rasa ok, terus rasa kelakar emo sensorang.. Tapi apa kesah, aku emos sensorang tak nyusahkan sesapa kan kan kanzz...

Tapi, actually aku tengah emo la jugaks... huks!
Aku cam rasa, dah tua..apa pun tak ada... waaaa...apa pun takda weiz apa pun takda.. lepas tu, dah tua..tapi tak ada pengalaman macam orang lain...merantau ? jauhhh benorrr...bekerja pun idok...pengalaman bercinta meriah la, bullshit gile rasa.... apa yang aku buat dalam hidup, dah turn 27 baru nak start hidup di alam nyata..baru planning2 beli itu ini..baru planning kerja itu ini... aish aish...bukan tak bersyukur, juz rasa sedikit loser haha... 

Well...kadang-kadang, aku sangatlah sedar akan dugaan-dugaan yang sedang menimpa aku ini adalah satu kifarah dariNya yang amatlah menyayangi aku. Aku juga lebih dari faham yang setiap dugaan hanya hadir kepada insan yang mampu dan yang Dia kasihkan... aku sewajarnya bersyukur.... aku telah memiliki dan dimiliki, aku bakal memiliki zuriat sendiri juga yang aku idam dari dulu lagi... aku bakal menjadi ibu kepada seorang khalifah...dan tugas aku sekarang ialah menjadi sebaik-baik insan.

#comfirmkenabahancakapcamgini

Saat ini, aku selalu mencuba menjadi sebaik-baik isteri.. walaupun aku seorang isteri yang selalu failed. Bab cuai...cuai..bab masak tak berapa nak teror, bab mengemas failed..bab menguruskan itu ini..haha failed!! Asyiklah terasa gagal....tapi takpa, aku akan terus cuba lagi...akan sentiasa mencuba menjadi isteri terbaik dan ibu terbilang cewah, dan aku harap aku tak alah sangat.. +__+' aku selalu doa badan kuat menguruskan semua urusan rumahtangga...tolong la...tolong la badan jangan selalu penat dan tercungap-cungap... +___+'

Ok sampai disini nak luahkan, aku youjie yang dulu bukanlah yang sekarang..
Dulu mengada-ngada dan manja segala..sekarang dah matang dan berpijak di dunia nyata..

^_^ Peace~


Kutta Lagoon Bali

17.6.14

Rebut peluang bersama RANIA MARKETING!

Bismillah dan selamat pagi, Alhamdulillah beberapa artis tanah air telah yakin dan percaya dengan produk Rania Marketing.. RM tidak  embeli mereka untuk menjadi duta atau untuk menjual nama, ini merukan inisiatif mereka sendiri diatas kesedaran-kesedaran tentang produk bermutu kami dan tentang PLAN Marketing kami yang mantap.

Anda bila lagi?

Hubungi saya : 017-6035556
Atau email : cik.azrin@gmail.com

Jum, ubah hidup anda dengan menjadi distributor produk hebat! :)

LIKE FANPAGE : RMG 

16.6.14


PRODUK RANIA Marketing

RANIA MARKETING TIDAK HARAM :
SUMBER : BLOG LAMAN SOAL JAWAB AGAMA :
Sesetengah MLM memang mhttp://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/benarkah-semua-mlm-haram.html

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh pembaca ikuti di laman E-Fatwa JAKIM. Dinyatakan dalam fatwa tersebut; Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam 

 (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-sistem-jualan-langsung-mlm-menurut-islam).

Mengenai Fatwa Arab Saudi disini --> http://iklanblog-percuma.blogspot.com/2011/11/hukum-skim-piramid-atau-mlm-adalah.html

jika direnungi fatwa tersebut ayat demi ayat, kita akan mendapati ia merujuk kepada Money Game. 
Di antara kenyataan yang ada dalam fatwa tersebut ialahTujuan sebenar dari bisnes seperti itu (yakni MLM) adalah memperoleh komisyen/bonus (semata-mata), bukan produk .

Kenyataan fatwa ini jika dirujuk kepada perniagaan HPA (CONTOH) ia tidak berlaku. Perniagaan HPA memang bertujuan untuk penjualan produk (dengan menggunakan MLM sebagai mekanisme pemasarannya). Kewujudan produk dalam MLM HPA merupakan realiti, bukan gimik semata-mata. Hingga saat ini, jumlah produk HPA telah melebihi 500 produk (di Malaysia) dan 45 produk (di Indonesia). Bonus yang diperoleh berkadaran dengan jumlah penjualan yang dibuat baik jualan individu dan juga kumpulan. Persen bonus mengikuti peranan masing-masing berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Aqad al-Ju’alah.

Hakikat yang sama saya temui dalam beberapa MLM yang lain, antaranya Storm Readers (yang diasaskan oleh sahabat saya Ustaz Dr. Zahazan dan disemak plan pemasarannya oleh Ustaz Zaharuddin) yang menjalankan perniagaan buku dan bahan bacaan. Sememangnya penjualan produk  berlaku dan komisyen/bonus datang dari hasil penjualan tersebut iaitu dari keuntungan yang dikongsi bersama antara syarikat dan para pengedarnya.

so..

RANIA MARKETING JUGA Menggunakan MLM sebagai MEKANISME permasaranya. Kerana seperti yang pernah saya sebut, MLM adalah cara terbaik, terpantas dan terkompeten untuk memasarkan sesuatu produk. Dan sekiranya sesebuah peroduk itu ternyata berkualiti dan sangat bagus..sangat-sangat bagus seperti produk kami. Maka, mengapa harus dijual secara konvesional yang memberi keuntungan kepada 1 pihak sahaja? Dato' Suhaimy ( owner ) nak mengkayakan ramai orang melayu...niat beliau untuk bersama-sama melahirkan usahawan-usahawan bumiputra melalui plan perniagaan dan produk bermutu beliau. Jadi dimana harus dijatuhkan hukum haram terhadap MLM RANIA MARKETING?

Bermutu la sangat?
Bagus la sangat?
Orang nak jual produk mestilah puji melambung produk sendiri pui!

Berikut sedikit sebanyak tentang produk Rania :




































Sebarang pertanyaan :
LIKE --->  RANIA MARKETING GROUP 
Email :cik.azrin@gmail.com
Wassap : 017-6035556 : Hazlami

TQ!!! 

11.6.14

Welcome to RANIA MARKETING GROUP!!!!

Bismillah...terima kasih kepada yang membahan aku dan MLM 1st aku nih, hahaha aku pun nak tergelak..tapi takpa, kalau taknak join..silalah gelak sampai bila-bila...pastu kalau taknak gelak dah..sms atau carik aku ok ^_^ takdehal...

Alhamdulillah, lastweek aku dan suami dah menghadiri RANIA Talk di Safira  Club seberangjaya. Aku dan rakan sepasukan Kausar dan Safwan. kami dah masing-masing pemegang SUTERA. Ok...takmain JP JP atau DELIMA.. Eskiusmee.. :P

Apakah JP?
Apakah Delima?
Apakah Sutera?

Sebelum itu, nak berlaku jujur.. Rania Marketing adalah sebuah perniagaan MULTIPLE LEVEL NETWORKING. Tapi kenapa MLM? 

Kerana.. :
1- MLM merupakan satu-satunya cara terbaik UNTUK PASARKAN PRODUK.
2- MLM merupakan cara paling berkesan UNTUK MARKETINGKAN PRODUK.
3- MLM merupakan cara termudah dan terpantas UNTUK ME-MULTIPLY-KAN WANG.

PENTING DISINI 
: RANIA mempunyai produk yang terbaik untuk kesihatan anda keranaaaa..

** Produk hasil kajian Dr.Nabisar yang melalui lab test. Try google siapakah beliau..beliau pakar herba.
** Produk Rania diinsurankan. Bermaksud, sebarang masalah atau ketidakpuasan hati... SILALAH SAMAN KAMI! Ehh...silalah saman pengasas kami sendiri...beliau bertanggungjawab sepenuhnya.
** Produk yang disahkan KKM dan tiada bahan kimia. 100% herba...
** Produk yang menjamin kesejahteraan kehidupan, bujang dan yang berumahtangga..
** HALAL!

Okeh...setel bab produk?

Lepas ini aku akan UP Entry terperinci berkenaan produk RANIA satu persatu yeah.

SEKARANG SEMBANG LEVEL PLAN MARKETING :

1- JP @ JUMLAH PERMULAAN ( RM300 **PROMOSI PRICE )
2- DELIMA  ( RM1,600 )
3- SUTERA ( RM3,900 )
4- DS @DEAR SYUHAIMY ( RM25,000 ) **TAKYAH IMAGINE

( DS nanti sembang )

MENGAPA SUTERA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

A ) Setiap pembeli sutera akan mendapat FREE 2 nama untuk SUTERA. 
Beli 1 SUTERA  dapat another  SUTERA 1 + SUTERA 2 dengan harga RM3900 sahaja.
B ) Penginapan di Natasya Resort Cameron Highland  ** ownernya adalah owner RANIA MARKETING Dato' Suhaimy
C ) Pulangan wang RM3000.00 dalam bentuk CTO

Sekarang rasa-rasa  UNTUNG KE RUGI?  dengan modal RM3900?

Apakah itu CTO ?
CTO = Jumlah orang yang membeli SUTERA pada 1 particular month  bahagi jumlah pemegang SUTERA sedia ada.
CONTOH : Total sale RM1000 pada bulan JUN, bahagi kepada 5 pemegang sutera = sorang dapat RM200.00

Hal ini berlanjutan sehinggalah RM3000.00 cukup untuk setiap pemegang SUTERA. Lepas 2 bulan insyallah dah dapat balik RM3000 selalunya..maka nextmonth tu tak dapat lagi...sila bagi ruang kepada pemegang SUTERA baru yang lain untuk dapat balik modal..

BERBALOI ke TAK?

Sebarang pertanyaan sila inform ai disini fanpage ini : RANIA MARKETING GROUP ( CLICK JE )
Atau sms@wassal suami ai : 017-6035556
Atau komen di entry ni..

Assalam... :)
PRODUK

SEMAK OK RUMAH AI


BELAH KL, DEPA NI LA TAIKOOOOO...stress






6.6.14

Baby 11minggu!!

Humph...humphh...salam Jumaat uols!!
Baru balik dari Bali Honeymoon, actually BabyMoon... Kihkih..
Nak cerita juga dari Day1-Day4 tapi tunggulah lepas transfer gambo etc... Me no mood no idea yet.

Hari ni, ikutkan cakap doc..baby dah 11minggu weeehoo!! Isnin ni scan-can Baby dan dapat result talesemia... Doakanlah aku bebas Talesemia please... Dan doakanlah Cyst aku pun mengencut.. :'( Huks..yang paling penting, doa-doa baby sihat healthy dan sempurna...kan Adam kan.. Eh?


Today di kedai duduk bawah meja ..no mood buat apa-apa...kebender nak jadi pun tak tahuan lah..malas betoi, yang aku rajin..masakkkkk ja..di rumah kalau, syurgaa..masak-masak-masak.. Sebab sekarang i suke makan occay...makanan adalah nyummm!! Kecuali makanan di Bali, yueks!! Imagine ja dah bikin loyaaaaaa..

Menjelang 11minggu, mual loya makin ok...muntah sekali pun tak alhamdulillah... Alahan tak ada apa kecuali tak boleh bau perfume suami dan tak suka naik kereta. Kalau naik comfirm pening...deria bau adalah 10kali ganda tajam masyallah... Sangat!! Kalau ke Tesco..jangan harap dapat tenung ayam daging ikan lelama..kang aku pitam. Bau cili adalah menyengat...bau najis boleh buat aku pengsan.. Nak aii....siapa bilang aku hidung kayu...sekarang aku rindukan hidung kayu aku nan dulu huks....busyuknye dunia ni..... *takbaikcakapmacamtu 

Pagi tadi kan, ada drama sikit.. Sekitar 2.30pagi kot..aku kejut suami teman g tandas..gila jugalah setakat tandas 5 tapak kehadapan pun nak berteman, yela...macam seram je memalam mesti dengar bunyi orang tingkat atas tumbuk lesung macam tumbuk cabai, kegilaan apakah itu haaaa... Maka aku pun membuang air..sebelum flash aku tenung lubang jamban..ternampak ada benda bentuk bulat..tapi taktau apakahbenda tu..sebab tandas aku letak cube biru tu..kalau flash jadi biruuuu air..jadi benda bulat tu nampak gelap sahaja.. Aku dah kagettttt..panggil suami masuk tenung sama-sama.. Kelakor la jugak diingatkan..tapi masa tu aku neves dan ketaq satu badan., kau jangannn...member aku dua tiga orang keguguran camtula masa buang air kecil...aih pui! Pui! Simpang malaikat 44!!!

Aku dah nak nangis, suami focus mengorek keluar benda alah tu dengan batang apa tah...aku dah istifar pepanjang ya allah ya allah....sekali suami keluar tandas sih aku gi tengok sendiri apakah itu..aku taknak tapi aku tengok gak..rupanyaaaa kain felt!!! KAIN FELT bentuk bulat..kejadahhh apakah itu...homaiii... Camna kain felt masuk lubang jamban cuba teka sekarang?

How..wut..ever sekalipun...kami both lega. 
Alhamdulillah lega ...terus aku usap-usap perut, sayang....sayang sangat lahai jangan la diapa-apakan kamu duhai anak....mohon Allah lindungi yang tak elok ... :')

Ok, nak cerita tau aje...kegelabahan aku..
Sekarang baby dah sempurna..dah tinggal nak memebesar aje..yeay i luv yu baby Adam, aku memang beriaaa....sesuka hati panggil Adam...kang keluar perempuan acener? Hikhk...kite tahu la kite ade naluri yang kuatttt...hehehe

Ok sekian buhbye..terimalah gambaq selfie aku hahaha...sengal gile!






22.5.14

Mengapa Rania Marketing?


Bismillah....dengan namaNya.
Aku membesar dengan melalui kehidupan yang sangat sederhana, melihat kedua ibu-bapa mencari sesuap nasi dengan penuh duga. Insyallah...hingga saat ini aku membesar dengan berjaya seadanya.

Kini, aku pula bakal menjadi ibu bapa kepada khalifah pertama kami di dunia insyAllah...

Bertemu dengan seseorang, pastinya takdir. Mengenali seseorang pastinya ada sebab yang telah tersirat. Jodoh pertemuan, ajal maut ditanganNya. Jadi...beberapa tahun yang lalu aku bertemu dengan seorang pensyarah..melalui hubungan jual beli barang. Aku beli Kios Ice Blended dengan niat untuk berniaga. RM2300 dari harga asal...aku dapat RM1200 sahaja dari beliau. Alhamdulillah....sempat guna bebarapa kali untuk acara pesta atau karnival. Jual Ice Blended memang best kerana permintaan yang tinggi. Tapi, penat...tapi tak mengapa....segala perit jerih pasti ada imbal balasnya...

Selepas 2 tahun, aku merasakan ...kios tersebut, lebih kepada simpannnn dari aku gunakan. Atas rasa bersalah dan berdosa..aku rasa lebih baik dijual sahaja. Dan alhamdulillah...dah terjual tadi ... :)

Mengapa jual? 
Sebab nak start bisnez baru.
Bisnez apa?
Rania Marketing Business Plan!
APAKAH??

Ok, sebagai seorang yang lurus...aku jujur cakap..INI BUSINESS MULTILEVEL atau 'MLM'  ..selama aku membesar aku pernah tengok saudara, mak bapak, kawan-kawan malah diri sendiri pun nyaris involved dengan perniagaan ' MLM ' ni sebab??? WANG. ( ada ramai yang sampai bengkrupt pun sangat ngeri)

Dulu..pernah ikut mama ke talk ' Dollah Cantik ' 
Pernah ke talk ' VGMC '
Pernah ke talk ' Red Island Cafe '
Pernah ke talk ' Gamat Asli '
Talk ' ELKEN'  .. ' Premium Bautiful ' blabla..
 
dan macam-macam lagi...tapi apa pun takdak, habuk pun takda kecuali penatttt...last-last aku melihat sesuatu, dalam MLM, dia sama ada kita nak buat bersungguh-sungguh dan kaya, atauuuu...kita ala-ala kadar dan tak kemana. APa pun, bagi aku secara personal...aku akan melihat pada peluang, marketing plan, dan product itu sendiri. Yang paling penting juga ialah : Timeline.

Mengapa timeline? Maksudnya, kalau kita join awal atau jadi orang barisan atasan...atau barisan hadapan.... kita tidak akan mengalami kemungkinan untuk muflis atau bankrupt atau rugi...KERANA? Perasan tak...orang buat MLM ni asyikkk jual nama artis...tak pun jual nama orang dasyat-dasyat yang join juga benda yang sama... TAPI kenapa mereka dapat wang besar dan kita yang baru tahu, baru dengar ni..susah? SEBAB...deoarang masuk AWAL... masuk awal bermaksud, bersetuju untuk meleak risiko besar dan wang besar pada sesuatu plan perniagaan yang masih baruu dan masih di dalam proses perangkaan... risiko besar, untung besar kanz?...

Jadi? Wuts da point?

Pointnya sekarang, aku selalu mengikuti perkembangan Dr.Z dari FB sejak lastyear sebenarnya. Dia join WOW MOBILE 'mlm la jugaks'.. dia ada approach aku sebulan sebelum WOW dilancarkan..tapi aku dengan mindset '' MLM? Tuii....taknak arrr...tipu tipu tipuuuuuu!!!' 

Tapi day by day, aku tengok strategy-strategy yang dipasang Dr.Z dan mereka yang mengikuti beliau.. aku ikuti juga secara stalker haha...tengok dia untung ke...WOW tu end up terkenal ker...macam-macam dan genap setahun...aku melihat kehidupan Dr.Z berubah.. wow, boleh buka bisnez baru..hmmm.... tergugat dalam penyesalan sebab tak follow dari awal.. :(
tapi takpaa....

Tup..tup..disuatu hari nan tak diduga, Dr.Z inbox lagi dengan business plan yang baru, jeng jeng jeng.... Rania Marketing pulak....jual produk kecantikkan wanita dan lelaki dan macam-macam lagilah marketing plan yang best... AKU IS TERGUGAT.

Walau dengan poket kosong, aku dan suami...tawakal bertemu dengan Dr.Z. Kemudian balik rumah lepuk lengan atas dahi ikhtiar nak cari mana wang permulaan untuk business ni.......... sehingga diturunkan keajaiban HEHEHE... akhirnya RM3900 dalam genggaman dan kami terus berdaftar.

Yang best, launching official belum bermula... pre-launching sahaja yang dah mula di KL. Nampak la gambar-gambar retis-retis...Fara fauzana ... Eira Syaziera dan suami dia... KeitFoo..pengacara TV3 dan beberapa lagi orang kenamaan..dah pun join sebagai orang terawal. Huntonglaaaaaaaa..... dan Dr.Z rupanya orang nombor 001. OKeee..harus diketahui...... 001. So aku yang baru berdaftar ni yang keberapa?

Alhamdulillah...masih antara seratus terawal seluruh Malaysia.
Aku dan suami ambil pakej Sutera iaitu yang paling tinggi, dapat percuma 2  pakej sutera juga.. untung kan, maka nama ke-2 adalah aku dan ke-3 adalah kenalan dunia akhirat kami.. safwan dan kausar. Alhamdulillah...baru masuk 5 minit, Dr.Z dah masukkan 1 nama dibawah kami...dan sesiapa yang berdaftar akan automatik berada di bawah nama kami.... sementara masih awal.

PERASAAN?

Seronok la, 1st time buat kerja sekadar depan laptop dan cakap phone... nawaitu kami, nak bantu kawan-kawan untuk sama-sama berjaya dalam bisnez .....dan nawaitu aku....nak bagi duit banyak kepada mama supaya mama sayang aku. :)

Alah...pejam mata cuba aja...


APAKAH RANIA MARKETING???

( Next entry yer.. )

SEBARANG PERTANYAAN?
Contact us :
Hazlami : 017-6035556
Erin :  0111-0642303 tq!

19.5.14

Bunting Pelamin?

Ok, tajuk begitu matang sekali...sebabnya, aku baru faham dan sedar..aku bunting pelamin. Sebenarnya, memang aku nak anak...dari dolu-dolu...cita-cita nak anak..nak anak..nak anak tapi taknak beranak. Sengall... jadi, alhamdulillah Dia yang maha mendengar dan maha pemurah dah bagi aku anak.... nak hape lagik?

Dalam pengiraan doc. aku dah 8 minggu, tapi dalam pengiraan aku 5minggu...nampak tak siapa lagi terror dari doc. sekarang? Haha..mana taknya, aku tau laaa bilaaaaaaa...doc. tu kira rilek je.. '' hmm..bila lastday 1st period? '' ... '' ok, u dah 5weeks..tahniah! ''
=___=' waklu....padahal aku baru kawen sebulan seminggu masa tu... tak ke tercengang-cengang aku dan suami????

Bila di google-google, bila dicari-cari...rupanya aku bunting pelamin.
Dan sekiranya seseorang itu bunting pelamin, kiraan dia memang akan extra dari tarikh sebenar..pasTu?? adakah bermaksud...orang mengandung tu 9bulan 10hari tu tak betul? Maksudnya 8 bulan lebih? ke cemana???

anyway...minggu ni alhamdulillah...aku kurang loya. Tapi cam biasa...tak boleh naik kereta dan tak suka bau suami aku. :( So boleh bayangkan kesiannya suami.....pagi-pagi boleh bawak gado....mujurrrrr suami aku faham.... taching-taching mengada tu biasa, aku yakin dia faham..bukan aku yang tak suka dia...baby ni haaaaa....eh? hahahhaaa..

Aku harap minggu depan aku dah ok sikit, boleh hanimunnnnn yeay!!!!!
Kepada anak ibu.... ' 8minggu dah dalam perut ibu, membesar dengan sihat yer sayang...ibu selalu usap-usap perut nak rasa baby...tapi belum rasa apa-apa... cepat besar tau, ibu tak sabar nie... ''

:)

15.5.14

Matlamat hidup kami ..

Bismillah.... disaat ini, rumahtangga kami masih diganggu, sejak hari ke-2 perkahwinan, pelbagai kata nista dari makcik-makcik terdekat yang melayang menghempas kuping telinga, tapi tak mengapa..siapalah kita untuk memberi hidayah kepada manusia....

Anyway, mereka-mereka yang bagi aku banyak 'keladak' dalam perut dan hati itu, tak cukup ' maha esa' ataupun 'maha kuasa' untuk buat kami tergoyang...nooo..no...malah, kehidupan rumahtangga kami semakin teguh, insyallah alhamdulillah....

Kehadiran insan ke-3 antara kami, memang tak terduga.. memang unplanned. Tapi, sebagai hambaNya yang memelihara iman di dada, rezeki harus ditadah seluas tangan terbuka dan senyuman nikmat syukrillah... dah nak masuk 7 minggu baby dalam perut membesar, insyallah akan terus membesar dengan sihat dan kuat.. ^_^



Bercakap fasal alahan, minggu lepas...diri ini dan suami tercinta menempuh kehidupan yang sangat genting. Bila masa sah, ada baby...sah juga sang suami terkena denggi. +___=' Dalam kemual-mualan aku menjada dia, dia dalam keperitan tak terhingga juga menjaga aku. Kami saling berlembikkan, tidur-tidur-tidur...bangun cari makan dengan payahnya, kemudian menahan sakit di tengah malam... Ngeri, memang kesih-sayang dan kekuatan mental teruji dengan hebat...tapi alhamdulillah, yang diberiNya adalah yang terbaik. Terbukti kami sangat strong,  justeru semuanya sempurna alhamdulillah... hari ni, akhirnya setelah seminggu berturut-turut di hospital...suami dah boleh bekerja .. masuk office.Dan aku pun selepas 2 minggu tak buat apa-apa, boleh buka kedai semua...

LEGA!

Minggu hadapan, aku harus menempuhi ujian pengesahan sama ada aku pengidap Talesemia, atau Pembawa, atau sekadar Anemia. Masa doc. check darah..ada sesuatu yang tidak kena, mungkin kadar homoglobin rendah atau tahhh la...pokok pangkal, darah aku problem. Saat ini, tak perlu meraung lagi.... selesai ujian baru kita fikir jalan! Harap-harap, walaupun aku pengidap Talesemia, suami aku tidaklah pembawa atau pengidap talesemia juga... ingat lagi nurse cakap ' tula...sekarang nak bercinta kena scan luar dalam..' pfft...yelah yelahhh!!

Alah aku sekarang :
- Tak boleh naik kereta
- Tak suka perfume@deodorant ( boleh bawak gaduh hal ni)

Itu sahaja, alhamdulillah tak ada muntah-muntah YET.

Sampai disini, kalau anak aku baca entry ni..aku nak dia tahu, bahawa dia kesayangan kami berdua..kesayangan ibu ayah. Dan matlamat hidup kami sekarang...ialah membesarkan awak dengan jayanya occay! Takmo la nakal sangat....jadi good boy ok!?

...tetibe boy ~___~'



8.5.14

Pengalaman amik darah haha..


Sejak beberapa minggu, aku emosional...suami aku pun emosional...both of us memang singa sama harimau taktau pasepa.... kemudian, aku rasa badan ada luar biasa rasa...  Bila bangun pagi, kulit flawless lain macam....kulit muka licin dan juicy .. rambut makin halus dan lembut.. apakah-apakah??

Rambut cepat memanjang, panjang sangat sampai rasa nak potong pendek tapi cam biasa, suami mesti nak isteri dia feeling-feeling little mermaid.. ok takyah potong lagi.

Dalam hati aku, dah syak sesuatu...dah syak ada benda dalam badan, aku rasa aku ada baby dalam perut. Tapi baru bernikah sebulan lebih... aku bagitau suami dia tak percaya...kah kah kahhh...nampak nau gelabah dia. Mana taknya, hanimun kami hujung bulan... kan aku dah suruh gi hanimun awal taknnak!!!!! aku dah agak benda camni akan terjadi...dah agak daaaaa....

Maka kami pun beli 2 pregnancy test. Result positive kedua-duanya...ingat lagi siap buat live wassap dengan kakak-kakak..semua tak khusyuk solat tunggu resut iols... akhirnya, semua gembira dengan berita gembira ni....tapi aku dan suami ...tah, aku tengok dia tersengih-sengih tengah separuh percaya separuh tak kot...dan aku, nangissss.....hahaha apakah?? Aku nangis lembik satu badan...rasa lemah terus nak muntah....rasa serammmmmm..... :( perasaan tak patut .. aku patut happy.

Tapi jauh disudut hati, aku sentuh perut...rasa terharu sangat ada kehidupan disana.. ada lambang cinta aku dan suami tercinta. Ada satu kekuatan untuk terus hidup ...ada pendamping, ada sebahagian jiwa...ada insan berkongsi rasa..aih taktau nak cakap cemana...

Pagi semalam, dengan excitednya buat buku merah... orang 3 bulan baru buat, kami begitu gelojoh 7minggu dah buat..kihkih... tapi yang tak bestnya, aku ni lemah semangat. Cucuk 3-4-5 kali darah taknak keluar. Tahla...di lengan kanan, di pergelangan tangan kiri..atas tangan kanan...lengan.. 2-3 kali nurse tu jolok tarik jolok tarik.... aku?

Aku nangis arr...menitik-nitik air mata keluar sambil pandang suami yang tengah tahan gelak di kerusi sana..kuangAjor namanya tu..tsk tsk...last-last darah taknak keluar, aku minta rehat sekejap..

Aku : Nurse boleh rehat sekejap?
Nurse A : La...nangis amik darah nanti cemana nak beranak?
Aku : Beranak takleh pikir cemana nanti...
Nurse : isk..nangis plak da, dah pi jumpa suami tu..satgi rasa ok mai balik..
Aku : Makasih nurse, lap air mata...melulu ke suami.

Bayangkan semua tengok aku, memang dasar attention seeker lah kiranya aku ni..sambil aku tampar-tampar lengan aku  kasi urat timbul. Camana la nurse tu cakap urat aku halus sangat isk takleh brain!!

Nurse : Dah?
Aku : Ok baik... tawakal
Nurse : Aih...awatla urat halus, tangan pun haluih..semua haluih...
Aku : Selalu saya amik darah ok je nurse....
Nurse : Saya cucuk, terus urat hilang ni..sat kena guna jarum butterfly ni..
Aku : Butterfly??? 
Nurse : Ni untuk kanak-kanak, jarum halus...tapi darah masuk wire la...
Aku : Apa-apa sahaja lah asalkan keluar darah...nurse darah keluar tak?
Nurse : Ha...akhirnya. isk isk awak nie..

( hahaha.. )

ALHAMDULILLAH...akhirnya darah kluar, kena pakai jarum halus butterfly dengan tiub wire... adoiiii la..tangan aku hari tu memang berlubang-lubang... suami suruh balik tidur tak payah ke kedai.
Makanya aku tidoooo dari jam 2-5pm. Buka-buka mata suami dah balik...

Dia demam. +___+' Pulakkkk...